Kebanyakan kita agak mengambil terlalu
mudah peranan yang diamanahkan sebagai guru Pendidikan Islam. Umpama
melepaskan “batok” (tempurung diguna sebagai penceduk air dari tempayan tepi tangga rumah dahulu kala– batok adalah istilah dalam bahasa jawa yang bererti tempurung dan bukan penceduk air - lihat Kamus Dewan terbitan Dewan Bahasa dan Pustaka) di tangga. Ada pula sebilangan yang
sangat kecil, menjadi pemusnah. Harapkan "pegar" (menurut Kamus Dewan pegar ialah sejenis burung Lophura ignita rufa- yang dieja dalam jawi menggunakan
huruf-huruf pa, ga
dan ro – bunyi “peger” dalam loghat jawa) pegar
makan padi :- ayam atau burung pegar ini diharapkan akan memakan ulat serta kumbang yang memusnahkan pokok padi. Guru Pendidikan Islam macam sama saja dengan guru-guru
mata pelajaran yang lain (malah ada kalanya guru mata pelajaran lain
lebih mampu membentuk anak didik mereka mengikut lunas Islam).
Mungkin perkara ini agak pahit untuk ditelan namun realitinya pada
masa kini “terpaksa” jugalah ditelan meskipun begitu pahit
sekali.
Tempayan air dan batok (tempurung penceduk air)
Ayam pegar atau dikenali juga sebagai burung pegar
Terlebih dahulu guru Pendidikan Islam seharusnya memahami konsep guru itu sendiri. Terdapat bahan dalam Internet yang dikongsi sama oleh ramai guru Pendidikan Islam yang mengelirukan (Awas! Hati-hati apabila mengambil bahan daripada Internet apatah lagi untuk dilanjutkan sebarannya) apabila dikatakan bahawa istilah guru berasal dari kata “Gur” dan “Ru” (dari istilah jawa “gugu” dan digabungkan dengan kata“tiru”). Menurut Mujtahid M Ag (2011) "guru digugu dan ditiru" hanya merupakan ungkapan yang dikaitkan dengan kehidupan seseorang guru di Indonesia terutamanya di Pulau Jawa (lihat Mujtahid, 2011, dalam Pengembangan Profesi Guru terbitan UIN, Malang, Indonesia) yang menggambarkan besarnya kepercayaan masyarakat terhadap eksistensi / kewujudan individu bergelar guru. Jika diteliti, malahan dapat dikesan bahawa sebenarnya tiada singkatan Gur yang diambil dari istilah "gugu" sebaliknya jika diambil dari kata "gugu" seharusnya sukukatanya tidak menjadi "Gur" tetapi "gu" sahaja.
Istilah guru (satu perkataan dan bukan gabungan singkatan dua perkataan Gur dan Ru) merupakan istilah yang telah lebih lama digunakan khususnya oleh pengikut agama Hindu dan Sikh. Terdapat etimologi yang menyatakan bahawa istilah guru berasal dari bahasa Hindi (Benggali dan Gujerati: gu bermaksud gelap dan ru bermaksud terang) yang bermaksud “individu / pendeta yang mengajak pengikutnya beranjak dari kegelapan kepada terang” Istilah guru ini digunakan oleh pemimpin agama Hindu dan Sikhism dengan beberapa kata terbitan seperti Mahaguru, Vaheguru (dengan maksud Tuhan) atau perkataan Guru (pendidik) itu sendiri dan disandarkan kepada seseorang seperti Guru Nanak, Guru Granth Sahib dan sebagainya.
Terdapat juga maklumat yang mengatakan
bahawa istilah guru dipetik daripada bahasa Sanskrit (gru atau guruh)
dan daripada kelompok bahasa Sanskrit yang bermaksud berat dan dihormati –
iaitu individu yang berat dan dihormati. Ia merujuk kepada individu yang mempunyai tanggungjawab yang berat yang perlu dipikul serta dihormati. Sekiranya dirujuk kepada beban tanggungjawab yang berat dan dihormati, masih terdapat banyak profesion lain yang juga dinilai "berat" dan dihormati. Maklumat ini lebih sukar
untuk diterima pakai dalam konteks pendidikan berbanding istilah "guru" yang
diguna pakai oleh penganut agama Hindu dan Sikhism.
