Saya telah pun menulis tentang beberapa kaedah pengajaran dan pembelajaran
untuk mata pelajaran Pendidikan Islam dengan mengambil kira tuntutan kemahiran pendidikan
abad ke 21 iaitu melibatkan pembelajaran berpusatkan murid, , pemikiran
kritikal, inkuiri dan penyelesaian masalah, amalan koperatif dan kolaboratif.
Adalah diharapkan para pembaca telah dapat memahami serta telah cuba
melaksanakannya di dalam kelas. Selain daripada menguasai kandungan mata
pelajaran utama yang melibatkan kemahiran 3M, murid perlu dilatih untuk menjadi
pemikir kritikal berteraskan kepercayaan (aqidah) dan peraturan kesejahteraan
(syariat Islam).
Sebelum meneruskan tulisan ini, elok rasanya kita semak semula apa yang
disarankan oleh Bernie Trilling dan Charles Fidel (2009) berkaitan kemahiran
abad ke 21. Menurut mereka berdua, murid pada abad 21 perlu menguasai
kemahiran-kemahiran berikut:
·
Pemikiran
kritikal dan penyelesaian masalah
·
Kreativiti
dan inovasi
·
Kolaborasi,
kerja berpasukan dan kepemimpinan
·
Pemahaman
antara budaya
·
Literasi
komunikasi, maklumat dan media
·
Literasi
pengkomputeran dan TMK
· Kerjaya
dan belajar tanpa pergantungan (Career and learning self-reliance)
Apabila guru-guru
Pendidikan Islam menggunakan kaedah inkuri atau penyelesaian masalah, pastikan
bahawa guru-guru akan melibatkan ketujuh-tujuh kemahiran di atas meskipun
sebenarnya tidaklah mesti kesemuanya sekali dalam satu pengajaran, tetapi
kemahiran-kemahiran tersebut tidak seharusnya ditinggalkan atau hanya sekadar
mengambil satu atau dua kemahiran sahaja.
Dalam penulisan kali ini,
saya akan menulis tentang satu lagi kaedah yang boleh digunakan untuk
pengajaran Pendidikan Islam untuk abad ke 21 iaitu kaedah projek.
Pembelajaran
berasaskan projek merupakan kaedah pembelajaran di mana guru menyediakan projek
untuk dilaksanakan oleh murid-murid. Guru akan memberikan arahan serta
penjelasan tentang projekyang agak kompleks dan mencabar, yang perlu
dilaksanakan. Murid pula dikehendaki
melaksanakan projek secara hands-on
dan minds-on serta dengan melakukan
sedikit kajian. Melalui kaedah projek, murid akan belajar untuk menyelesaikan
masalah melalui proses inkuiri, berkomunikasi serta berkolaborasi, mengakses
maklumat melalui Internet atau menghasilkan projek menggunakan perisian
komputer, selain menggunakan pemikiran kritikal dan amalan refleksi untuk
memastikan projek terlaksana dengan baik dan hasilnya akan memberi makna kepada
mereka. Melalui kaedah projek, murid akan dapat menyelesaikan masalah dalam
konteks dunia sebenar yang menjadi minat dan perhatian murid. Dalam
melaksanakan projek, murid mungkin akan menggabungkan maklumat daripada
pelbagai sumber mata pelajaran seperti Kajian Tempatan, Matematik, Sains dan
sebagainya selain daripada mata pelajaran Pendidikan Islam itu sendiri. Kaedah
projek membolehkan murid berfikir secara kreatif bagaimana menyelesaikan
masalah atau bagaimana menghasilkan projek yang terbaik.
Lazimnya kaedah
projek melibatkan masa yang lebih panjang daripada satu atau dua waktu
pembelajaran mengikut jadual waktu. Murid perlu belajar merancang dan
menguruskan masa serta kerja-kerja mereka. Lazimnya pelaksanaan kaedah projek
dibuat dalam bentuk kumpulan kecil wealaupun ada kalanya ia juga dilaksanakan
secara individu. Sama ada secara individua tau kumpulan kecil, murid masih
perlu berkolaborasi dengan orang lain untuk menghasilkan projek berkenaan.
