Refleksi
didefinisikan sebagai: "An
opportunity to examine beliefs about teaching and to use this knowledge to
construct change in your practice." (Calderhead, 1989, Clift, Houston
dan Rugach, 1990) dalam Huang (2001)
Roffey-Barentsen
dan Malthouse (2009: ms 4): .. If you were to reflect on something in this way you
may describe what happened, what you did, what others did in response and what
you did after that, and then describe how you felt about it.
Boud, Keogh dan Walker (1985: ms 43): Reflection is an important human activity in which people recapture their experience, think about it, mull over & evaluate it. It is this working with experience that is important in learning.
Penulisan Diskriptif – Diskripsi tentang
peristiwa tanpa memberikan alasan atau justifikasi ke atas peristiwa tersebut.
Refleksi Diskriptif – Diskripsi
peristiwa beserta alasan atau justifikasi.
Refleksi Kritikal – Berfikir tentang bagaimana dan mengapa guru mengajar begitu (seperti
mana yang guru lakukan) dan seterusnya menggunakan maklumat yang diperoleh
tentang diri sendiri untuk member faedah kepada murid.
- "Mengapa berlaku begitu?"
- "Apakah implikasinya?"
- "Sekarang, apa yang perlu saya lakukan?"
Mezirow (1990) menganggap refleksi kritikal sebagai pelopor kepada pembelajaran
transformatif, yang boleh membawa kepada perubahan pemahaman peribadi dan
kemungkinan bertingkahlaku.
Schön (1983) menjelaskan dua jenis refleksi: refleksi dalam tindakan dan
refleksi atas tindakan.
Refleksi dalam tindakan merupakan proses yang membolehkan guru membentuk atau bertindak semula apa
yang dilakukan ketika sedang melakukannya. Ia merupakan eksperimen yang dijalankan secara berterusan dan dapat membantu guru untuk mencari jalan penyelesaian yang berdaya maju. Guru perlu tahu tujuan dan maksud tindakan yang dilakukan (knowing in action)
Refleksi atas tindakan pula adalah proses memikirkan semula tentang apa yang telah dilakukan
dengan tujuan untuk menyedari bagaimana ‘mengetahui untuk bertindak’ boleh
menyumbang kepada hasil yang diinginkan (pencapaian objektif) dan tidak pula dijangkakan.
Killion and Todnem (1991) meluaskan model Schon dengan menambah konsep refleksi untuk tindakan. Refleksi untuk tindakan merupakan panduan untuk tindakan selanjutnya pada masa akan datang berdasarkan kepada pemikiran dan tindakan lalu yang telah dilakukan. Refleksi untuk tindakan menggabungkan refleksi dalam tindakan dan refleksi atas tindakan. Cowan (1997) menjelaskan refleksi untuk tindakan sebagai penulisan refleksi untuk merancang apa yang guru bercadang untuk melakukan bagi memastikan dan memantapkan kefahaman tentang isu atau fenomena yang dihadapi.
Model Atkins dan Murphy (1994)
(Sila lihat huraiannya dalam Akhiar Pardi dan Shamsina Shamsuddin (2014), Rancangan Pengajaran Harian Edisi Kedua, Kuala Lumpur. Penerbitan Multimedia halaman 190).
Refleksi yang baik mengandungi perkara-perkara berikut:
(Sila lihat huraiannya dalam Akhiar Pardi dan Shamsina Shamsuddin (2014), Rancangan Pengajaran Harian Edisi Kedua, Kuala Lumpur. Penerbitan Multimedia halaman 190).
