Followers

RENUNGAN

"Kalau guru sendiri mengambil masa untuk memahami pelajaran baru, janganlah mengharapkan murid sederhana dan lemah dapat menguasai dan mengingati perkara yang baru dipelajari dalam tempoh 20 minit."

Monday, 15 April 2013

Inovasi dalam pengajaran Pendidikan Islam



Assalamualaikum

Kita tidak sekali-kali menafikan ketokohan Rasulullah saw sebagai pendidik agung yang telah berjaya membentuk jiwa-jiwa yang beriman, meskipun tidak semua yang mendengar seruan turut menyertai risalah yang disampaikan. Begitu banyak teknik dan kaedah yang telah digunakan oleh baginda Rasulullah saw yang diaplikasikan berdasarkan kepada situasi dan mad’u yang menerima pengajaran. Kesemuanya dilaksanakan sesuai dengan keadaan teknologi yang ada pada waktu itu.

Pada hari ini kita saksikan perkembangan teknologi yang telah melenyapkan sempadan ilmu mengikut daerah, negeri mahu pun negara. Peralatan pendidikan seperti web 2.0 serta gadget komunikasi yang canggih , telah mengisi ruang-ruang kaedah serta teknik pengajaran dan pembelajaran yang ada atas nama inovasi dan kreativiti. Perolehan serta pembinaan ilmu kian menjadi meluas dan pada kadar perkembangan yang pantas.

Apa yang agak menyedihkan ialah apabila segala kemajuan ini tidak dapat digunakan serta diintegrasikan dengan kaedah serta teknik pada zaman keagungan Islam. Teknologi, meskipun telah diterima, tetapi dalam amalan pengajaran guru-guru Pendidikan Islam masih lagi bercorak tradisional. Penerangan sehala dan latih tubi tetap menjadi pilihan kebanyakan para guru Pendidikan Islam di sekolah-sekolah kebangsaan dan jenis kebangsaan yang sempat saya tinjau. Contoh teladan (akhlak, adab mahupun semangat belajar) agak kurang diberikan perhatian apabila guru-guru sendiri tidak serius untuk menjadi co-learner di dalam kelas dan tidak menunjukkan kecenderungan untuk meningkatkan profesionalisme. Amalan refleksi (muhasabah) lebih bersifat menuding jari (projeksi) kepada kesalahan serta kesilapan murid apabila mereka tidak menguasai (mastering) pelajaran. Bukan seluruhnya bertujuan untuk mengoreksi serta menambahbaik (correct and improve) corak pengajaran dan pembelajaran guru sendiri. Tidak dinafikan adanya segelintir yang berkembang selaras dengan tuntutan era baru pendidikan tapi…. hanya segelintir. Ramai yang menjadi ahli kepada laman sosial tetapi jarang sekali digunakan untuk membincangkan isu professional keguruan walaupun anggota laman tersebut terdiri daripada guru dan pendidik Pendidikan Islam pelbagai peringkat. Terdapat sesetengah institusi pendidikan di bawah Kementerian Pelajaran tetapi forbidden from access yang masih menggambarkan betapa kedekutnya dengan ilmu padahal ilmu yang ada perlu dimanfaatkan melalui sebaran dan boleh dijadikan sebagai sedekah.

Blog pendidikan…. agak banyak tetapi kesahan dan kebolehpercayaan bahan adakalanya diragui dan sesetengahnya merupakan bahan yang dikutip daripada blog lain tanpa membuat penilaian ke atas kontennya dan tanpa memberikan kredit kepada penulis asalnya atau menyatakan sumber asalnya.  Terdapat juga blog guru pendidikan islam tetapi tidak ada update dibuat (mati setelah 6 bulan hingga setahun setengah dilancarkan). 

Blog Us Abdul Somad di http://ustazabdulsomad.blogspot.com/search?updated-min=2012-01-01T00:00:00%2B08:00&updated-max=2013-01-01T00:00:00%2B08:00&max-results=2 boleh diterima kontennya cuma maklumat menunjukkan beliau adalah petugas di JPN dan bukan guru yang mengajar di sekolah. Guru agama di sekolah?   Blog lain yang boleh dilawati untuk mendapatkan maklumat atau konten pelajaran di sekolah ialah:
http://ependidikanislam.blogspot.com/  Yang lain, banyak masalah!!!!
  

Perisian komputer digunakan tetapi sekadar perisian seperti MS PowerPoint untuk menyokong penjelasan dan penerangan atau MS Word yang digunakan sebagai ganti mesin taip. MS Excel agak jarang digunakan. Begitu banyak ciri-ciri pada perisian tersebut yang masih asing kepada guru khususnya GURU PENDIDIKAN ISLAM di Malaysia.

Ramai guru yang mempunyai e-mail yang boleh digunakan untuk mengoptimumkan pengajaran dan pembelajaran tetapi jarang digunakan untuk tujuan kolaborasi perkara berkaitan perkembangan pendidikan. Kebanyakan forum melibatkan kolaborasi sesama murid / pelajar dan jarang sekali melibatkan pandangan guru. Hal ini sangat berbeza dengan ruang forum pendidikan dalam Bahasa Inggeris (maknanya bukan melibatkan konten Pendidikan Islam di Malaysia) yang melibatkan pandangan pakar pendidikan.

3 comments:

  1. Saya sgt setuju dengan pandangan pn. Shamsina apabila beliau mengatakan bahawa "Apa yang agak menyedihkan ialah apabila segala kemajuan ini tidak dapat digunakan serta diintegrasikan dengan kaedah serta teknik pada zaman keagungan Islam. Teknologi, meskipun telah diterima, tetapi dalam amalan pengajaran guru-guru Pendidikan Islam masih lagi bercorak tradisional. Penerangan sehala dan latih tubi tetap menjadi pilihan kebanyakan para guru Pendidikan Islam di sekolah-sekolah kebangsaan dan jenis kebangsaan yang sempat saya tinjau. Contoh teladan (akhlak, adab mahupun semangat belajar) agak kurang diberikan perhatian apabila guru-guru sendiri tidak serius untuk menjadi co-learner di dalam kelas dan tidak menunjukkan kecenderungan untuk meningkatkan profesionalisme. Amalan refleksi (muhasabah) lebih bersifat menuding jari (projeksi) kepada kesalahan serta kesilapan murid apabila mereka tidak menguasai (mastering) pelajaran."
    yes...mmg betul tetapi disetengah sekolah kemudahan prasarana teknologi tidak dpt diadakan dengan sempurna dan menjadikan satu kesulitan utk guru mengaplikasikan teknologi dlm pengajaran dan pembelajaran.

    ReplyDelete
  2. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  3. Kesempurnaan kemudahan prasarana fizikal memang berada di luar kemampuan guru biasa di sekolah. Teknologi, pada masa yang sama, tidak hanya merujuk kepada teknologi perkomputeran yang sophisticated . Jika ditinjau tentang definisi teknologi, memang terdapat beberapa definisi. Antaranya 1. the practical application of knowledge especially in a particular area, 2. a manner of accomplishing a task especially using technical processes, methods, or knowledge, 3. the specialized aspects of a particular field of endeavor, 4. the collection of tools, including machinery, modifications, arrangements and procedures used by humans, a collection of techniques

    Manakala salah satu definisi teknologi pendidikan ialah "...also termed instructional technology, information and communication technology (ICT) in education, EdTech, and learning technology, is "the study and ethical practice of facilitating learning and improving performance by creating, using and managing appropriate technological processes and resources."

    TMK merupakan salah satu bentuk teknologi. Sekiranya guru tidak dapat menggunakan teknologi perkomputeran dalam bilik darjah, proses inovasi boleh dilakukan tanpa kewujudan prasarana yang sempurna. Kejayaan sesetengah guru cemerlang, bukan kerana adanya prasarana yang sempurna tetapi keupayaan untuk mengintegrasikan teknologi dengan tujuan meningkatkan mutu pembelajaran murid. E-learning boleh dilaksanakan bukan di sekolah. Blog tidak mesti memerlukan komputer sekolah. Murid sentiasa boleh mengakses maklumat di luar sekolah.

    Walau bagaimana pun, terima kasih Siti Shara Md Sukur. Antara perkara penting yang sering ditinggalkan oleh guru-guru biasa ialah melupakan aspek Continuing Professional Development dengan sentiasa meletakkan diri sebagai pelajar. Masih ramai guru biasa yang mengikuti CPD hanya sekadar untuk memenuhi keperluan pengurusan. Semoga Siti Shara menjadi pendidik yang cemerlang dan dihormati. Amin.

    ReplyDelete