Followers

RENUNGAN

"Kalau guru sendiri mengambil masa untuk memahami pelajaran baru, janganlah mengharapkan murid sederhana dan lemah dapat menguasai dan mengingati perkara yang baru dipelajari dalam tempoh 20 minit."

Thursday 15 May 2014

Bagaimana penyoalan guru dapat membina ilmu secara lebih bermakna kepada murid?



Cuba perhatikan manuskrip dialog seorang guru PAI dengan murid-muridnya yang telah dirakamkan di sebuah sekolah. Guru berkenaan telah cuba mengaplikasikan kaedah penyoalan Sokratik untuk membolehkan murid membina ilmu pengetahuan baru dengan mengaitkan PSA murid (Teori Konstruktivisme). Guru memainkan peranan selaku pemudahcara (fasilitator) untuk menggalakkan murid berfikir melibatkan KBAT. 

Personel
Transkripsi dialog
Penerangan proses PdP
Guru
Pada hari ini kita akan belajar pasal arak. Baiklah, siapa boleh beritahu apa maksud arak?
Menyatakan topik untuk tujuan fokus pembelajaran. Soalan mencungkil PSA murid aras kefahaman.
Murid 1
Murid 2
Todi, ustaz
Ada lagi ustaz. Carlsberg.
Murid berkongsi PSA dengan mengemukakan contoh.
Guru
Mmmm. Kamu berdua telah memberikan contoh yang tepat.  Tahniah, tetapi sebenarnya ustaz nak tahu apa yang kamu faham tentang arak. Siapa boleh beritahu?
Peneguhan
Soalan meminta penjelasan.
Murid 3
Murid 1
Arak, kalau kita minum nanti mabuk.
Kalau minum berdosa, ustaz. Masuk neraka.

Guru
Minum? Kenapa bukan makan?
Soalan probing
Murid 2
Sebab arak tu minuman.

Guru
Bagus. Maknanya arak itu adalah minuman yang memabukkan jika diminum. Bagaimana kalau tak minum?
Rumusan kecil

Murid 4
Tak mabuklah ustaz.

Guru
Kamu pasti?
Minta kepastian. Guru boleh menggunakan jawapan murid untuk mengaitkan dengan keadaan mabuk bukan disebablan arak dalam pelajaran lain atau kemudian.
 Murid 4
Ya!

Guru
Kalau arak itu memabukkan jika diminum, bagus atau tidak untuk diminum?
Soalan aras penilaian
Ramai-ramai
Tidaklah, ustaz.

Guru
Mengapa tidak bagus?
Minta penjelasan
Murid 5
Sebab boleh memabukkan.

Guru
Mengapa pula mabuk tu tak bagus?
Minta penjelasan
Murid 3
Nanti otak jadi sewel.


Sewel tu macam mana?
Soalan aras analisis
Murid 3
Murid 6
Macam…. macam…
Orang sewel tu, cakap tak betul.

Guru
Lagi? Mengapa mabuk itu tak bagus?

Murid 5
Orang mabuk suka marah-marah, suka rosakkan barang orang

Guru
Ada lagi?

Murid 5

Murid 7
Kalau dia dah kahwin nanti dia pukul bini dia, sepak anak dia… kadang-kadang pukul emak dia.
Kadang-kadang ada yang tidor kat jalan.

Guru
Maknanya apabila orang telah mabuk selepas minum arak, ia akan buat perkara-perkara yang tidak baik.
Siapa pernah tengok orang mabuk?
Rumusan kecil


Mengaitkan dengan dunia sebenar
Ramai-ramai
Saya! (tidak semua murid tetapi kebanyakannya)

Guru
Di mana?

Murid 4 dan 6
Murid 8
Kat tv, ustaz.
Sebelah rumah saya tu ada orang bukan Islam. Dia selalu mabuk. Bila dia mabuk, dia nyanyi kuat-kuat. Buat bising je.

Murid mengaitkan pelajaran dengan pengalaman
Guru
Kamu rasa terganggu?

Murid 8
Hemmmm… tak boleh belajar. Mak saya pun kata gitu sebab mak saya nak mengaji tapi bising sangat.

Guru
Tadi Murid 1 kata minum arak itu berdosa dan masuk neraka. Siapa yang berdosa kalau minum arak?


Ramai-ramai
Orang Islam!

Guru
Bagaimana kalau orang itu bukan Islam?
Soalan probing
Murid 1
Masuk neraka ustaz, sebab dia susahkan orang.

Guru
Katakanlah ada orang Islam yang minum arak. Dia pun mabuk dan jalan dekat surau. Waktu itu sedang azan asar. Cuba beritahu saya apa agaknya yang akan berlaku?
Mengemukakan isu untuk tujuan penerokaan maklumat
Murid 7
Ramai-ramai
Dia lari ustaz!
Ha ha ha
Unsur kecindan yang menyeronokkan
Guru
Orang mabuk boleh lari?

Ramai-ramai
Murid 4
Ha ha ha
Dia tak pergi solat lah ustaz

Guru
Mengapa agaknya?

Murid 6
Dia dah sewel. Cakap tak betul

Guru
Dia nak cakap apa masa solat?

Murid 4
Nak bacalah ustaz. Baca Alhamdulillah

Guru
Al Fatihah… lagi?
Membetulkan fakta yang kurang tepat……

Sesi berlanjutan dengan guru membuat rumusan kecil setelah terkumpul beberapa fakta utama. Akhir sekali guru telah mengajak murid untuk mencipta (aras tertinggi Taksonomi Bloom semakan Anderson dan Krathwohl, 2001) dengan membuat perancangan agar dapat menghindarkan diri daripada mendekati arak untuk masa hadapan mereka (penyelesaian masalah berorientasikan masa hadapan). 

NOTA: CUBA FIKIRKAN MAKLUMAT PROSES PDP YANG BOLEH DIKAITKAN DALAM KOTAK YANG SENGAJA DIKOSONGKAN DI BAWAH LAJUR Penerangan proses PdP (lajur ketiga).

Pandangan saya:
Ustaz boleh melanjutkan soalan probing dengan mengaitkan benda (bukan hanya minuman) yang memabukkan seperti sesetengah cendawan, bunga dan buah popi serta pokok kecubung (kesemuanya digunakan bukan dalam bentuk minuman) adalah khomr atau arak berdasarkan kepada hadis riwayat Muslim "Setiap yang memabukkan ialah khomr (arak) dan setiap khomr itu adalah haram". Dengan ini, pengetahuan tersebut akan terbentuk dalam skema pemikiran murid dan seterusnya menjadi PSA (berlaku proses pengajaran beyond limited curriculum

Untuk maklumat lanjut tentang arak, alkohol dan perkara yang memabukkan, sila lihat fatwa Mufti Brunei di http://infad.usim.edu.my/modules.php?op=modload&name=News&file=article&sid=2121&newlang=mas