Refleksi yang baik mengandungi perkara-perkara berikut:
· menunjukkan bukti berlaku pemikiran dan penyoalan secara serius
· memerlukan kesedaran kendiri serta kejujuran
· mengandungi contoh spesifik dan konkrit
· bersifat menyeluruh
· tesusun
dengan baik dan menggunakan istilah dan bahasa yang betul
· menunjukkan
keupayaan melakukan sintesis – mengemukakan pelbagai
ide untuk menunjukkan perhubungan antara konsep, perkaitan antara
pengetahuan baru dengan pengetahuan sedia ada serta aktiviti dalam bilik darjah
semasa berlangsung proses pdp
· menunjukkan
keupayaan melakukan analisis – mencerakin idea
kepada bahagian kecil dan mencantumkan semula dalam bentuk dan gaya baru
Panduan menulis refleksi
1. Gunakan agenda
- Jelaskan konteks masalah atau isu yang timbul.
- Apakah maklumat tambahan yang boleh digunakan?
- Apakah kaitannya dengan isu-isu yang lain? Apakah dan siapakah yang boleh membantu?
- Apakah andaian saya? Bagaimana saya menguji andaian-anadain tersebut?
- Apakah yang boleh saya lakukan untuk menghasilkan perubahan?
- Apakah kemungkinan hasilnya?
- Apakah tindakan yang perlu saya ambil? Mengapa?
- Senarai hasil yang ingin dicapai.
- Refleksi ke atas hasil yang diperolehi.
- Apakah yang perlu saya lakukan pada masa akan datang?
2. Fokus kepada pengalaman dan fikirkan apa yang perlu ditulis
Renungkan tentang
pembacaan yang pernah dibuat berkaitan pengajaran dan pembelajaran dan gunakan
soalan-soalan di bawah sebagai panduan.
- Apakah prinsip-prinsip pengajaran dan pembelajaran yang boleh dikaitkan dengan peristiwa yang berlaku?
- Apakah yang boleh saya ubah berkaitan dengannya?
- Apa akan terjadi sekiranya saya mengubahnya?
3. Fokuskan peristiwa kritikal yang terjadi di dalam bilik darjah.
- Jelaskan peristiwa berkenaan sejelas mungkin.
- Apakah andaian-andaian yang telah saya gunakan?
- Adakah cara lain untuk melihat peristiwa ini?
- Bagaimana murid akan menjelaskan tentang peristiwa ini?
- Apa yang boleh saya lakukan?
4. Ambil kira apa yang anda pelajari
- Apakah perkara paling penting yang telah saya pelajari tentang pembelajaran murid?
- Apakah perkara paling penting yang telah saya pelajari tentang pengajaran saya?
- Apakah perkara paling penting yang telah saya pelajari tentang murid saya?
- Bagaimanakah pengajaran yang saya perolehi dapat membantu pembelajaran murid saya?
Pada penulisan refleksi di bawah, sila kenal pasti perkara-perkara berikut:
1.
Refleksi dalam tindakan
2.
Refleksi atas tindakan
3.
Refleksi untuk tindakan
4.
Perasaan
5.
Bukti pemikiran serius
6.
Kesedaran kendiri
7.
Pelbagai ide
8.
Mencerakin ide
9.
Nilai yang menjadi pegangan
10. Sokongan
literatur
Pada suatu
ketika sedang saya mengajar Kursus Penyelidikan Tindakan di bawah subtopik
refleksi amalan bekerja, seorang pelajar telah menyatakan kekeliruannya
dengan konsep-konsep seperti refleksi dalam tindakan, refleksi atas tindakan
dan refleksi untuk tindakan. Apabila kekeliruan itu ditimbulkan, secara
spontan saya telah bertanya kepada keseluruhan kelas “Ada apa-apa lagi
yang kamu ingin tahu tentang refleksi?” Agak menyeronokkan apabila soalan
tersebut telah berjaya mengundang pelbagai persoalan lain seperti konsep
refleksi deskriptif dan refleksi kritikal. Kebanyakan pelajar menyatakan
kemusykilan pemahaman mereka tentang refleksi yang ditaklimatkan sebelum
mereka pergi menjalani sesi praktikum semester lima yang lalu. Beberapa
pensyarah yang menjadi penyelia praktikum telah menegur cara penulisan
refleksi yang dicatatkan ke dalam folio praktikum mereka.