Istilah guru dengan maksud agen yang
membawa pengikut daripada kegelapan kepada terang diguna pakai oleh
kelompok pengikut Islam (berasal dari India lalu berkembang di
kawasan nusantara bersama perkembangan agama Hindu dan Islam) dengan dibezakan dari sudut Ketuhanan yang Maha
Esa dan tidak ada sekutu bagiNya, dengan beberapa penggunaan kata
terbitan seperti Mahaguru (termasuk mahaguru silat) dan Tok Guru (pengajian pondok). Apabila kata “guru”
diterjemahkan ke dalam Bahasa Inggeris maka menjadi “Teacher”.
Terdapat istilah lain yang dikaitkan dengan peranan “teacher”
seperti guide, coach, facilitate, social agent, trainer, mentor dan
sebagainya.
Dalam Bahasa Arab dan juga bahasa merupakan bahasa yang digunakan Al Quran (Al Quran diturunkan dalam Bahasa Arab), tidak terdapat perkataan “guru”. Sebaliknya istilah Bahasa Arab yang digunakan ialah Muallim, Mudarris, Muaddib atau Murabbi. Terdapat juga istilah Mursyid yang merujuk kepada individu pendidik dan pembimbing yang menjadi pakar rujuk (tahap tinggi) dan dikaitkan dengan ilmu Al Haq atau pengetahuan kebenaran Ilahi. Al Rasyid secara khusus ditentukan hanya untuk Allah (satu daripada 99 asma al husna). Perkataan lain yang boleh ditemui dalam Bahasa Arab ialah Rasul (penyampai risalah Tauhid). Istilah rasul tidak digunakan untuk menjelaskan peranan guru secara umum kerana penggunaannya telah dikhususkan untuk beberapa individu pilihan tertentu dalam Islam (25 Rasul yang disebut dalam Al Quran daripada 313 jumlah rasul) yang menyeru dan mengajak manusia untuk mentauhidkan Allah. Namun begitu, dalam sepotong hadis riwayat Ibn Majah, dalam as Sunan, dijelaskan bahawa Rasulullah diutus sebagai pendidik (guru) yang menjelaskan istilah rasul juga mempunyai implikasi peranan mendidik.
Istilah "cikgu" merupakan istilah yang biasa dan masih selesa digunakan di Malaysia. Murid lebih cenderung untuk menggunakan istilah cikgu berbanding guru. Kita tidak menyebut Guru Ismail tetapi kita sebut Cikgu Ismail. Selain itu, bagi guru Pendidikan Islam, istilah "ustaz" dan "ustazah" lebih selesa digunakan. Di sekolah, murid tidak menyebut Tok Guru atau Mahaguru Bunyamin tetapi Ustaz Bunyamin atau Ustazah Fitrisyah.
Walau apa pun, tanpa prejudis (dengan mengambil kira istilah guru sebagai pendidik atau cikgu) mari kita sama-sama teliti peranan guru Pendidikan Islam yang telah banyak diperkatakan tetapi tidak begitu mudah untuk diamalkan.
Walau apa pun, tanpa prejudis (dengan mengambil kira istilah guru sebagai pendidik atau cikgu) mari kita sama-sama teliti peranan guru Pendidikan Islam yang telah banyak diperkatakan tetapi tidak begitu mudah untuk diamalkan.
Muallim
Guru sebagai muallim merupakan seorang
individu guru yang menyampaikan ilmu pengetahuan serta kemahiran
berdasarkan kepada ilmu yang ada padanya secara khusus seperti Ilmu
Geografi, Sains, Nahu dan Sarof, Bahasa, Seerah, Matematik,
Astronomi, Psikologi, Kulinari dan sebagainya. Muallim dalam konteks
Pendidikan Islam seharusnya merupakan individu guru yang menyampaikan
ilmu-ilmu asas Islam yang akan digunakan oleh anak didik dalam
menjalani kehidupan harian mereka selaras dengan peranannya sebagai
hamba Allah. Dalam konteks bilik darjah dan komponen kurikulum yang
telah ditetapkan, maka seorang muallim akan menyampaikan ilmu
berdasarkan kepada sukatan kurikulum dan mengikut peraturan bilik
darjah yang telah ditetapkan oleh Bahagian Pendidikan Islam,
Kementerian Pelajaran Malaysia.
