Followers

RENUNGAN

"Kalau guru sendiri mengambil masa untuk memahami pelajaran baru, janganlah mengharapkan murid sederhana dan lemah dapat menguasai dan mengingati perkara yang baru dipelajari dalam tempoh 20 minit."

Tuesday, 3 March 2015

Bagaimana menggunakan kemahiran belajar untuk mengajar 1



Cuba beritahu saya apakah kemahiran belajar yang diperlukan oleh murid untuk membolehkannya menguasai pelajaran? Memang banyak dan yang pertama ialah membaca. Apabila bercakap tentang membaca dan belajar, Allah swt telah lama mengajar kita supaya memulakannya dengan membaca (iqra’). Guru membaca dan murid juga membaca. Malah ramai orang yang suka membaca baik bahan bacaan itu merupakan bahan bacaan hiburan yang ringan atau bahan bacaan yang berat dan sukar difahami serta memerlukan kepada proses berfikir oleh sipembaca. Ada yang membaca dan tidak faham-faham tentang apa yang dibacanya. Ada pula orang lain yang membaca sekali dan terus boleh memahami dan mengingati apa yang dibaca. Ada yang membaca dengan pantas dan ada yang menconteng-conteng kertas apabila membaca. Ada yang boleh membaca dalam kenderaan yang sedang bergerak dan dalam keadaan bising. Ada yang memerlukan kesenyapan ketika membaca. Ada orang yang membaca sambil mendengar lagu. 

Bagaimana saudara/i pada ketika ini? Apa yang sedang dilakukan? Sudah tentu membaca! Bermakna saudara/i sudah pun memiliki salah satu daripada kemahiran belajar. Betul-betul mahir atau kemahiran tahap asas? Ramai pakar pendidikan telah mengemukakan pelbagai teknik membaca yang dikaitkan dengan tujuan membaca. Sebagai guru kita perlu menggalakkan murid kita dan diri sendiri agar ‘membaca untuk belajar’. Maknanya, belajarlah melalui pembacaan. Guru perlu mengajar murid menggunakan kemahiran membaca yang ada pada mereka dengan melibatkan fungsi minda dan jadikan membaca sebagai hiburan bermakna untuk minda. Tak! Tak cukup! Guru juga harus menggunakan kemahiran membaca dalam proses pengajaran dan pembelajaran dalam bilik darjah. 

Cuba bayangkan seorang murid anda memaklumkan bahawa bahan bacaan yang anda berikan adalah terlalu sukar. Guru perlu menentukan apakah bentuk kesukaran yang dihadapi oleh murid: Adakah sukar untuk membaca perkataan bombastik yang digunakan (atau perkataan pinjaman daripada bahasa lain seperti Bahasa Arab) atau sukar untuk memahami isu / topik yang dibincangkan atau sukar untuk mengenalpasti isi-isi penting? Keupayaan membaca bukan sekadar boleh membaca perkataan baru dan sukar tetapi membaca juga dikaitkan dengan kefahaman dan mengingat. Mungkin murid anda tidak boleh mencari makna atau membuat inferens bahan yang dibaca (tidak dapat dikaitkan dengan pengetahuan sedia ada atau dunia mereka yang sebenar) dan dengan perkataan lain ‘failed to read between the lines’. 

Sekali lagi, guru perlu dapat mengenalpasti sama ada murid berkenaan tidak dapat memahami atau tidak dapat mengingat apa yang dibaca. Maknanya bacaan tersebut hanya bagai sebutan burung kakak tua yang tidak faham apa yang dikatakannya.  

Kita kembali kepada bahan bacaan yang dikatakan sukar oleh murid. Kalau bahan berkenaan mengandungi beberapa perkataan pinjaman (katakan daripada Bahasa Arab seperti tartil, wudhu’, tawaddhu’, qiam, khutbah, sa’i, iman, ehsan, khusyu’ dan sebagainya), sebaiknya guru turut menyediakan makna perkataan atau makna kosa kata dan frasa yang dimuatkan dalam bahan bacaan. Isi penting dalam buku-buku rujukan biasanya diboldkan atau highlighted dengan menggunakan garisan atau warna. Ada yang menggunakan 1. nombor atau • bullet. Sertakan soalan melibatkan berfikir pada aras tinggi pada bahan bacaan berkenaan. Mungkin ada yang berkata, ‘Spoon feeding ni! Untuk budak kecik bolehlah’. Tunggu dulu! Buku teks yang berat juga menggunakan kaedah begini untuk memudahkan pemahaman isi kandungan. 

Kekadang sengaja di asingkan isi penting dalam kotak di tepi tulisan. Tak pernah jumpa? Sesetengah
buku akademik yang agak berat isi kandungannya, pada awal setiap bab telah distrukturkan objektif bab tersebut. Ada juga buku yang disertakan dengan sinopsis bab dalam bentuk peta dan pengurusan grafik. Tidak kurang pula buku-buku (terutamanya dari Amerika) yang menyediakan rumusan bab di akhir setiap bab. Apakah faedahnya? Tak perlu saya senaraikan di sini. 

Itu bahan bercetak. Sama juga halnya sekiranya guru memancarkan bahan melalui layar besar atau menulis isi utama di papan tulis. Gunakan warna, nombor dan kata kunci untuk discriminate fakta atau isi utama. Gunakan peta konsep, peta minda, peta pemikiran untuk menstruktur isi. Aplikasikan teknik starbursting. Apa tu? Sediakan sumber rujukan kalau tidak disediakan makna atau penjelasan (Sumbernya, he he... untuk tahu teknik starbursting, kena baca buku kami Pedagogi Pendidikan Islam yang akan terbit tidak lama lagi... tahun ini).

Next.... Allah tidak sekadar suruh iqra’ tetapi beserta bismirabbikal ladzi khalaq. Mulakan dengan Bismillah..... Huruf ba berbaris kasrah bermaksud ‘dengan’ yang menjelaskan bahawa tanpa ‘dengan’Nya atau namaNya, tak mungkin terlaksana. Selepas ba berbaris kasrah menunjukkan ada elemen penting di situ. Boleh tulis dengan telinga? Dengan mata? Kena dengan pen atau pensel. Pen atau pensel merupakan elemen penting yang tidak dapat tidak, mesti ada untuk menulis. 'Allama bi al qalam. Menaip guna mesin taip atau keyboard. Begitulah dengan membaca yang disarankan oleh Allah. Elemen pentingnya ialah Allah sendiri...la hawla wala quwwata illa billah. Dari perspektif Islam, membaca tidak akan sempurna kalau tidak dikaitkan dengan Allah. Oleh itu setiap kali meminta murid membaca bahan, minta juga mereka membaca basmallah terlebih dahulu. 

Tak dapat maksud teknik starbursting? O buku kami belum diterbitkan lagi dan saudara/i belum sempat membacanya pada tarikh bahan ini dimuatnaik ke blog. Guna teknik 5WH. Lukiskan satu bintang dengan enam bucu (lima pun boleh) dan pada setiap bucu letakkan satu W. Kalau bintang yang diukis hanya ada 5 bucu, letakkan H di sisi atau di tengah bintang. Takut ada orang sensitif dengan mengatakan 6 bucu tu melambangkan Israel lah pulak. Kalau tak nak guna bintang, boleh gak guna hexagon. Lukis bintang tu besar-besar di papan tulis. Semasa membaca, gunakan bintang tersebut untuk mencatatkan fakta berkaitan. Fahamkan apa 5WH tu? Atau latih murid gunakannya dalam buku tulis. 

Atau boleh saja kalau nak aplikasi teknik lain semasa menulis. Kenapa perlu menulis atau mencatat? Laaaa kan diminta supaya ‘allama bilqalam. Kalaulah ayat-ayat AlQuran tidak dicatatkan pada pelepah tamar dan kulit kayu, agaknya dapat tak kita membacanya pada hari ini? Tu pentingnya mencatat. Mencatat merupakan satu lagi kemahiran belajar. Masa saya belajar dulu, guru cuma meminta menyalin apa yang dia tulis di papan tulis. Itu menyalin dan bukan mencatat. Ajarkan murid menulis yang sifatnya mencatat dan bukan sifatnya menyalin. Menyalin pun tidaklah salah tapi.... banyak sangat dan tidak mengikut fahaman murid. Tak smart. 

Ops! Sebenarnya saya cuma nak sentuh satu kemahiran belajar saja iaitu membaca. Kemahiran lain... kemudianlah.

No comments:

Post a Comment