Saya merasa agak terkilan kerana meskipun pelajar-pelajar tersebut
telah ditaklimatkan dan diberikan contoh penulisan refleksi, mereka masih
tidak berkeupayaan untuk membuat refleksi dan menterjemahkannya dalam bentuk
penulisan reflektif tentang amalan bekerja mereka ke dalam jurnal praktikum.
Saya bercadang untuk bertanyakan pelajar saya secara rawak dengan tujuan
mengenalpasti punca sebenar kegagalan mereka menghasilkan penulisan jurnal
yang reflektif. Terlintas dalam fikiran saya persoalan “Bagaimana boleh saya
mengajar pelajar saya agar mereka benar-benar dapat menguasai ilmu dan
kemahiran membuat refleksi, khususnya refleksi kritikal”. Bagaimana boleh
saya jelaskan kepada para pelajar bahawa melakukan refleksi merupakan salah
satu langkah dalam proses pembelajaran?” Dengan perkataan lain, saya mahukan
pelajar saya menghayati dan mengaplikasikan pernyataan “Saya perlu melakukan
refleksi berkualiti untuk membolehkan berlakunya proses pembelajaran yang
optima semasa menjalani kursus Penyelidikan Tindakan bersama Pn Shamsina
Shamsuddin”. Saya perlu mengetahuinya. Saya teringat kenyataan Slavin (1991)
yang mendefinisikan pembelajaran koperatif sebagai “…. methods share the
idea that students work together to learn and are responsible for one
another’s learning as well as their own.” Saya mahu pelajar bekerja secara koperatif untuk mengetahui,
memahami, mengaplikasi pengetahuan dan kemahiran serta menghasilkan refleksi
kritikal yang berkualiti.
Saya juga percaya bahawa tanpa menyuap pelajar
dengan semua maklumat, mereka masih berpeluang untuk melakukannya dengan
baik. Saya mahu mereka menggunakan pengetahuan sedia ada untuk digabungkan
dengan maklumat baru yang perlu mereka terokai dan akhirnya cuba membina
kefahaman sendiri tentang refleksi kritikal. Berdasarkan kepada pandangan Lev
Vygotysky (1978), pengasas Social Constructivism, murid akan
mendapatkan (berkolaboratif) orang lain yang diistilahkan sebagai More
Knowlegable Others (MKO) untuk meningkatkan pemahaman mereka tentang
sesuatu konsep (dikenali sebagai Zone of Proximal Development). Saya
mahu pelajar-pelajar saya melihat kesilapan mereka sebagai peluang untuk
memperbaiki diri. Saya percaya bahawa dengan cara begini, pelajar akan dapat
belajar dengan lebih bermakna.
|
[1] Apabila
kekeliruan itu ditimbulkan, secara spontan saya telah bertanya kepada
keseluruhan kelas “Ada apa-apa lagi yang kamu ingin tahu tentang
refleksi?”
[2] Agak
menyeronokkan apabila soalan tersebut telah berjaya mengundang pelbagai
persoalan lain seperti konsep refleksi deskriptif dan refleksi kritikal.
Kebanyakan pelajar menyatakan kemusykilan pemahaman mereka tentang refleksi
yang ditaklimatkan sebelum mereka pergi menjalani sesi praktikum semester lima
yang lalu.
[4] Saya merasa agak terkilan....
[3] Saya bercadang untuk bertanyakan pelajar saya secara rawak dengan
tujuan mengenalpasti punca sebenar kegagalan mereka menghasilkan penulisan
jurnal yang reflektif.
[5] Terlintas dalam fikiran saya persoalan “Bagaimana boleh saya mengajar
pelajar saya agar mereka benar-benar dapat menguasai ilmu dan kemahiran membuat
refleksi, khususnya refleksi kritikal”. Bagaimana boleh saya jelaskan kepada
para pelajar bahawa melakukan refleksi merupakan salah satu langkah dalam
proses pembelajaran?”
