Followers

RENUNGAN

"Kalau guru sendiri mengambil masa untuk memahami pelajaran baru, janganlah mengharapkan murid sederhana dan lemah dapat menguasai dan mengingati perkara yang baru dipelajari dalam tempoh 20 minit."

Wednesday, 13 February 2013

Buku Penggubalan Item Ujian

 

Judul asal buku tidak termasuk ...ke arah pelaksanaan PBS berkesan (ditambah oleh penerbit). Harap maaf.

Selain mengajar, guru juga bertanggungjawab untuk mentaksir serta menilai pencapaian murid-muridnya.  Lazimnya guru-guru akan bergantung kepada soalan-soalan yang boleh diperolehi daripada buku-buku latihan di pasaran. Seringkali saya dapati soalan-soalan tersebut, termasuk soalan dalam peperiksaan percubaan yang dikeluarkan oleh Jabatan Pelajaran Negeri, merupakan soalan-soalan yang agak lemah strukturnya. Tidak hairan kalau saban tahun, akan terdapat ibu bapa murid yang akan komplin tentang soalan dalam kertas peperiksaan awam. Ini termasuklah mata pelajaran Pendidikan Islam. Contohnya,

Cuba lihat soalan berikut (soalan dipetik daripada Soalan Percubaan SPM yang dikeluarkan oleh Jabatan Pelajaran Negeri) :

Maksud Riba Al Fadhl ialah .......
A) pertambahan yang diperoleh kerana bayaran tertangguh
B) pertambahan yang diperoleh melalui pertukaran barang yang sama
C) pertambahan yang diperoleh melalui jual beli yang berbeza antara tunai dan hutang
D) pertambahan yang diperoleh melalui jumlah antara dua barang belum wujud semasa akad.

Lihat pula pembetulan yang dibuat:

Riba Al Fadhl bermaksud pertambahan yang diperoleh melalui ............
A) bayaran tertangguh
B) pertukaran barang yang sama
C) jual beli yang berbeza antara tunai dan hutang
D) jumlah antara dua barang belum wujud semasa akad

Pembaca tentu dapat merasakan perbezaannya. Selaku murid, agaknya soalan manakah yang lebih selesa kepada mereka? Soalan pertama menyebabkan murid menggunakan lebih masa untuk membaca pilihan jawapan sedangkan tujuan ujian hanya untuk menguji pengetahuan murid dan bukan untuk mengelirukan murid.
 
Buku Penggubalan Item Ujian ditulis berpandukan saranan Haladyna (1999), Gronlund (1995, 2003), Ebel (1979) dan beberapa pakar pendidikan yang lain, tentang bagaimana membina item-item ujian. Penulis telah mengemukakan banyak contoh yang diambil daripada soalan-soalan peperiksaan awam yang lepas dari pelbagai lapisan ujian untuk pelbagai mata pelajaran. Malangnya, pihak penerbit telah tertinggal untuk mencetak halaman Rujukan (lihat di bawah) 

Selain itu, penulis juga mengemukakan pelbagai bentuk ujian yang boleh dilaksanakan di sekolah seperti yang disarankan oleh pakar-pakar pendidikan. 

Rujukan buku tersebut yang tertinggal dari dicetak.

__________(2002) Penilaian kendalian sekolah. Pusat Perkembangan Kurikulum, Kementerian Pendidikan Malaysia.


________Kertas Percubaan Matematik PMR, 2010.


________Kertas Percubaan Sejarah Kertas 1 SPM Sekolah Berasrama Penuh 2008


________Kertas Peperiksaan Percubaan Bersama SPM 2010: Pendidikan Islam Kertas 1, Persidangan Pengetua-Pengetua Sekolah Menengah Malaysia.


________Gempur Sejarah SPM Sejarah Kertas 2 2009 Set 2,


________Kertas Ujian Pencapaian Sekolah Rendah Bahasa Inggeris 2009 Kertas 1,


________Kertas Percubaan Kajian Tempatan UPSR, 2009.


Anderson P and Morgan G (2008), Developing tests and questionnaires for a national assessment of educational achievement, Washington DC. World Bank http://www.uis.unesco.org/Education/Documents/National_assessment_Vol2.pdf


Burton SJ (1991) How to prepare better multiple choice test items: guidelines for univercity faculty. http://testing.byu.edu/info/handbooks/betteritems.pdf

Bachman, L.F. (1990). Fundamental Considerations in Language Testing. Oxford: Oxford University Press.


Bloom, B. S., Hastings, J. T., dan Madaus, G. F. (1971). Handbook on Formative and Summative Evaluation of Student Learning. New York: McGraw-Hill, Inc.


Bloom B. S. (1956). Taxonomy of Educational Objectives, Handbook 1: The Cognitive Domain. New York: David McKay Co Inc.


