Kertas cadangan (proposal) kajian tindakan di Institut
Pendidikan Guru Malaysia (IPGM) lebih difokuskan kepada isu-isu berkaitan pedagogi pengajaran dan pembelajaran. Untuk itu,
kertas cadangan yang perlu dikemukakan oleh pelajar IPGM hendaklah berkaitan
isu aplikasi pedagogi pendidikan iaitu isu yang dapat dikaitkan dengan pengajaran
dan pembelajaran berkesan (effective
teaching). Ini bermakna pelajar perlu terlebih dahulu memahami konsep-konsep asas dalam disiplin pedagogi seperti
pendekatan, strategi, kaedah, serta
teknik pengajaran dan pembelajaran. Elemen-elemen utama yang akan
mempengaruhi keberkesanan pengajaran dan pembelajaran perlu diambil kira
seperti gaya pembelajaran, pelbagai kecerdasan, taksonomi kognitif Bloom (juga
Anderson dan Krathwohl) dan sebagainya. Ini tidak bermakna kajian tindakan
menafikan aspek pengurusan dan kepemimpinan pendidikan, cuma IPGM menekankan
aspek pedagogi pengajaran dan pembelajaran sebelum pelajar mula menjalankan
tugas setelah tamat latihan di IPGM. Maknanya, seorang guru seharusnya
menguasai ilmu pedagogi.
Untuk tujuan menyediakan kertas cadangan, beberapa perkara
perlu dikemukakan seperti berikut:
1. Tajuk Kajian
Pastikan tajuk
kajian berorientasikan tindakan untuk tujuan penambahbaikan amalan bekerja (ilmu dan kemahiran guru
ketika melaksanakan pengajaran). Elakkan
daripada mengemukakan tajuk yang bersifat sebab dan
akibat atau korelasi.
Sila baca http://shamsina-gurupendidikanislam.blogspot.com/2014_02_01_archive.html terlebih dahulu
Sila baca http://shamsina-gurupendidikanislam.blogspot.com/2014_02_01_archive.html terlebih dahulu
2. Nama Penyelidik dan Sekolah
3. Refleksi Pengajaran dan Pembelajaran Lalu
.......termasuk refleksi kepercayaan dan nilai pendidikan
yang menjadi pegangan penyelidik yang ingin direalisasikan. Sebaiknya kemukakan
refleksi bersifat kritikal dengan sokongan literatur (sebagai sumber asas pegangan
teori dan nilai) dan bukan sekadar diskripsi
dalam bentuk penulisan diari.
Sila lihat di
http://shamsina-gurupendidikanislam.blogspot.com/2014/09/kajian-tindakanrefleksi-pengajaran-dan.html
4.
Isu Keprihatinan / Fokus Kajian
Isu keperihatinan / pernyataan dan analisis masalah dinyatakan dengan jelas termasuk
implikasinya ke atas pengajaran, pembelajaran
atau pengurusan berdasarkan maklumat dan data awal yang diperolehi. Pernyataan
fokus kajian ini sebaiknya dikaitkan dengan latar belakang teori dan / atau
penyelidikan lampau melalui pembacaan. Di bawah
subtopik Isu keperihatinan ini sebaiknya meliputi skop kajian,
kerelevanan, kebolehan diurus, keserasian, kepentingan, kawalan dan kolaborasi (dan
dinyatakan dengan jelas).