[6]... saya mahukan pelajar saya menghayati dan mengaplikasikan pernyataan
“Saya perlu melakukan refleksi berkualiti....
[7], [8]....bekerja secara koperatif untuk
mengetahui, memahami, mengaplikasi pengetahuan dan kemahiran serta menghasilkan
refleksi kritikal yang berkualiti.
[9] Saya juga percaya bahawa tanpa menyuap
pelajar dengan semua maklumat, mereka masih berpeluang untuk melakukannya
dengan baik.
[10]...kenyataan Slavin (1991) yang mendefinisikan pembelajaran koperatif
sebagai “…. methods share the idea that students work together to learn..... pandangan Lev Vygotysky (1978), pengasas Social
Constructivism, murid akan mendapatkan (berkolaboratif) orang lain yang
diistilahkan sebagai More Knowlegable Others (MKO) untuk meningkatkan
pemahaman mereka tentang sesuatu konsep (dikenali sebagai Zone of Proximal
Development).
Soalan panduan dan perbandingan penulisan refleksi cetek (tidak kritikal) dan mendalam (kritikal dan bernas)
Soalan 1: Apa
yang anda ajar?
|
|
Jawapan tidak kritikal
(dan silap)
|
Jawapan lebih kritikal dan
bernas
|
Saya mengajar proses
menunaikan solat secara individu melibatkan 13 rukun solat serta bacaan dalam rukun qalbi, qawli dan
fi’li.
|
Saya mengajar proses
menunaikan solat secara individu melibatkan 13 rukun solat serta bacaan dalam rukun qalbi, qawli dan
fi’li.
|
Soalan 2: Bagaimana
anda mengajar? Apakah pendekatan, strategi, kaedah dan teknik yang anda
gunakan semasa mengajar? Model pengajaran mana yang anda gunakan?
|
|
Saya menerangkan kepada murid tentang 13 rukun solat serta
bacaan-bacaannya. Saya gunakan carta bergambar semasa menerangkan tentang
rukun solat. Kemudian saya minta beberapa orang murid menyebut rukun-rukun
solat. Akhir sekali saya beri lembaran kerja. Saya pun tak tahu model apa
yang saya gunakan semasa mengajar.
|
Saya memulakan pengajaran
dengan doa belajar. Pada masa yang sama saya juga berdoa agar pengajaran saya
boleh difahami oleh murid. Saya menggunakan pendekatan secara langsung yang
lebih berorientasikan guru dengan menggunakan kaedah penerangan secara
kuliah. Semasa memberi penerangan, saya telah menggunakan carta bergambar
tentang 13 rukun solat. Saya juga menggunakan teknik soal-jawab selepas
memberi penerangan. Saya tidak pasti model pengajaran apa yang saya gunakan
tetapi ada langkah-langkah 1 hingga 4, selepas set induksi, yang saya patuhi.
Dalam langkah 3, saya telah meminta hanya 3 orang murid untuk menyatakan
kesemua rukun solat yang telah dipelajari kerana masa yang suntuk. Saya
membimbing murid yang masih tergagap-gagap semasa menyebut rukun solat. Akhir
sekali saya berikan lembaran kerja yang bertujuan untuk menguji kefahaman
murid terhadap pelajaran.
|
Soalan 3: Apakah
bahan bantu yang anda gunakan? Bagaimana anda gunakan bahan bantu tersebut?
|
|
Carta bergambar tentang
13rukun solat mengandungi bacaannya sekali. Saya tunjuk gambar rukun solat
semasa membuat penerangan. Selepas memberi penerangan, carta bergambar itu
saya turunkan dan simpan.
