Followers

RENUNGAN

"Kalau guru sendiri mengambil masa untuk memahami pelajaran baru, janganlah mengharapkan murid sederhana dan lemah dapat menguasai dan mengingati perkara yang baru dipelajari dalam tempoh 20 minit."

Monday 28 January 2013

Buku Panduan Melaksanakan Kajian Tindakan di Sekolah dan buku Bimbingan Kaunseling Kanak-kanak

Dua buah lagi buku yang boleh digunakan sebagai panduan untuk bakal guru atau guru yang ingin meningkatkan pengetahuan dan profesionalisme, kini berada dalam pasaran. Buku-buku tersebut merupakan buku-buku terbitan Freemind Horizon.


Buku pertama merupakan buku Panduan Melaksanakan Kajian Tindakan di Sekolah. Tidak seperti buku Pengantar Kajian Tindakan yang lebih bersifat teoretikal berdasarkan proforma kursus, buku ini menjelaskan secara terperinci bagaimana melaksanakan kajian tindakan yang disertakan dengan contoh penulisan refleksi, analisis data, tajuk, persoalan kajian, skop kajian dan sebagainya. Meskipun telah membaca buku Pengantar Kajian Tindakan atau mana-mana buku Kajian Tindakan yang ditulis berdasarkan proforma, masih ramai para pelatih guru dan guru dalam latihan yang tidak begitu jelas kerana buku-buku tersebut tidak memberikan contoh secara terperinci. Kepada para pelatih guru dan guru dalam latihan, buku ini akan lebih bermakna dan sangat berguna kepada pelatih semester 8 dan guru-guru yang mengikuti program pensiswazahan, khususnya untuk menyediakan kertas cadangan dan laporan akhir kajian.




Ketiga-tiga contoh di atas merupakan sebahagian kecil panduan yang terdapat di dalam buku berkenaan.

Pemberitahuan:
Ralat ms 8 baris ke 8, perkataan sejauh mana di gantikan dengan perkataan bagaimana. Harap maaf atas kesilapan teknikal ini.
Ms 85, baris 17, ....pada halaman 91 perlu diganti dengan 86. Maaf bagi pihak editor syarikat penerbitan Freemind Hoeizons.

Buku kedua merupakan buku Bimbingan dan Kaunseling. 
.....Bukan mudah untuk seseorang guru memberi bantuan kepada murid-muridnya tanpa dirinya mempunyai pengetahuan dan kemahiran bimbingan seperti mendengar, melayan, merancang dan mempengaruhi, lebih-lebih lagi untuk berperanan selaku kaunselor klinikal di sekolah. Namun begitu, tanggungjawab seorang guru kita membolehkan kita lari daripada membantu dan membimbing murid khususnya mereka yang menghadapi masalah yang telah lama terpendam dan tidak pernah dapat dikendalikan. Dengan terhasilnya buku ini adalah diharapkan  dapat membolehkan bakal guru atau guru-guru yang ingin meninkatkan ilmu bimbingan dan kaunseling untuk meneroka, memahami, mengaplikasi dan menilai tentang peranan mereka selaku agen pembentukan kemanusiaan dan pembinaan insan.

Khususnya bagi guru Pendidikan Islam, tugas sebagai pendidik dan da'i, tidak dapat tidak memang perlu menguasai bidang ini. Meskipun terminologi bimbingan dan kaunseling merpakan terminologi yang agak baru (berbanding amalan mendidik dan membimbing pada zaman kegemilangan Islam) ia tidak seharusnya dijadikan alasan untuk tidak ingin mengetahui, memahami atau mengamalkan bimbingan dan kaunseling.