Mudarris dikaitkan dengan tugas guru yang melaksanakan peranan membimbing
dan mendidik. Seorang mudarris merupakan individu yang mampu mendidik murid-muridnya
sehingga benar-benar berpengetahuan dan mendapatkan pengajaran (learned and learnt) tentang sesuatu yang
boleh dimanfaatkan dalam kehidupannya. Murid yang terdidik bukan
sahaja memperolehi ilmu pengetahuan tetapi dapat memahami perkara-perkara yang
tersirat daripada bahan yang dipelajari. Ini bermakna murid terdidik, jika dilihat
dari perspektif Taksonomi Bloom, sebenarnya telah mencapai ke tahap mampu untuk mengaplikasi dan melakukan analisis tentang perkara yang diperolehi daripada gurunya. Sekali gus
menggambarkan peranan seorang Mudarris ialah membimbing dan mendidik murid
untuk sampai kepada darjah pemikiran sekurang-kurangnya pada peringkat aplikasi hingga ke tahap penilaian iaitu berkeupayaan untuk membuat pertimbangan antara baik dan buruk, antara
benar dan salah, antara berfaedah atau berguna dan tidak, antara kebajikan dan
kerusakan. Sejauh mana sebenarnya guru Pendidikan Islam telah melaksanakan peranan sebagai mudarris atau sekadar menyampaikan ilmu dan kemahiran setakat pengetahuan dan kefahaman? Jawapannya ada pada diri guru itu sendiri.
Dengan mengajar sehingga tahap aplikasi, sintesis dan penilaian, bermakna peranan seorang Mudarris juga ialah mempertingkatkan keupayaan murid untuk berfikir pada tahap tinggi yang dapat membolehkan murid membuat keputusan berdasarkan kriteria, syarat dan situasi mengikut konteks serta mampu untuk membuat keputusan yang boleh mendatangkan faedah atau kesan positif kepada dirinya dan orang lain (termasuk persekitarannya). Tidak akan sampai ke tahap Mudarris seorang guru yang sekadar menyampaikan atau memindahkan ilmu pengetahuan (masih terdapat ramai individu yang berilmu pengetahuan tentang perlakuan yang tidak baik dan boleh merusakkan tetapi masih terus berkelakuan demikian – contohnya amalan rasuah). Untuk melaksanakan peranan seorang Mudarris, guru Pendidikan Islam perlu berfungsi sebagai seorang pendorong, fasilitator, pemandu / pembimbing, jurulatih yang berkesan, agen perubahan sosial dan pembentuk budaya masyarakat.
Guru sebagai pendorong (motivator)
Di kalangan murid terdapat mereka yang kurang berminat serta tidak terdorong untuk belajar atas faktor pada diri murid serta persekitarannya. Masih terdapat ramai murid yang masih kabur tentang tujuan mereka ke sekolah. Sesetengah murid ke sekolah untuk memenuhi tuntutan pendidikan. Terdapat juga yang ke sekolah untuk berkawan dan berseronok. Sekolah juga dijadikan tempat untuk melepaskan diri daripada kongkongan dan peraturan keluarga. Seorang mudarris perlu peka dengan matlamat atau motif kanak-kanak bersekolah dan membetulkan matlamat yang salah melalui dorongan untuk belajar agar mereka lebih bersedia untuk menghadapi kerenah kehidupan.
Malas merupakan satu sifat yang memang terdapat di kalangan murid. Sifat ini perlu dinyahkan daripada murid dan mereka seterusnya didorong untuk mengambil peluang sebaik-baiknya agar menuntut ilmu dan kemahiran seperti yang telah diwajibkan sepada setiap muslimin dan muslimat. Setidak-tidaknya seorang mudarris akan mengajar dan meminta muridnya untuk menghayati doa meminta perlindungan Allah dari sifat malas dan berusaha menjadi murid contoh yang rajin dan bersungguh-sungguh.
Guru sebagai fasilitator / pembimbing
Peranan mudarris juga ialah dengan menjadi pembimbing di sisi murid. Ini bermakna, dari perspektif konstruktivisme, seorang mudarris hanya akan menyediakan perancah, iaitu asas kepada sesuatu konsep atau idea sebagai panduan yang akan digunakan oleh murid. Seterusnya murid akan digalakkan untuk meneroka dan membina ilmu pengetahun dan kemahiran secara aktif melalui aktiviti kolaborasi dan koperatif bersama rakan dan guru, di samping memperibadikan proses pembelajaran. Sebagai pembimbing, mudarris akan menyokong dan membimbing murid melalui proses perubahan yang sukar dan kompleks.
Guru sebagai agen sosial dan agen perubahan
Peranan mudarris selaku agen sosial memerlukan ia menguruskan interaksi sosial di dalam bilik darjah dalam lingkungan batas-batas akhlak. Interaksi dan perhubungan sosial yang bersifat perkembangan akan membolehkan murid bekerjasama sebagai satu pasukan melalui pembelajaran koperatif dan kolaboratif (Akhiar dan Shamsina, 2012).
Sebaliknya, selaku agen perubahan pula, seorang mudarris perlu mengajar rakan-rakan sekerja serta murid bagaimana melakukan inovasi melalui perubahan yang berlaku dalam dunia pendidikan. Contohnya, penggunaan alat komunikasi dan teknologi maklumat secara berkesan dan inovasi dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Guru perlu menambahbaik budaya sekolah, bilik darjah dan persekitaran pembelajaran yang kondusif serta membina ahli komuniti sekolah yang berdaya maju dan mementingkan ilmu serta perkembangan akhlak.
Murobbi
Selain mengajar, menyampaikan ilmu, mendidik serta
membimbing murid, seorang guru Pendidikan Islam perlu melaksanakan peranan mengurus
dan mengatur persekitaran bilik darjah (fizikal dan suasana) dan tingkahlaku murid, selain menguruskan proses
pengajaran dan pembelajaran (termasuk pengurusan pentaksiran murid). Seorang Murobbi seharusnya mampu untuk berfikir, melakukan inovasi atau menghasilkan idea-idea baru berkaitan kaedah dan teknik pembelajaran. Sekali gus, seorang Murobbi adalah seorang penyelidik yang akan merefleks amalan bekerjanya dan berusaha untuk menambahbaik amalan tersebut demi kejayaan dirinya serta murid-muridnya. Seorang murobbi menyedari akauntabiliti terhadap profesion, rakan sekerja, murid, ibu bapa serta masyarakat. Juga meletakkan pengabdian terhadap Allah sebagai nilai pusat (centre of value) profesion yang dipegang. Ini bermakna seorang murobbi menyedari tentang kesalahan dan dosa seandainya mengabaikan tugas (sense of guilt and sense of sin).
Guru sebagai pengurus
Seorang murobbi perlu menguruskan pengajarannya serta pembelajaran murid, menstrukturkan bilik darjah agar terjana persekitaran pembelajaran yang kondusif. Tidak terkecuali seorang morobbi juga bertanggungjawab terhadap peranannya dalam bidang pengurusan pejabat dengan melakukan tugas-tugas perkeranian seperti menyemak buku latihan, menyemak kertas ujian, merekodkan kemajuan murid, menyimpan fail dan sebagainya. Untuk menjadi seorang pengurus pendidikan yang baik, seorang murobbi perlu memiliki portpolio profesional serta catatan refleksi amalan yang bertujuan untuk memcari peluang membuat penambahbaikan.
Guru sebagai penyelidik dan kopelajar (colearner)
Peranan murid pada masa kini tidak hanya setakat belajar atau menerima ilmu daripada guru tetapi sebagai peneroka ilmu pengetahuan dan mendapatkan makna perkara yang dipelajari itu dalam dunia sebenar. Justeru itu, peranan murobbi turut berkembang apabila perlu meneroka kaedah dan teknik pengajaran yang baru serta menghasilkan strategi yang lebih tepat dan sesuai mengikut konteks dan situasi. Hal ini hanya boleh dilakukan sekiranya murobbi melaksanakan tugas sebagai penyelidik iaitu dengan mengenalpasti kelemahan diri serta peluang peningkatan serta memahami masalah pembelajaran yang dihadapi oleh murid dan mula peluang yang terbaik untuk membantu proses pembelajaran murid melalui penambahbaikan amalan sendiri.
Guru sebagai pengurus
Seorang murobbi perlu menguruskan pengajarannya serta pembelajaran murid, menstrukturkan bilik darjah agar terjana persekitaran pembelajaran yang kondusif. Tidak terkecuali seorang morobbi juga bertanggungjawab terhadap peranannya dalam bidang pengurusan pejabat dengan melakukan tugas-tugas perkeranian seperti menyemak buku latihan, menyemak kertas ujian, merekodkan kemajuan murid, menyimpan fail dan sebagainya. Untuk menjadi seorang pengurus pendidikan yang baik, seorang murobbi perlu memiliki portpolio profesional serta catatan refleksi amalan yang bertujuan untuk memcari peluang membuat penambahbaikan.
Guru sebagai penyelidik dan kopelajar (colearner)
Peranan murid pada masa kini tidak hanya setakat belajar atau menerima ilmu daripada guru tetapi sebagai peneroka ilmu pengetahuan dan mendapatkan makna perkara yang dipelajari itu dalam dunia sebenar. Justeru itu, peranan murobbi turut berkembang apabila perlu meneroka kaedah dan teknik pengajaran yang baru serta menghasilkan strategi yang lebih tepat dan sesuai mengikut konteks dan situasi. Hal ini hanya boleh dilakukan sekiranya murobbi melaksanakan tugas sebagai penyelidik iaitu dengan mengenalpasti kelemahan diri serta peluang peningkatan serta memahami masalah pembelajaran yang dihadapi oleh murid dan mula peluang yang terbaik untuk membantu proses pembelajaran murid melalui penambahbaikan amalan sendiri.
Mursyid
Seorang Mursyid merupakan seorang guru yang telah sampai ke tahap menjadi pakar rujuk, berkeupayaan untuk membuat keputusan dan menyelesaikan masalah pendidikan yang tidak dapat dilakukan oleh guru-guru lain. Bilangan guru yang mampu melaksanakan peranan mursyid adalah terlalu sedikit kerana guru berkenaan perlu dapat melaksanakan peranan sebagai Muallim, Mudarris, Muaddib dan Murobbi selain membudayakan dirinya untuk terus belajar, membuat penyelidikan, melaksanakan penambahbaikan pada ilmu dan amalannya serta meningkatkan darjah ketakwaan kepada Allah. Dengan segala peranannya itu, seorang mursyid akan dapat menunjukkan kebenaran kepada murid serta rakan sekerja agar redha dan mendapat keredhaan daripada Allah swt.
Seperti yang telah dijelaskan bahawa peranan sebagai penyampai risalah (rasul) hanya dikhususkan kepada individu pilihan Allah dari kalangan para nabi yang diutuskan secara khusus kepada kaum-kaum tertentu. Namun begitu, peranan untuk membina ummah akan diteruskan oleh para ulamak apabila Rasulullah saw menegaskan bahawa para ulamak merupakan waris para nabi. Waris di sini tidak disandarkan kepada pertalian persaudaraan dan tidak juga penjawatan tetapi kepada peranan dan tanggungjawab untuk menyebarkan, mendidik, membimbing umat agar hanya mempertuhankan Allah tanpa syirik, beriman dan patuh kepada tuntutan agama (perkara disuruh dan dilarang).
selanjutnya lihat di http://shamsina-gurupendidikanislam.blogspot.com/2012_11_01_archive.html