Followers

RENUNGAN

"Kalau guru sendiri mengambil masa untuk memahami pelajaran baru, janganlah mengharapkan murid sederhana dan lemah dapat menguasai dan mengingati perkara yang baru dipelajari dalam tempoh 20 minit."

Sunday 28 September 2014

Kajian Tindakan: Apa yang diperhatikan?

Salah satu tool mengumpulkan data dalam KT yang paling disukai oleh para penyelidik ialah pemerhatian. Lazimnya penyelidik novis (baru) akan memilih pemerhatian kerana ia senang dilakukan. Mudahnya menggunakan tool ini sehingga catatan pemerhatian (dalam bentuk nota lapangan) dan catatan dalam jurnal refleksi (refleksi superficial dan tidak kritikal) sehingga penyelidik novis lupa tentang apa yang lebih utama dan relevan untuk diperhatikan. Hal ini terjadi kerana penyelidik baru tidak terlebih dahulu menstruktur apa yang perlu dilihat dan diperhatikan. Saya katakan superficial kerana apabila penyelidik baru mencatatkan perkara yang diperhatikan, penyelidik lupa untuk mencatatkan perincian tingkahlaku yang diperhatikan. Contohnya, pemerhati (penyelidik) hanya akan menulis “Kelima-lima peserta telah dapat membaca bahan dalam tulisan jawi yang diberikan”. Dalam kes ini penyelidik novis telah tidak merakamkan bagaimana peserta telah boleh membaca. Persoalannya, adakah kesemua peserta telah dapat membaca dengan lancar? Masih merangkak? Dengan mengeja? Satu persatu? Atau hanya perkataan yang melibatkan dua suku kata tetapi perkataan lebih daripada dua suku kata, masih belum lancar?

Soalan seterusnya yang mungkin timbul ialah mengapa peserta telah boleh membaca? Adakah kerana bahan petikan jawi itu ditulis menggunakan character yang bersaiz besar? Menggunakan khat yang jelas? Atau petikan itu ditulis di papan tulis (atau carta hasil guru) dalam bentuk tulisan tangan yang mudah dibaca? Atau terdapat teknik pengunaan warna berlainan untuk suku kata?... kesemua ini memberi pengaruh kepada keupayaan membaca peserta. Penyelidik perlu mendapatkan data dan bukti yang jelas yang dapat menyokong pemerhatiannya serta dibuat interpretasi yang lebih bermakna. Bukti dalam bentuk gambar pegun diperlukan (dan lazimnya penyelidik novis tidak mempunyai bukti begini).

Satu perkara lagi ialah kelalaian penyelidik novis untuk mencatatkan bahasa bukan lisan tetapi masih boleh diperhatikan. Contohnya, mimik muka, gerak badan, kadar pergerakan (cergas atau bermalas-malas dan lambat). Kesemua tingkahlaku ini akan memberi makna yang berlainan dan perlu dibuat interpretasi yang tepat.  

Untuk langkah selamat, dinasihatkan agar penyelidik novis menggunakan pemerhatian berstruktur agar perkara-perkara perlu dan relevan tidak akan ditinggalkan.

No comments:

Post a Comment