|
Saya menggunakan carta
bergambar tentang 13rukun solat yang mengandungi bacaannya sekali. Saya telah
menunjukkan gambar rukun solat satu persatu semasa membuat penerangan sambil
membaca bacaan yang perlu dalam setiap rukun. Selepas memberi penerangan,
carta bergambar itu saya turunkan dan disimpan. Tujuan saya menurunkan dan
menyimpan carta tersebut ialah untuk menguji kefahaman murid apabila mereka
menjawab lembaran kerja di akhir sesi pdp nanti. Dengan cara itu, saya
beranggapan dapat mengenal pasti sama ada objektif pengajaran telah tercapai
atau tidak.
|
Soalan 4: Apakah
isu/masalah yang berlaku apabila anda mengajar dengan cara begitu?
|
|
Murid kurang beri
perhatian. Semasa beberapa murid diminta menyebut rukun solat, ada yang masih
tergagap-gagap. Mereka tidak dapat menyebut dengan lancar terutama apabila
melibatkan bacaan. Murid lain diam dan mendengar sahaja.
|
Berdasarkan kepada
pemerhatian, tidak semua murid telah memberikan perhatian kepada pengajaran
saya. Saya perlu menghabiskan pengajaran saya dan sebab itu, beberapa murid
yang tidak beri perhatian hanya saya tegur agar menumpukan perhatian. Saya
tidak seharusnya mengabaikan mereka. Mereka juga adalah murid saya. Tugas
seorang guru ialah memastikan semua murid dapat mencapai objektif pengajaran
yang telah dirancang lebih awal. Mungkin cara pengajaran saya telah tidak
dapat menarik minat mereka dan membuatkan mereka hilang keseronokan belajar.
Mungkin juga isi pelajaran saya agak terlalu banyak kerana melibatkan proses
perlakuan solat dan bacaannya secara serentak. 3 orang murid yang dipilih
untuk menyatakan rukun solat masih tergagap-gagap apabila diminta berbuat
demikian. Adakah mereka lupa atau tidak menguasai pelajaran yang diajarkan?
|
Soalan 5: Apakah
tindakan spontan yang anda lakukan apabila isu / masalah itu berlaku?
|
|
Saya bantu mereka untuk
menyebutnya satu persatu. Mereka ikut apa yang saya sebut.
|
Saya bantu mereka untuk
menyebutnya satu persatu. Mereka ikut apa yang saya sebut dari awal hingga
akhir.
|
Soalan 6: Apakah
kesan tindakan spontan ke atas murid berkenaan (dan murid lain)? Adakah
tindakan spontan anda itu menyebabkan pembelajaran murid menjadi lebih
baik?
|
|
Mereka dapat menyebut 13
rukun solat tetapi untuk bacaannya, masih tidak lancar. Ini lebih baik
daripada tidak dapat menjawab langsung. Masa menjawab lembaran kerja, ramai
murid telah tidak dapat menjawab dengan betul.
|
Memang ketiga-tiga murid
dapat menyatakan 13 rukun solat tetapi dengan mengikut apa yang saya katakan.
Pada saya, kalau begini bermakna murid masih belum menguasai pelajaran dan
apa yang saya lakukan itu bukan bimbingan tetapi tolong menjawab utuk mereka.
Mungkin juga mereka lupa atau keliru untuk menyebut mengikut turutan langkah
dalam proses solat kerana bilangannya yang agak banyak. Walau apapun, saya
dapat merasakan kegagalan membuatkan murid menguasai pelajaran secara masteri
dan bermakna. Hasil yang ditunjukkan melalui jawapan dalam lembaran kerja
menunjukkan objektif yang saya rancang memang tidak tercapai. Lembaran kerja
yang diberi seharusnya tidak dilakukan untuk mengukur kejayaan murid dalam
bentuk ujian sumatif. Sesi soal jawab yang dilakukan semasa membuat
penerangan hanya dibuat untuk mengukuhkan kefahaman dan bukan dalam bentuk
penilaian formatif.
