Peta i-think merupakan salah satu alat berfikir yang digunakan untuk
melatih murid berfikir pada aras tinggi. Seperti yang telah dimaklumi,
kemahiran berfikir aras tinggi melibatkan tiga dimensi kognitif taksonomi
Anderson dan Krathwohl (2000) iaitu menganalisis, menilai dan mencipta.
Terdapat banyak kata kerja yang menjelaskan tentang aplikasi berfikir pada aras
tinggi dan dapat digunakan untuk membolehkan guru melaksanakan aktiviti
pengajaran dan pembelajaran.
Terlebih dahulu guru perlu menguasai tujuan kata kerja atau kata tugas yang
disarankan untuk digunakan bagi membolehkan murid terlibat dengan proses
berfikir pada aras tinggi. Berdasarkan kepada Taksonomi Anderson dan Krathwohl
(2000), istilah yang digunakan untuk berfikir pada aras tinggi itu sendiri
(menganalisis, menilai dan mencipta) merupakan kata kerja yang dapat
menjelaskan bentuk aktiviti yang boleh melibatkan murid untuk berfikir pada
aras tinggi.
Jadual di bawah menunjukkan kata tugas yang boleh digunakan untuk
melaksanakan aktiviti berfikir pada aras tinggi. Dalam bahasa Inggeris? Ya dan
saya tidak akan menterjemahkannya. Sesetengah kata tugas boleh ditemui dalam
beberapa lajur yang memerlukan guru berfikir untuk menyesuaikannya dengan aras
berfikir yang dikemukakan (mengetahui, memahami, mengaplikasi, menganalisis,
menilai dan mencipta). Contohnya, discriminate, select dan collect.
Dipetik daripada www.teachthought.com
Peta pemikiran
(i-think) terdiri daripada lapan bentuk seperti berikut:
Semasa
menggunakan peta bulatan, meskipun proses pemikirannya melibatkan
‘mendefinisikan mengikut konteks’, namun sebelum sesuatu definisi itu dapat
dibuat, guru boleh menggalakkan murid untuk memikirkan aktiviti dengan melibatkan
teknik seperti sumbangsaran secara kreatif. Meskipun melalui sumbangsaran, segala idea dan
pandangan yang diberi tidak akan dibuat pertimbangan untuk ditolak, guru boleh
menstrukturkan pemikiran murid agar tidak mengemukakan idea yang jauh
menyimpang daripada perkara atau konsep utama yang dikemukakan. Ini bermakna,
murid perlu menganalisis serta menilai sesuatu idea sebelum dikemukakan dengan
hanya mengemukakan maklumat yang relevan. Seterusnya, segala maklumat yang
terkumpul, dibuat analisis dan penilaian sekali lagi untuk menghasilkan
definisi yang dibina sendiri menggunakan perkataan sendiri (mencipta) mengikut
konteks (dengan bimbingan guru).
Sekiranya
guru hanya meletakkan perkataan ‘air mutlak’ sebagai fokus semasa menggunakan
peta bulatan, maka kemungkinan idea lain yang terhasil adalah contoh-contoh air
mutlak. Sekiranya guru menuliskan perkataan ‘air untuk bersuci’, idea yang sama
akan terhasil. Apabila murid diminta fokus kepada ‘air mutlak: contoh, alasan
dan fungsi’ maka idea yang terhasil nanti adalah lebih luas daripada sekadar
contoh. Pada masa yang sama, proses berfikir akan meningkat melibatkan KBAT
(menganalisis dan menilai) setelah pemikiran murid distrukturkan sekitar
contoh, alasan dan fungsi. Diskriminasi maklumat boleh dilakukan sekiranya guru
menstrukturkan agar murid menggunakan warna yang berlainan untuk contoh, alasan
dan fungsi. Diskriminasi juga boleh dibuat dengan menetapkan lokasi maklumat
(lihat contoh di bawah). Hasilnya, apabila definisi dibina, definisi tersebut
akan menjadi lebih konkrit. Sekiranya ‘air’ menjadi fokus, maka akan lebih yang
banyak idea yang akan terhasil dan tidak terbatas (tanpa berlaku proses
menganalisis dan menilai). Namun begitu, apabila murid diminta untuk membina
definisi, guru boleh menstrukturkan pemikiran murid dengan menggunakan kata
tugas yang berlainan seperti mengklasifikasi air mutlak, menilai jenis air,
membuat pertimbangan kuantiti air, berhujah serta mencadangkan dan sebagainya
(sila lihat kata tugas dalam jadual Taksonomi Bloom di atas).
Maknanya, meskipun peta bulatan lebih ditumpukan kepada mendefinisi mengikut konteks, sekiranya definisi itu terhasil dalam bentuk mengemukakan semula definisi sedia ada, maka ia telah tidak digunakan untuk murid berfikir pada aras tinggi. Samalah halnya dengan penggunaan peta pemikiran yang lain. Apa yang penting ialah guru tahu memilih kata tugas yang sesuai untuk dijadikan aktiviti pembelajaran melibatkan pemikiran pada aras tinggi.