Soalan yang dikemukakan sebagai soalan
penyelidikan tindakan, perlu mendapatkan jawapannya setelah tindakan diambil.
Sekiranya, jawapan masih tidak diperoleh, kemungkinan ralat berlaku semasa
mengumpulkan data. Contohnya, penyelidik ‘was
carried away’ dengan perasaannya sendiri hingga lupa tentang maklumat dan
data yang perlu diperhati dan dikumpulkan. Oleh itu, untuk memastikan data
relevan yang diperlukan untuk menjawab soalan kajian diperoleh, penstrukturan
awal elemen / kod / tema atau kategori data perlu dibuat. Perkara yang perlu
diperhatikan serta item soalan perlu menjurus kepada objektif dan soalan
kajian. Contohnya, apabila ingin mengesan cara bagaimana (the how) untuk melaksanakan sesuatu kaedah pengajaran dengan lebih
baik dan berkesan agar amalan dapat diperbaiki, pengkaji perlu memastikan data
yang dikumpul dapat menjawab soalan bagaimana dan bukan yang menjelaskan
tentang keberkesanan kaedah / teknik / bahan atau efek ke atas pembelajaran
murid. Lazimnya untuk menjawab bagaimana cara atau “the how”, jawapan yang diperlukan melibatkan proses atau
langkah-langkah. Maka elemen / tema / kod atau kategori data yang diperlukan
mungkin melibatkan sesi pra pelaksanaan atau perancangan, permulaan, semasa
melaksana dan selepas pelaksanaan tindakan.
Katakanlah pengkaji ingin mengetahui bagaimana
melaksanakan kaedah pembelajaran kumpulan koperatif menggunakan struktur think-pair-share. Objektif dan soalan
kajian anda mungkin seperti berikut:
Objektif: Mengenalpasti bagaimana melaksanakan
pengajaran menggunakan kaedah pembelajaran kelompok koperatif dengan struktur think-pair-share.
Soalan: Bagaimanakah melaksanakan pengajaran menggunakan
kaedah pembelajaran koperatif dengan struktur think-pair-share untuk mengajar bidang syariah?
Antara perkara yang perlu pengkaji fikirkan ialah
maklumat tentang pembentukan kumpulan, proses struktur think-pair-share, ciri
kumpulan pembelajaran koperatif, penstrukturan pengajaran dan pemantauan.
Terdapat kemungkinan maklumat lain yang relevan diperoleh seperti agihan masa,
bahan untuk tujuan scaffolding,
soalan-soalan inkuiri dan sebagainya.
Penulisannya: