Buku Pedagogi Pendidikan Islam ini ditulis untuk memenuhi keperluan bahan terkini dengan mengambil kira pandangan pakar-pakar pendidikan dahulu dan terkini. Bermula daripada sejarah perkembangan pendidikan Islam secara ringkas, buku ini banyak mengupas tentang falsafah pendidikan Islam, model pengajaran Islam berstruktur, pendekatan, kaedah serta teknik pembelajaran aktif secara terperinci selaras dengan keperluan pendidikan abad 21.
Buku Pedagogi Pendidikan Islam kini boleh diperoleh dalam bentuk e-book dengan harga yang lebih
murah. Dapatkannya di https://www.e-sentral.com/search_sphinx/filter/pb_8_pelangi-epublishing-sdn-bhd/pelangi
Dua buah buku di atas merupakan cetakan semula buku yang pernah diterbitkan oleh Freemind Horizons tetapi pada tahun 2015telah diterbitkan oleh Pelangi.
Penambahbaikan telah dibuat ke atas buku Pengantar Penyelidikan Tindakan terbitan Multimedia dan diterbitkan pula oleh Sasbadi dan Multimedia sebagai Edisi Kedua pada tahun 2015.
Rancangan Pengajaran Harian Edisi Kedua
Meskipun buku ini kelihatan khusus untuk diaplikasikan kepada kanak-kanak, namun kandungannya masih merupakan idea umum yang boleh diaplikasikan untuk semua lapisan. Penjelasan tentang tiga teori asas secara terperinci akan dapat membantu guru dan ibu bapa yang berminat untuk membantu guru kaunseling sekolah agar murid-murid serta anak-anak mereka berkembang secara positif dan dapat menghadapi kedaan hidup yang lebih bermakna.
Buku yang diterbitkan pada awal 2013 ini telah mendapat sambutan dan telah diulang cetak pada akhir Mac 2013 yang lalu. Terima kasih kepada pembaca dan pembeli buku.
Setelah melihat begitu banyak item ujian yang digubal baik di peringkat sekolah mahupun peringkat kebangsaan yang TIDAK mematuhi saranan pakar pentaksiran dan penilaian pendidikan, saya rasa terpanggil untuk menghasilkan buku Panduan Pengubalan Item Ujian ini.
Buku ini ditulis khususnya untuk para penggubal item ujian peringkat IPG. Selain itu, para guru dan pensyarah institusi pendidikan boleh menggunakannya sebagai panduan menghasilkan item ujian yang lebih berkualiti serta mematuhi piawai-piawai universal saranan pakar-pakar seperti Haladyna, Gronlund dan sebagainya. Para guru pelatih boleh menggunakan buku ini sebagai panduan untuk meningkatkan profesionalisme keguruan diri sendiri.
Ekoran daripada kekeliruan yang masih agak menonjol antara Kajian Pendidikan dengan Kajian Tindakan, maka buku ini ditulis sebagai panduan yang lebih praktikal bagaimana menghasilkan proposal, melaksana dan melaporkan dapatan Kajian Tindakan khususnya untuk para guru. Ia lebih mudah difahami kerana disertakan dengan contoh-contoh penulisan yang dapat membantu guru-guru.
Ya, kedua-dua buku di atas ini telah menjadi rujukan kebanyakan bakal guru baik di IPG mahupun di IPTA / IPTS.
Disebabkan sambutan yang agak hangat, maka buku ini telah diulang cetak pada tahun 2012. Seterusnya, beberapa penambahbaikan telah dilakukan terutamanya contoh-contoh rancangan pengajaran harian untuk beberapa mata pelajaran melibatkan model-model tertentu dan untuk edisi kedua ini akan dicetak oleh Syarikat Penerbitan Multimedia Sdn Bhd pada tahun 2013.
Terima kasih Haryati atas sokongan yang diberikan. Semoga ilmu dapat diperluaskan sebarannya dan kita semua mendapat rahmat Allah.
ReplyDeleteAssalamualaikum ustazah shamsina...
ReplyDeleteTahniah ustazah. Ini kali pertama saya jumpa blog ustzah dan sangat banyak input yang boleh saya manfaatkan. Apa yang saya boleh katakan, ustazah memang superb. Saya akan jadikan ustazah sebagai sumber inspirasi untuk memperbaiki dan memajukan diri saya. Semoga Ustazah lebih laju memacu ke hadapan.
syahmun yahaya
Kolej Matrikulasi Labuan
Ex MPTAR 2003
Alhamdulillah... Harap dapat kita manfaatkan bersama ilmu yang ada dengan rakan pendidik. Tahniah ! anak didik ustazah dah jadi pensyarah matrikulasi. Semoga terus berjaya dalam bidang pendidikan.
ReplyDelete