Dalam sepotong hadis Rasulullah saw yang diriwayatkan oleh Imam Bukhari, Rasulullah bersabda yang mafhumnya "Sampaikanlah dariku walau sepotong ayat". Dalam konteks ledakan ilmu yang tidak terbatas, seorang muallim perlu lebih bersedia melaksanakan tugas menyampaikan ilmu dan kemahiran (bergantung kepada tahap murid / pelajar) agar dapat terus digunakan atau diamalkan di dalam dan di luar bilik darjah termasuk untuk membuat keputusan dan menyelesaikan masalah. Meskipun di dalam hadis yang dinyatakan di atas menyebut satu ayat (minima), namun peranan seorang muallim bukan sekadar menyampaikan dalam ertikata memindahkan ilmu tetapi menyampaikan dengan huraian dan penjelasan. Tanpa penjelasan yang baik kebarangkalian murid untuk mengetahui dan memahami adalah tinggi tetapi belum menjamin dapat mengaplikasi ilmu yang diperolehi untuk membuat keputusan atau menyelesaikan masalah atau mengaplikasi ilmu untuk menghasilkan / mencipta sesuatu. Murid hanya sampai ke tahap mengetahui dan memahami (rujuk Taksonomi Bloom domain kognitif).
Dalam sepotong hadis Rasulullah saw yang diriwayatkan oleh Imam Bukhari, Rasulullah bersabda yang mafhumnya "Sampaikanlah dariku walau sepotong ayat". Dalam konteks ledakan ilmu yang tidak terbatas, seorang muallim perlu lebih bersedia melaksanakan tugas menyampaikan ilmu dan kemahiran (bergantung kepada tahap murid / pelajar) agar dapat terus digunakan atau diamalkan di dalam dan di luar bilik darjah termasuk untuk membuat keputusan dan menyelesaikan masalah. Meskipun di dalam hadis yang dinyatakan di atas menyebut satu ayat (minima), namun peranan seorang muallim bukan sekadar menyampaikan dalam ertikata memindahkan ilmu tetapi menyampaikan dengan huraian dan penjelasan. Tanpa penjelasan yang baik kebarangkalian murid untuk mengetahui dan memahami adalah tinggi tetapi belum menjamin dapat mengaplikasi ilmu yang diperolehi untuk membuat keputusan atau menyelesaikan masalah atau mengaplikasi ilmu untuk menghasilkan / mencipta sesuatu. Murid hanya sampai ke tahap mengetahui dan memahami (rujuk Taksonomi Bloom domain kognitif).
Ini bermakna seorang muallim perlu
menguasai ilmu pengetahuan serta kemahiran-kemahiran pedagogi yang berkaitan dengannya
(bidang ilmu yang diajar) melangkaui tahap sukatan yang telah
ditetapkan oleh Kementerian Pelajaran Malaysia kerana sesuatu ilmu
itu akan disampaikan mengikut tahap-tahap tertentu daripada yang paling
rendah hingga ke tahap paling tinggi. Dengan akses maklumat yang mudah dan cepat, kemungkinan besar terdapat murid yang mempunyai maklumat yang lebih luas daripada guru sendiri. Seorang muallim (zaman ledakan
maklumat yang tidak terbatas serta tidak tersaring) tidak seharusnya
mempunyai ilmu atau kemahiran yang terkebelakang berbanding
murid-muridnya termasuk pengetahuan menggunakan teknologi. Tidak dapat tidak seorang muallim perlu mengamalkan budaya belajar sepanjang hayat disebabkan setiap waktu akan terdapat ilmu-ilmu baru yang perlu diketahui dan dikuasai.
Bagaimana sekiranya guru (muallim) tersebut ditanyai soalan dan ia tidak mengetahui jawapannya (hal ini adalah lazim disebabkan manusia adalah makhluk lemah dan pelupa)? Apakah yang harus dilakukannya? Murid lebih menghormati guru yang mengakui kelemahan diri dibanding dengan guru yang menipu. Oleh itu, guru perlu mengakui tidak mengetahui tetapi akan cuba mendapatkan jawapannya untuk dimaklumkan kepada murid pada waktu yang lain. Elakkan daripada merapu untuk mengelak daripada memberikan jawapan yang betul dan tepat.
Bagaimana sekiranya guru (muallim) tersebut ditanyai soalan dan ia tidak mengetahui jawapannya (hal ini adalah lazim disebabkan manusia adalah makhluk lemah dan pelupa)? Apakah yang harus dilakukannya? Murid lebih menghormati guru yang mengakui kelemahan diri dibanding dengan guru yang menipu. Oleh itu, guru perlu mengakui tidak mengetahui tetapi akan cuba mendapatkan jawapannya untuk dimaklumkan kepada murid pada waktu yang lain. Elakkan daripada merapu untuk mengelak daripada memberikan jawapan yang betul dan tepat.
Muaddib
Penekanan kepada pembentukan
tingkahlaku berdisiplin menjadi salah satu matlamat dalam pendidikan
agar murid yang mendapat didikan tersebut akan dapat mengelakkan
dirinya daripada terjerumus dengan gejala maksiat atau penyelewengan
dan rasuah ketika menjalani kehidupan seharian. Rasuah menjadi salah
satu musuh utama dalam negara dan dilakukan oleh sebahagian rakyat
yang beragama Islam. Gambaran ini seolah-olah menunjukkan kegagalan
peranan guru sebagai seorang muaddib.
Rassulullah saw diutus untuk membentuk
akhlak yang mulia dan institusi pendidikan yang ada pada hari ini
merupakan institusi yang seharusnya meneruskan peranan pembentukan
akhlak yang mulia ini. Para ustaz dan ustazah (guru khusus mata
pelajaran Pendidikan Islam) seharusnya menyedari bahawa pemindahan
ilmu dari seorang pendidik kepada murid sebenarnya tidak mencukupi
sekiranya peranan “membentuk” tingkahlaku mahmudah tidak
diberikan penekanan.
Seorang Muaddid merupakan individu guru
yang menjalankan peranannya untuk membentuk nilai-nilai tingkahlaku
(behavior), nilai afektif serta nilai kognitif murid untuk
dijadikan amalan dalam hidup mereka. Dari perspektif nilai
tingkahlaku, seorang muaddib perlu membentuk muridnya agar
bertingkahlaku mulia, beradab, berakhlak, berdisiplin, berpekerti
mulia dan berintegriti. Dari perspektif nilai afektif pula, murid
perlu dibentuk agar mempunyai nilai kasih sayang, menghargai
keindahan, tidak merusakkan, melakukan kerja dengan sebaik mungkin
(dengan mengambil kira nilai seni, ketahanan dan sebagainya). Seorang
muaddib juga bertanggungjawab untuk membentuk pemikiran murid yang
bernas, tidak berfikiran yang boleh merusakkan diri, masyarakat,
harta atau alam melalui program-program prodigy (program transformasi kehidupan muda boleh dilihat di http://www.uerl.upsi.edu.my/#!prodigy-malay/cs1). Ketiga-tiga komponen tingkahlaku, afektif dan
kognitif perlu dibentuk secara serentak. Contohnya, murid dibimbing
untuk melaksanakan ibadat solat dengan sopan, teratur dan dengan
pemikiran yang tertumpu hanya kepada Allah. Pembentukan nilai benar
ini diharapkan dapat melahirkan murid yang benar-benar dapat
merealisasikan kehidupan yang dapat mencegah daripada fahsya' dan
mungkar dan bukan yang solat tetapi mengamalkan perlakuan yang
dilarang.
Penekanan seorang muaddib juga perlu
dilihat dalam peranannya membentuk murid atau anak didik yang meahami
dan mengamalkan hidup berkawan, berjiran dan bermasyarakat melibatkan
kemahiran berhubungan dan berkomunikasi, saling membantu dan
bekerjasama ke arah kebaikan dan memahami serta menghormati orang
lain.
guru sebagai mudarris ..... http://shamsina-gurupendidikanislam.blogspot.com/2012/12/mudarris.html
No comments:
Post a Comment