|
Soalan 7: Pada
pendapat anda, apakah kemungkinan kelemahan anda semasa mengaplikasikan
kaedah dan teknik yang dipilih?
|
|
|
Agak banyak juga kelemahan
dalam pengajaran saya. Saya telah memilih pendekatan secara langsung yang
berorientasikan guru. Pendekatan ini ini tidak melibatkan murid dalam proses
pembelajaran secara aktif. Sebab itu terdapat murid yang tidak memberikan
perhatian kepada pelajaran. Arahan saya agar murid-murid ini memberikan
tumpuan kepada pelajaran juga agak longgar kerana saya tidak tahu mengapa
mereka tidak memberikan tumpuan. Kaedah penerangan yang saya gunakan memang
bersifat sehala dan mungkin ini yang menyebabkan tumpuan murid beralih kepada
berbual sesama sendiri. Saya kurang memberikan perhatian kepada semua murid. Gabungan
kaedah soal jawab tidak digunakan dengan baik. Mungkin disebabkan saya tidak
menyediakan soalan terlebih dahulu semasa merancang pengajaran. Saya telah
tidak mengambil kira jenis soalan yang dapat membantu pembelajaran murid.
Tidak ada teknik yang jelas yang saya gunakan yang dapat membantu penguasaan
murid tentang pelajaran. Selain itu, kesilapan yang saya lakukan ialah
menurunkan dan menyimpan carta bahan bantu belajar. Bahan itu seharusnya saya
gunakan terus untuk mengukuhkan pembelajaran murid.
|
Soalan 8: Bagaimana
anda tahu itu merupakan kelemahan anda?
|
|
Saya tanya pada guru pembimbing.
|
Saya telah bertanya kepada
murid, cara apakah yang mereka mahu saya gunakan apabila mengajar mereka. Jawapan
yang diberikan agak memeranjatkan saya kerana ada di antara mereka yang
mengatakan bahawa saya hanya mengajar murid cerdik. Saya dikatakan ‘pilih
kasih’. Ada juga yang mengatakan penerangan saya memang membosakan kerana
mereka hanya mendengar secara pasif. Ada seorang murid yang menyatakan bahawa
dia tahu semua 13 rukun solat kerana sentiasa mengamalkan solat di rumah
tetapi saya telah tidak pun mendapatkan pandangannya. Menurutnya lagi,
bapanya mengajar 13 rukun menggunakan mnemonik Nek, Bedah
Tak
Faham
Ramai
Ibu-ibu
Suka
Duduk-Duduk
Tanpa
Sedar
Sudah
Tengahari.
Mengapa saya tidak berfikir tentang teknik-teknik yang boleh digunakan untuk
membantu murid menguasai pelajaran lebih awal sedangkan telah banyak teknik
yang telah saya pelajari di IPG dan boleh diakses di Internet? Bila saya
tanya kepada guru pembimbing, beliau Cuma berkata, seorang guru perlu rajin
meneroka ilmu dan bertindak secara kreatif dan inovatif. Malah, menurut
beliau lagi, selama ini beliau mengajar menggunakan mnemonik [Nak Tengok Bola
Futsal],[Rabu Isnin Selasa],[Dan Sabtu , Dan Ahad],[Bawa Sama Semua Teman].
Saya juga telah dikritik
oleh murid kerana terlalu cepat menurunkan dan menyimpan bahan bantu belajar
pada hal mereka belum sempat menggunakan bahan tersebut untuk mengingat 13
rukun solat. Bagi mereka, apa yang saya lakukan adalah tidak adil kerana
telah memberikan ujian sebelum sempat mereka mengulangkaji atau mentelaah
pelajaran. Lagi pun, adalah sukar untuk mereka mengingat 13 rukun solat
beserta bacaannya dalam tempoh yang singkat.
|
Soalan 9: Apakah
perasaan anda apabila mengetahui kelemahan sendiri?
|
|
Saya merasa kecewa dan
bertanggungjawab untuk memastikan murid dapat menguasai 13 rukun solat
bersama bacaannya.
|
Saya merasa kesal dengan sikap
saya sendiri yang kurang fokus semasa merancang pengajaran. Saya telah tidak
mengambil serius tentang model pengajaran serta saranan tujuan
langkah-langkah pengajaran. Pada hal saya pernah terbaca mengenai ASSURE dan
ADDIE. Saya juga pernah terbaca mengenai 9 langkah pengajaran Gagne, Model
5E, Model Hunter, Dunn dan Dunn, Taba, inkuiri saintifik dan sebagainya. Saya tak ambil kisah pun
tentang model-model tersebut kecuali apabila hendak menghadapi peperiksaan di
IPG / universiti. Banyak contoh yang saya lihat hanya mencatatkan Langkah 1,
Langkah 2, Langkah 3 dan seterusnya tanpa menjelasakan aktiviti langkah
berdasarkan model yang diperakui.
|
Soalan 10: Pada
pendapat anda, bagaimana perlu dilakukan agar kaedah dan teknik yang
digunakan menjadi lebih baik.
|
|
Saya akan gunakan kaedah lain yang lebih menyeronokkan. Saya ingin gunakan teknik mnemonik.
|
Walaupun, terdapat beberapa
kaedah pembelajaran aktif yang sesuai untuk pengajaran tajuk rukun solat, saya
masih berminat untuk menggunakan kaedah penerangan secara interaktif dengan
teknik mnemonik. Jawapan seorang murid tentang teknik yang digunakan oleh
ayahnya, amat menarik perhatian saya. Namun begitu, saya akan cuba untuk
menggunakannya dalam kaedah penerangan interaktif. Saya terfikir, tidak
mungkin kaedah penerangan tidak berguna langsung sedangkan kaedah tersebut
masih di ajar di IPG. Saya ingin tahu bagaimanakah teknik mnemonik dapat
membantu kaedah penerangan secara interaktif.
|
Soalan 11: Mengapa
anda kata begitu? Apakah nilai kepercayaan terhadap pengajaran dan
pembelajaran yang anda pegang? Kemukakan sokongan literatur.
|
|
Teknik mnemonik boleh
membantu murid mengingat 13 rukun solat. Saya
bertanggungjawab untuk memastikan murid dapat mengingat 13 rukun solat.
|
Saya
lupa tentang pendekatan dan strategi pembelajaran aktif Konstruktivisme
saranan John Dewey (1859–1952), Jean
Piaget (1896–1980) Lev Vygotsky (1896–1934) Jerome Bruner (1915–) Ernst von Glasersfeld (1917–2010) serta pembelajaran kumpulan kecil
berstruktur (Johnson dan Johnson. 1999, Robert
Slavin.,1980, Kagan, 1990) yang
dikatakan lebih berkesan daripada kaedah langsung menggunakan penerangan guru
yang bersifat sehala. Sekiranya berdasarkan kepada pendekatan konstruktivisme
sosial (Lev Vygotsky, 1896–1934), saya hanya perlu menyediakan perancah (Sawyer,
2006) yang akan mendorong dan
menggalakkan murid terus membina ilmu pengetahuan. Saya juga menghadapi isu
percanggahan amalan kehidupan atau living
contradiction (Jack Whitehead, 1988) apabila nilai pendidikan yang saya
pegang tidak dapat direalisasikan. Pada hal saya sangat percaya bahawa
pembelajaran aktif (Dewey, 1915) dapat membantu murid menguasai pelajaran dan
pembelajaran. Pembelajaran aktif boleh dilaksanakan menggunakan kaedah
pembelajaran kumpulan kecil dan koperatif. Walau pun nilai ini merupakan
nilai yang baik, namun kegagalannya untuk direalisasikan dalam bilik darjah
menyebabkan murid dan saya sendiri gagal mencapai objektif pembelajaran yang
dirancang.
|
No comments:
Post a Comment