Perlu saya jelaskan di sini bahawa kesemua kaedah yang saya kemukakan sebelum ini adalah kaedah yang biasa dan mudah untuk digunakan oleh guru-guru sekolah (khususnya pelajar KPLI di IPG). Ini tidak bermakna saya menolak atau menidakkan kaedah-kaedah lain yang dikemukakan oleh cendekiawan Islam berpandukan kaedah Rasulullah s.a.w serta para sahabat, ulamak pendidikan seperti Ibn Khaldun, al Farabi, al Ghazali serta imam-imam mazhab.
Saya perturunkan di sini, beberapa kaedah lain yang boleh difikirkan.
Rasulullah SAW
....menggunakan pelbagai kaedah dan strategi pengajaran dalam menyampaikan ilmu dunia dan akhirat kepada pengikut-pengikut Baginda meliputi aspek kognitif, afektif dan psikomotor. Antara kaedah yang Baginda gunakan ialah:
- Kuliah
- Khutbah
- Dialog
- Soal jawab
- Hafazan
- Mujadallah
- Gambaran
- Amali
- Demonstrasi
- Halaqah dan banyak lagi....
Ibn Khaldun
Beliau menggunakan kaedah pengajaran mengikut peringkat-peringkat pengajian iaitu bermula daripada peringkat rendah kepada peringkat tinggi. Antara kaedah-kaedah yang digunakan ialah:
- Qiraah (bacaan)
- Hafz (hafazan)
- Kitabah (tulisan)
- Imla’i (menyalin)
- Istiwbat (ambilan)
- Tardid (ulang sebut)
- Munazarah (pemerhatian)
- Tikrar (pengulangan)
- Sama’ (mendengar)
- Ijtima’al-watan (pergaulan dengan penduduk setempat)
- Mulakhasah (deduktif)
- Tamhid (induktif)
- Juz’i (menjelaskan secara satu persatu)
- Kulli (menyeluruh)
- Bati (beransur-ansur)
- Daqiqah (mendalam)
- Umuniyyah (umum)
- Hayah (penghayatan)
- Muttakamul (kesepadanan)
- Syumul (menyeluruh / holistik)
- Talkhis (peringkasan)
- Rihlah (lawatan)
- Takhdis (huraian)
- ’amali (praktikal)
Al Qabisi
- Kuliah dan syarahan bagi mata pelajaran akhlak
- Hafz (hafazan) hendaklah diikuti dengan amali (aml)
- Kaedah fard (individu) bagi murid yang lemah
- Jama’iyyah (berkumpulan)
- Tardid (meniru / imitate)
- Qudwah (tauladan)
- Tamsil (contoh dan misalan / tunjuk ajar) - bersamaan dengan kaedah demonstrasi
- ’amliyah (amali)
Al Farabi, Ibn Sinna dan Ibn Tufail
- Huraian
- Perbandingan
- Perkaitan
- Kesimpulan
- Generalisasi
- Implikasi
- Ikhtisar
- Penyelesaian masalah - dikenali sekarang sebagai problem solving
- Inkuiri
Al Ghazali dan Sufyan Al ’Uyainah
- Munaqasah (perbincangan)
- Al-adwan (main peranan) - dikenali sebagai roleplay
Imam Shafi’i dan Imam Malik
- Imla’i (menyalin)
- Istima’ (mendengar)
- Nazar wa istima’ (pandang dan dengar) - kini dikenali sebagai penggunaan bahan audio visual
- Kalam (dialog)
- Qira’ah (bacaan)
- Kitabah (tulisan)
Lain-lain kaedah pengajaran yang sering digunakan oleh cendekiawan Islam lain adalah seperti berikut:
- Taqlid duna nazar wa fikr – meniru
- ’adan al-akhlas bi al dars - peneguhan
- Burhan wa wadihah – penerangan dan penjelasan
- Kulliyyat – penerangan
- Tamhis al-ra’yie – percambahan idea
- Tikrar ma’a talwin – latih tubi
- Tajribal al-sakhsiah – pengalaman
- ’Ibrah – penceritaan
- Taqdim al-targhib ’ala al-tarhib – mengutamakan kegembiraan daripada ancaman
- Uswah hasanah – teladan yang baik, mengambil iktibar, tinjauan, muhasabah
TAHNIAH UST & EN AKHIAR KERANA BERJAYA MENERBITKAN 3 BUAH BUKU GENRE PENDIDIKAN...
ReplyDeleteTerima kasih lynna.
ReplyDelete