Semasa melaksanakan
projek, murid dikehendaki melakukannya dengan bersungguh-sungguh dan secara
mendalam tentang projek berkenaan kerana:
·
ia disusun atur sekitar
persoalan terbuka atau cabaran yang membuatkan murid fokus dengan kerja atau
tugas pembelajaran seperti menyoal, mengakses maklumat, merefleksi dan
sebagainya.
·
ia membuatkan murid
ingin tahu dan memahami konten serta
menguasai kemahiran
·
murid perlu
melaksanakan inkuiri untuk belajar atau untuk menghasilkan projek. Proses
inkuiri akan menggalakan murid menghasilkan idea-idea baru serta membuat
interpretasi
·
murid perlu
terlibat dengan komunikasi seperti berkolaborasi dan bukan sekadar mengingati
maklumat dan fakta (mereka perlu terlibat dengan pemikiran aras tinggi seperti mengaplikasi,
menganalisis, menilai dan menghasilkan)
·
murid perlu
bekerjasama sebagai satu pasukan, menghormati pandangan rakan, memberi idea dan
pandangan sendiri serta membuat persembahan laporan projek
·
murid berpeluang
untuk menyatakan pandangan serta pilihan mereka sendiri serta bertanggungjawab
ke atas kerja-kerja mereka (murid menjadi lebih aktif)
·
melibatkan maklum
balas (daripada rakan dan guru) dan mengulangkaji pelajaran
·
berkongsi hasil
dapatan / projek dengan rakan-rakan sekelas atau daripada kelas atau sekolah
lain (apabila dimuatnaik menggunakan blog atau laman sesawang)
Apakah peranan guru?
Berdasarkan kaedah
projek, guru berperanan sebagai fasilitator yang akan membentuk persekitaran
pembelajaran yang selamat dan kondusif serta tanggungjawab bersama. Pada
peringkat awal, guru perlu menstrukturkan tugasan serta soalan-soalan yang
terlibat agar murid tidak terpesong jauh daripada objektif pembelajaran yang
dirancang. Untuk memastikan murid dapat melaksanakan projek dengan baik, guru
disarankan untuk menyediakan rubrik panduan melaksanakan projek dan diberikan
kepada murid. Terdapat dua jenis rubrik (analitik dan holistik) dan
terpulanglah kepada guru, rubrik manakah yang hendak digunakan berdasarkan
kepada tujuan penilaian.
Contoh projek
·
membina replika kaabah
·
amalan solat
·
nas Al Quran dan Hadis
tentang puasa Ramadhan
·
menghasilkan komik tokoh
ulama / pendidikan Islam
·
biografi khulafa
·
tokoh wanita muslimah
·
konsep malaikat
·
adab dengan orang tua
·
pengajaran daripada kisah
para Anbia’
·
koleksi masjid di
Malaysia
·
pelbagai jenis khat
·
dan sebagainya
terima kasih atas perkongsian...
ReplyDeleteSemoga bermanfaat untuk Noraini
ReplyDeleteBagaimana untuk hubungi Puan Shamsina Shamsuddin.
ReplyDeleteTQ
TQ
ReplyDeleteBagaimana untuk hubungi penulis
Pada navigation bar terdapat pautan Hubungi Saya. Di situ terdapat maklumat yang tuan perlukan.
Deleteassalamualaikum...terima kasih puan Shamsina atas perkongsian.
ReplyDeleteWaalaikumussalam warahmatullahi wabarakatuh
ReplyDeleteSemoga mendapat barokah daripada Allah swt
Assalamuailaikum..bolehkah pihak puan untuk mengisi slot pedagogi khusus utk guru al Quran di sekolah ?
ReplyDeleteterima kasih ustzh..teringat masa ustzh mngjr kami d mptar..
ReplyDeleteteringat msa ustzh mngjr kmi d mptar..
ReplyDelete