Followers

RENUNGAN

"Kalau guru sendiri mengambil masa untuk memahami pelajaran baru, janganlah mengharapkan murid sederhana dan lemah dapat menguasai dan mengingati perkara yang baru dipelajari dalam tempoh 20 minit."

Friday 5 June 2015

Menulis dapatan kajian berdasarkan kehendak soalan dan objektif kajian



Soalan yang dikemukakan sebagai soalan penyelidikan tindakan, perlu mendapatkan jawapannya setelah tindakan diambil. Sekiranya, jawapan masih tidak diperoleh, kemungkinan ralat berlaku semasa mengumpulkan data. Contohnya, penyelidik ‘was carried away’ dengan perasaannya sendiri hingga lupa tentang maklumat dan data yang perlu diperhati dan dikumpulkan. Oleh itu, untuk memastikan data relevan yang diperlukan untuk menjawab soalan kajian diperoleh, penstrukturan awal elemen / kod / tema atau kategori data perlu dibuat. Perkara yang perlu diperhatikan serta item soalan perlu menjurus kepada objektif dan soalan kajian. Contohnya, apabila ingin mengesan cara bagaimana (the how) untuk melaksanakan sesuatu kaedah pengajaran dengan lebih baik dan berkesan agar amalan dapat diperbaiki, pengkaji perlu memastikan data yang dikumpul dapat menjawab soalan bagaimana dan bukan yang menjelaskan tentang keberkesanan kaedah / teknik / bahan atau efek ke atas pembelajaran murid. Lazimnya untuk menjawab bagaimana cara atau “the how”, jawapan yang diperlukan melibatkan proses atau langkah-langkah. Maka elemen / tema / kod atau kategori data yang diperlukan mungkin melibatkan sesi pra pelaksanaan atau perancangan, permulaan, semasa melaksana dan selepas pelaksanaan tindakan.

Katakanlah pengkaji ingin mengetahui bagaimana melaksanakan kaedah pembelajaran kumpulan koperatif menggunakan struktur think-pair-share. Objektif dan soalan kajian anda mungkin seperti berikut:

Objektif: Mengenalpasti bagaimana melaksanakan pengajaran menggunakan kaedah pembelajaran kelompok koperatif dengan struktur think-pair-share.

Soalan: Bagaimanakah melaksanakan pengajaran menggunakan kaedah pembelajaran koperatif dengan struktur think-pair-share untuk mengajar bidang syariah?

Antara perkara yang perlu pengkaji fikirkan ialah maklumat tentang pembentukan kumpulan, proses struktur think-pair-share, ciri kumpulan pembelajaran koperatif, penstrukturan pengajaran dan pemantauan. Terdapat kemungkinan maklumat lain yang relevan diperoleh seperti agihan masa, bahan untuk tujuan scaffolding, soalan-soalan inkuiri dan sebagainya. 

Penulisannya: