Followers

RENUNGAN

"Kalau guru sendiri mengambil masa untuk memahami pelajaran baru, janganlah mengharapkan murid sederhana dan lemah dapat menguasai dan mengingati perkara yang baru dipelajari dalam tempoh 20 minit."

Tuesday, 2 September 2014

Kajian Tindakan:Refleksi Pengajaran dan Pembelajaran Lalu


Pada bahagian ini, dimuatkan latar belakang penyelidikan dalam bentuk pengalaman dan amalan bekerja mengikut konteks: situasi pengajaran, pembelajaran atau pengurusan. Sorotan literatur yang menyokong mana-mana pernyataan penyelidik juga dimasukkan ke dalam bahagian pendahuluan ini bersama penjelasan kepada nilai pendidikan yang menjadi pegangan. Nilai pendidikan seharusnya merupakan nilai yang dapat menyokong kepada tindakan yang akan dilakukan.

Fakta yang menjelaskan bahawa penyelidikan tindakan ialah mengenai penyelidikan tentang amalan diri sendiri (McLean, 1995) menjadikan refleksi sebagai bahagian yang penting dalam penyelidikan tindakan. Refleksi merupakan proses meneroka tindakan sendiri secara kritikal tentang apa yang dilakukan, mengapa dilakukan demikian dan apakah kesan daripada perlakuan (amalan) berkenaan. Untuk membolehkan guru menjadi lebih efektif, ia perlu menjadi peserta yang aktif dalam bilik darjah selain daripada menjadi pemerhati yang aktif dan sistematik ke atas proses pembelajaran. Maklumat yang diperolehi perlu di buat analisis serta interpretasi untuk digunakan sebagai asas ke ada perancangan dan tindakan yang akan dijalankan (Parson dan Brown, 2002). Apabila refleksi kritikal dilakukan dengan penuh hati-hati dari pelbagai perspektif, ia akan dapat membantu penyelidik menyusun strategi untuk membuat penambahbaikan amalan.

Soalan-soalan berikut akan dapat membantu penyelidik melakukan refleksi untuk dimuatkan dalam bahagian pendahuluan kertas cadangan.
·         Apa yang anda lakukan apabila terdapat isu atau perkara mengelirukan yang menarik perhatian anda?
·         Mengapa anda melakukannya?  Jawapan anda mengenainya merupakan refleksi dalam tindakan menurut Schön (1983)
·         Adakah ia berkesan? Jawapan anda mengenainya merupakan refleksi atas tindakan (Schön, 1983)
·         Bagaimana murid menunjukkan respons mereka?
·         Bagaimana boleh anda lakukan dengan lebih baik lagi? Jawapan anda ke atas soalan ini merupakan refleksi untuk tindakan (Killion dan Todnem, 1991; O’Donnell, Reeve dan Smith, 2011 ).

Meskipun tiada siapa pun yang menetapkan ketiga-tiga bentuk refleksi (dalam, atas dan untuk tindakan) mesti ada dalam refleksi pengajaran dan pembelajaran untuk penyelidikan tindakan, namun ketiga-tiganya mempunyai fungsi tertentu untuk membolehkan guru mencapai tahap pemikiran metakognitif.
Schein (1999) telah mengemukakan satu strategi membuat refleksi dalam bentuk penulisan jurnal yang dinamakan sebagai model ORJI melibatkan observation (pemerhatian), reaction (reaksi), judgement (pertimbangan) dan intervention (intervensi).
1) Pemerhatian: Perhati dan menjelaskan apa yang terjadi.
2) Reaksi: Meneroka reaksi emosi terhadap apa yang telah diperhatikan.
3) Pertimbangan: Menganalisis, memproses dan membuat pertimbangan berdasarkan pemerhatian dan perasaan dengan tujuan mengenalpasti apakah perkara yang didasarkan kepada perasaan dan apakah perkara yang didasarkan kepada analisis peristiwa yang terjadi.
4) Intervensi: Merancang pendekatan seterusnya untuk kitaran kedua.

Pengkaji juga boleh memulakan refleksi pengajaran dan pembelajaran lalu dengan memilih satu situasi di mana amalan atau tingkahlakunya telah menghasil sesuatu yang tidak dijangkakan. Contohnya, aplikasi kaedah pembelajaran koperatif yang tidak dapat dilaksanakan oleh murid dengan berkesan atau penjelasan berulang kali yang dilakukan tidak dapat difahami oleh murid. Seterusnya dengan menggunakan model ORJI, pengkaji akan menjawab soalan-soalan berikut:
  • Bolehkah saya menjelaskan apa yang telah saya perhatikan?
  • Bagaimanakah saya memberikan tindak balas? Apakah perasaan yang timbul?
  • Apakah pertimbangan saya terhadap perkara (kegagalan murid melaksanakan pembelajaran koperatif) yang terjadi? Apakah pemikiran yang tercetus berpunca daripada peristiwa tersebut?
  • Apakah yang telah saya lakukan mengenainya? Bagaimana saya lakukan intervensi? (berdiam diri atau tidak melakukan apa-apa, juga merupakan satu bentuk intervensi)

a)    Tahap-tahap refleksi
Pemikiran dan kemahiran reflektif tidak lahir secara semula jadi bersama semua guru yang terlibat dalam profesion keguruan. Ia juga bukan sesuatu yang boleh dicapai pada tahap yang sama oleh semua orang (Baratz-Snowden, 1995). Dengan hanya menulis secara naratif tentang refleksi anda, tanpa maklumbalas daripada rakan atau pembimbing, tidak memungkinkan anda menjadi lebih reflektif daripada orang lain. Untuk menjadikan diri anda seorang guru yang reflektif, anda perlu memahami peringkat-peringkat refleksi: teknikal, kontekstual dan kritikal.
Tahap teknikal merujuk kepada refleksi yang hanya berkaitan dengan memperhalusi strategi pengajaran. Pengamal refleksi tahap kontekstual pula akan menumpukan kepada perhubungan antara situasi bermasalah atau mengelirukan dengan tindakan yang diambil. Pada tahap refleksi kritikal, pengamal akan menunjukkan penelitian yang lebih mendalam serta komitmen terhadap keadilan sosial (contohnya, merealisasikan nilai pendidikan yang menjadi pegangan seperti nilai menghargai ilmu, nilai peluang sama rata, nilai tanggungjawab sosial, nilai kerjasama, integriti dan sebagainya).
Lazimnya, pendidik yang efektif akan melakukan empat perkara:
·         Mereka berfikir secara berhati-hati mengenai apa yang berlaku dalam  bilik darjah (proses pengajaran dan pembelajaran)
·         Mereka mengenalpasti pilihan-pilihan yang ada.
·         Mereka mengambil kira nilai-nilai profesional (etika dan pendidikan) dan tahap keselesaan untuk merealisasikan nilai tersebut.
·         Mereka membuat pilihan secara sedar tentang bagaimana melakukan tindakan untuk penambahbaikan.


Sila lihat http://shamsina-gurupendidikanislam.blogspot.com/search?updated-min=2013-01-01T00:00:00-08:00&updated-max=2014-01-01T00:00:00-08:00&max-results=12 untuk melihat perbandingan antara refleksi yang kritikal dengan yang tidak kritikal tambahan 6 April 2015.

Refleksi pengajaran dan pembelajaran
Komen
Masuk tahun ini, telah 14 tahun saya mengajar di sekolah. Saban tahun, apabila sambutan Hari Guru diadakan, saya akan teringat puisi karangan Uthman Awang berjudul “Guru o Guru” yang dikarang pada tahun 1979. Ungkapan “Sejarahnya dimulakan oleh seorang guru biasa” cukup mendalam di jiwa saya. Sebenarnya saya tidak ingin menjadi guru biasa. Saya ingin mencari suatu keluarbiasaan pada diri saya sendiri untuk menjadi seorang guru profesional.

Peribahasa Inggeris “Different strokes for diferent folks” mengingatkan saya tentang latar belakang murid yang berbagai tetapi masih boleh diajar(1) melalui pengintegrasian pendekatan, strategi, kaedah dan teknik pengajaran. Meskipun menyedari hakikat ini, laluan yang saya hadapi bukanlah mudah. Dunia berubah dan perubahan  merupakan suatu kemestian. Begitu juga dengan dunia pendidikan. Kemahiran yang diperlukan oleh murid dalam abad 21 ini tidak sama dengan kemahiran yang saya perlukan 20 tahun silam. Untuk menguasai kemahiran abad ke 21 iaitu dengan melewati kemahiran asas atau beyond basic skills (Obama, 2009), murid perlu aktif (Silberman, 1996) untuk membina ilmu dan kemahiran yang diperlukan (Vygotsky,1918-1924; Bruner, 1966 dan Ausubel 1963). Murid perlu dididik untuk menggunakan kemahiran berfikir aras tinggi (Bloom, 1956; Krathwohl, 2001) serta reflektif (Gibbs, 1988)(2).

Sepanjang tempoh enam bulan yang lalu, saya mengajar mata pelajaran ....... kepada murid kelas ...... Untuk menggalakkan murid agar aktif dan kolaboratif dalam kelas, saya telah mengaplikasikan kaedah kumpulan kecil pembelajaran koperatif. Saya telah memilih beberapa struktur pembelajaran koperatif seperti jigsaw, one stray, ........ (Kagan, 1994; Kagan dan Kagan, 1998) .....Sebenarnya ketika mengaplikasikan teknik tersebut tidak semudah yang disangkakan(3). Banyak masalah yang timbul seperti ....... Setiap kali masalah ..... timbul, saya akan menstrukturkan semula teknik yang berkaitan(4).... Kadangkala saya perlu menstrukturkan semula lebih daripada dua kali.... Saya tertanya-tanya mengapa jadi begitu. Adakah penstrukturan saya ..... atau murid masih belum bersedia dengan kaedah pembelajaran koperatif khususnya apabila saya memperkenalkan struktur yang baru?(5).....

Saya mula bertindak lebih aktif dengan bertanyakan kepada murid-murid(6) saya tentang kaedah yang saya gunakan dan perasaan mereka...... Jadual 1.1 di bawah menunjukkan respons murid terhadap soalan temubual awal yang dijalankan(7).......

Saya juga pernah mendapatkan pandangan daripada ........ Nampaknya saya perlu memberikan lebih masa untuk murid-murid(8) saya menguasai satu struktur sebelum menggunakan struktur yang lain. Bukan itu sahaja,  saya juga perlu menyemak bagaimana saya melakukan penstrukturan aktiviti ..... saya perlukan seorang rakan untuk melakukan pemerhatian(9)...... dalam tiga waktu yang berlainan......











(1)Nilai pendidikan












(2)Sorotan literatur







(3)Refleksi



(4)Refleksi dalam tindakan


(5)Refleksi atas tindakan

(6)Pengumpulan data awal

(7)Keputusan analisis data awal


(8)Refleksi untuk tindakan


(9)Keserasian






3 comments:

  1. syukran atas perkongsian ilmu..memberi manfaat kpd orang lain, besar pahalanya...

    ReplyDelete
  2. tahniah, tulisan ilmiah anda ini byk membantu saya menyiapkan tugasan yg saya xbrp nmpk jln nk buat.. tq

    ReplyDelete
  3. Sharing is caring. Jazakillah kahiran kathira

    ReplyDelete