Skop kajian
·
Isu /
fenomena / masalah itu wujud serta mengganggu prestasi pengajaran dan
pembelajaran tetapi dijangka boleh dibuat penambahbaikan
·
Kepercayaan
dan nilai pendidikan yang dipegang dapat membantu penambahbaikan yang dirancang
Kerelevanan
·
Kepentingan
isu / fenomena / masalah perlu diselesaikan kerana dikhuatiri meninggalkan
kesan negatif ke atas proses pdp, profesionalisme guru, murid atau institusi
Kebolehan
diurus
·
Kebolehan
menangani isu / fenomena / masalah melalui tindakan yang dirancang
·
Pengurusan
kemungkinan keperluan dan kekangan
Keserasian
·
Boleh
dilaksanakan dalam kerja-kerja mengajar dan tidak merupakan amalan yang asing daripada
bidang pendidikan
Kepentingan
·
Kepentingan
kajian kepada guru, murid, rakan sekerja atau sekolah
Kawalan
·
Peserta
kajian dapat dikawal tanpa mengganggu rutin pembelajaran murid lain
Kolaborasi
·
Sokongan
daripada rakan sekerja, pengurus sekolah, rakan kritikal dan individu lain yang
dapat membantu proses interpretasi data
5. Objektif Kajian
Pastikan objektif
yang ditulis meliputi fokus kajian, tindakan yang ingin
dilaksanakan dan jangkaan pencapaian (lihat
soalan kajian – objektif kajian akan menggambarkan jawapan yang diinginkan
daripada soalan kajian).
Objektif Umum
Objektif
Khusus
6. Soalan kajian
Kemukakan soalan-soalan
yang ingin diperolehi jawapannya melalui kajian ini. Disebabkan kajian tindakan
dilakukan dengan tujuan penambahbaikan amalan penyelidik sendiri, maka dua kata
soal (adakah dan bagaimanakah)
menjadi fokus pembinaan soalan kajian.
Contoh:
Adakah dengan mengaplikasikan teknik penyoalan dalam kaedah penerangan membolehkan murid saya .......?
Bagaimanakah mengaplikasikan teknik penyoalan sokratik semasa menggunakan kaedah penerangan
untuk membolehkan murid saya ......?
7. Kumpulan Sasaran
...... selain
maklumat asas seperti bilangan dan jantina peserta, masukkan juga ciri-ciri unik peserta
yang menyebabkan mereka terpilih sebagai peserta kajian.
8. Prosedur Kajian
Kemukakan bentuk intervensi (tindakan / inovasi) yang ingin
dilaksanakan, jelaskan instrumen pengumpulan data
yang akan digunakan (sebaiknya libatkan konsep triangulasi untuk tujuan meningkatkan
rigour dan trustworthiness) serta bagaimana data
akan dianalisis (proses koding dan pengkategorian
data serta interpretasi / mendapatkan makna untuk data kualitatif).
Sekiranya melibatkan data kuantitatif (lazimnya tidak digunakan dalam kajian tindakan praktikal) maka statistik numerikal digunakan dan pastikan kesahan dan kebolehpercayaan instrumen dan data.
Sekiranya melibatkan data kuantitatif (lazimnya tidak digunakan dalam kajian tindakan praktikal) maka statistik numerikal digunakan dan pastikan kesahan dan kebolehpercayaan instrumen dan data.
9. Jadual Pelaksanaan Kajian
Kemukakan jadual tindakan serta tarikh
tentatif aktiviti berkenaan
10. Perbelanjaan
Jangkaan perbelanjaan dikemukakan dalam
kertas cadangan adalah untuk tujuan mendapatkan bantuan (kewangan atau bahan).
11. Senarai rujukan
Nyatakan tidak kurang daripada 10
sumber (buku, jurnal, sumber digital daripada Intenet, majalah dan
sebagainya). Patuhi format APA atau MLA.
12. Apendiks
Kemukakan contoh alat / instrumen
mengumpulkan data dan pastikan mematuhi protokol
Nota: Terdapat pandangan yang meminta dikemukakan tinjauan literatur sebagai satu sub topik tersendiri namun bagi kebanyakan penyelidik lebih cenderung untuk memasukkan tinjauan literatur dalam bentuk embeded dalam refleksi pengajaran dan pembelajaran lalu, fokus kajian dan prosedur kajian. Tidak salah tetapi ciri ini juga yang membezakan kajian tindakan daripada kajian / penyelidikan pendidikan yang lain (keperpustakaan, praeksperimental, eksperimental, kuasi ekperimental, tinjauan, korelasi, sebab-akibat).
Baca juga http://shamsina-gurupendidikanislam.blogspot.com/2013/04/kesalahan-lazim-semasa-melakukan-kajian.html
sangat membantu..tkasih
ReplyDeleteSemoga bermanfaat.
ReplyDelete