Carey, L. M (1998). Measuring and Evaluating School Learning. Boston: Allyn and Bacon, Inc.


Carey, L. M. (1994). Measuring and Evaluation: School Learning. Massachusettes: Allyn and Bacon, Inc.

Chatterji, M. (2003). Designing and Using Tools for Educational Assessment. Boston, MA: Allyn and Bacon.

Chris Worsnop (1996). Assessing Media Work: Authentic Assessment in Media Education, Wright Communications. Mississauga, ON, Canada.


Clegg VL and  cashin WE (1986) Improving Multiple Choice Tests http://www.theideacenter.org/sites/default/files/Idea_Paper_16.pdf

Coffman, W. E. (1971). Essay examination. In R. L. Thorndike (Ed.), Educational measurement (2nd ed., pp. 271–302). Washington DC: American Council on Education.

Cohen, A. (1994)  Assessing Language Ability in the Classroom. Boston, Mass.: Heinle & Heinle Publishers.


Connor-Linton, J. (1995). Crosscultural comparison of writing standards: American ESL and Japanese EFL. World Englishes, 14(1)


Coombe, C dan Wiens, B (1999). Writing Assessment: Which Marking Scheme is Right for you? Kertas yang dibentangkan pada November 1999 di 1st Annual Egypt TESOL Conference


Cumming, A. (1990) Expertise in evaluating second language compositions, Language

Testing, 7, dalam Weigle, S. C. (1999) Investigating Rater/Prompt interactions in

Writing Assessment: Quantitative and Qualitative Approaches.  Assessing Writing 6(2) 145-1


Dave, R. H. (1975). Developing and Writing Behavioral Objectives. (R. J. Armstrong, ed.). Tucson, Arizona: Educational Innovators Press.


Ebel, Robert L. (1979) 3rd edition Educational tests and measurements; Examinations; Evaluations; Design and construction; Interpretation, Prentice-Hall  (Englewood Cliffs, N.J.)


Gredler, M. E. (1999). Classroom Assessment and Learning. New York: Longman, an imprint of Addison Wesley Longman, Inc.

Gronlund, N. E. (2003). Assessment of Student Achievement (7thEdition). Boston, MA: Allyn and Bacon.

Gronlund, N. E., & Linn, R. L. (1995). Measurement and evaluation in teaching. Englewood Cliffs, NJ: Merrill.


Haladyna. T. M. (1999). Developing and validating multiple-choice exam items, 2nd ed. Mahwah, NJ: Lawrence Erlbaum Associates.


Harrow, A. (1972) A Taxonomy of Psychomotor Domain: A Guide for Developing Behavioral Objectives. New York: David McKay.


Hamp-Lyons, L.  (1990)  Second Language Writing:  Assessment Issues. Dalam B. Kroll (Ed.),

Second Language Writing: Research Insights for the Classroom (pp. 69-87) New York:

Cambridge University Press.


Hamp-Lyons, L (1991 ). Scoring Procedures for ESL Contexts. Dalam L. Hamp-Lyons (Ed.),

Assessing Second Language Writing in Academic Contexts (pp. 241-276). Norwood, NJ:

Ablex.


Heaton, J.B. (1990). Classroom Testing, Longman, New York.

Herman, J.L., Aschbacher, P.R., & Winters, L. (1992). A Practical Guide to Alternative Assessment. Alexandria, VA: Association for Supervision and Curriculum Development. 


Kizlik, B (2011) Measurement, Assessment, and Evaluation in Education diambil pada Sept 2011daripada http://www.adprima.com/measurement.htm


Kubiszyn, T., & Borich. G. (2003) Educational Testing and Measurement: Classroom Application and Practice. (7th ed.) New York: John Wiley & Sons, Inc.


Kubiszn, T. & Borich, G. (1996). Educational Testing & Measurement: Classroom Application & Practice. (6 th. Ed.) New York: Harper Collins College Publishers.


Lynch, B. K. (2001). Rethinking assessment from a critical perspective. Language Testing 18 (4) 351–372.


Linn, R. L., & Gronlund, N. E. (2000). Measurement and Assessment in Teaching. (8th ed.) Columbus, OH: Merrill. And imprint of Prentice Hall.


Mehrens, W. & Lehmann, I. (1973). Measurement and evaluation in education and psychology. New York: Holt, Rinehart, and Winston, Inc.


Mokhtar Ismail (1995). Penilaian di bilik darjah. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.


McNamara, T.  (2000).  Language Testing. Oxford: Oxford University Press.


Popham, W.J. (1975). Educational evaluation. New Jersey: Printice-Hall Inc.


Popham, W.J. (2000). Modern Educational Measurement, Practical Guidelines for Educational Leaders. (3 rd. Ed.) Boston: Allyn and Bacon.


Reiner CM et al 2002 preparing effective essay questions http://testing.byu.edu/info/handbooks/WritingEffectiveEssayQuestions.pdf


Sax, G. (1997). Principles of Educational and Psychological Measurement and Evaluation, Fourth Edition. Toronto: Wadsworth Publishing Company.


Siti Rahayah Ariffin (2003).  Teori, Konsep dan Amalan Dalam Pengukuran dan Penilaian. Penerbitan Pusat Pembangunan Akademik, Bangi, Universiti Kebangsaan Malaysia.


Simpson E. J. (1972). The Classification of Educational Objectives in the Psychomotor Domain. Washington, DC: Gryphon House.
 


Monday, 4 February 2013

Betulkah apa yang dilakukan ini adalah Kajian Tindakan?

Selaku seorang tenaga pengajar untuk Kursus Kajian Tindakan, saya sering membaca dan mengikuti perkembangan amalan melakukan kajian tindakan di kalangan guru terlatih yang mengikuti kursus peningkatan (pensiswazahan), rakan sekerja serta guru pelatih di kampus-kampus IPG. Sebilangan besar laporan yang dikemukakan (yang telah saya baca) menggambarkan tidak perlu dilakukan kitaran kedua kajian atau tindakan kerana:

  1. kajian yang telah dilakukan didapati (berdasarkan laporan) sangat berjaya (hanya dari perspektif pengkaji sendiri) meskipun hanya melakukan satu tindakan (iaitu tidak ada siri tindakan)
  2. kononnya telah mengubah amalan bekerja pengkaji (walaupun hanya sekadar satu aspek amalan) yang ditukar ganti
  3. mampu meningkatkan motivasi dan pengetahuan serta kemahiran murid
  4. dan sebagainya....

Kebanyakan laporan dalam bahagian cadangan dan refleksi kajian, menggambarkan tidak wujud masalah atau isu baru yang memerlukan kitaran kedua dilaksanakan. Sekiranya dilihat kepada kesemua model Kajian Tindakan yang telah dikemukakan, semuanya melibatkan kitaran lanjutan. Malah berdasarkan kepada Model McNiff dan Model PRAR (Problem Resolving Action Research), kemungkinan akan wujud gangguan-gangguan baru hingga membolehkan berlaku kitaran lencongan dan berterusan adalah tinggi. Mungkin para pengkaji baru (novis) perlu melihat semula bagaimana menulis cadangan dan refleksi.

Perkara kedua yang saya dapati daripada beberapa laporan Kajian Tindakan tersebut ialah... bukan semua kajian yang telah dilabel sebagai kajian tindakan (hanya merujuk kepada laporan daripada pelajar beberapa kampus IPG) jelas menunjukkan yang ia benar-benar merupakan kajian tindakan seperti yang disarankan oleh para penyelidik kajian tindakan iaitu dengan memfokuskan penambahbaikan amalan pengkaji (bukan amalan murid). Masih terdapat kajian tindakan dengan rekabentuk eksperimental yang bertujuan untuk melihat sejauh mana kesan satu tindakan atau variable (pembolehubah tidak bersandar) ke atas variable bersandar serta bertujuan melihat korelasi (yang menunjukkan sebab-akibat sesuatu pembolehubah) tetapi dilabel sebagai kajian tindakan. Contohnya, kaedah xxx (pembolehubah tidak bersandar / bebas) yang saya gunakan ini telah dapat meningkatkan minat dan motivasi (pembolehubah bersandar) murid untuk belajar. Meskipun peningkatan minat dan motivasi berlaku di kalangan murid, dan meningkatkan minat serta motivasi murid merupakan tanggungjawab guru, ia hanya merupakan akibat (atau objektif sampingan) daripada penggunaan kaedah xxx yang dapat dikesan. Bermakna data yang menunjukkan sesuatu peningkatan pada diri murid hanya merupakan data yang boleh digunakan untuk menjelaskan penambahbaikan amalan dan bukan menjadi isu / soalan yang perlu diperoleh jawapannya. Data tersebut tidak seharusnya dijelaskan sebagai data kesan dan akibat. Objektif utama kajian tindakan ialah penambahbaikan pada diri pengkaji sendiri dan fokusnya ialah diri pengkaji. Misalnya, dituliskan motivasi diri saya semakin meningkat apabila mendapati murid-murid semakin aktif dan berminat untuk mengikuti pengajaran saya menggunakan kaedah xxx dengan teknik yyy. Saya menjadi lebih yakin untuk menggunakan kaedah xxx dengan teknik yyy tersebut.

Satu perkara lagi ialah apabila ditanya kepada pengkaji baru (novis) ini sama ada mereka mempunyai rakan kritikal atau tidak, sebenarnya rakan kritikal yang dimaksudkan dalam kajian tindakan memang tidak ada. Yang ada cuma rakan pembantu yang akan mentadbir alat mengumpulkan maklumat serta data. Selain itu, mereka juga mempunyai rakan untuk berkolaborasi yang tidak berperanan sebagai rakan kritikal. Kebanyakan pengkaji baru akan melakukan kajian secara sendiri, tanpa melibatkan orang lain yang akan membantu agar kajian menjadi lebih bermakna dan bersifat profesional. Rakan kritikal ialah individu pakar yang akan menyemak proses dan flow kajian yang dilakukan. Sebenarnya pensyarah pembimbing itulah seharusnya menjadi rakan kritikal.

Penambahbaikan yang merupakan tujuan sebenar kajian tindakan seringkali difahamkan sebagai tukar ganti. Apabila guru menyedari sesuatu kaedah pengajaran yang digunakan itu kurang berkesan, lazimnya hanya melalui pemerhatian dan catatan refleksi dalam jurnal (yang dangkal dan lebih bersifat opinionated statement) tanpa ada pendapat pihak kedua dan ketiga, maka guru bukan mencuba membuat penambahbaikan aplikasi kaedah (dengan aplikasi pelbagai teknik). Sebaliknya satu kaedah baru digunakan atau dicipta dengan menggunakan pelbagai nama untuk menggantikan kaedah asal yang digunakan. Sekiranya refleksi kritikal (mencermin diri sendiri) dilakukan, besar kemungkinan guru tersebut menyedari bahawa dirinya sebenarnya tidak menguasai (mastering) kaedah pertama yang digunakan atau terdapat isu lain yang menjadi pengganggu seperti gangguan daripada murid (disruptif) dan persekitaran. Sudah pasti kaedah kuliah semata-mata akan gagal sekiranya terdapat gangguan luar (pencemaran bunyi dan pencemaran bau kotoran dari persekitaran berhampiran). Ini tidak bermakna kaedah tersebut tidak boleh digunakan tetapi guru perlu melakukan penambahbaikan dengan aplikasi penggabungjalinan kaedah atau berpindah ke lokasi baru seperti perpustakaan, makmal atau dewan atau menjadikan kuliah lebih interaktif.

Sekiranya data hanya diperoleh daripada pemerhatian guru serta catatan refleksi guru yang berciri opinionated statements (pernyataan pandangan), maka kebarangkalian untuk berlaku bias data adalah tinggi serta boleh menyebabkan data yang dikumpul boleh diragui kesahan  dan kebolehpercayaannya (rigour dan trustworthy). Memang jauh bezanya antara melakukan kajian tindakan untuk tujuan peningkatan profesionalisme dengan melakukan kerana patuh kepada desakan pihak atasan. Maka, saranan saya, kepada para pembaca, lakukanlah atas sebab penambahbaikan profesionalisme. Insyallah, hasilnya akan memberi manfaat kepada diri sendiri.

Untuk menghasilkan kajian tindakan yang bermakna, pengkaji perlu mempunyai rakan kritikal serta kumpulan pengesahan yang berfungsi untuk memberi maklum balas kritikal, selain daripada menyemak bukti dan data serta laporan agar kajian mempunyai kesahan dalaman yang kukuh.

Untuk maklumat lanjut, sila rujuk buku saya Panduan Melaksanakan Kajian Tindakan di Sekolah (2013) terbitan Freemind Horizons yang terdapat di pasaran sekarang ini atau rujuk http://shamsina-gurupendidikanislam.blogspot.com/2011/07/sedikit-mengenai-penyelidikan-tindakan.html tentang BUKAN kajian tindakan. Anda juga boleh merujuk tulisan Dr Goh Lay Huah (2012), A Practical Guide to Writing Your Action Research, terbitan Penerbitan Multimedia, halaman 4. Lihat juga Eileen Ferrance (2000) Action Research terbitan Brown University.

Lain-lain bahan berkaitan:
http://shamsina-gurupendidikanislam.blogspot.com/2013/10/soalan-yang-pernah-ditimbulkan-tentang.html
http://shamsina-gurupendidikanislam.blogspot.com/2011/07/sedikit-mengenai-penyelidikan-tindakan.html
http://shamsina-gurupendidikanislam.blogspot.com/2011/10/tidak-jelas-tentang-kajian-tindakan.html 

http://shamsina-gurupendidikanislam.blogspot.com/2013/04/kesalahan-lazim-semasa-melakukan-kajian.html
http://shamsina-gurupendidikanislam.blogspot.com/2013/10/soalan-yang-pernah-ditimbulkan-tentang.html
http://shamsina-gurupendidikanislam.blogspot.com/2013/12/kajian-tindakan-panduan-menganalisis.html



  

Monday, 28 January 2013

Buku Panduan Melaksanakan Kajian Tindakan di Sekolah dan buku Bimbingan Kaunseling Kanak-kanak

Dua buah lagi buku yang boleh digunakan sebagai panduan untuk bakal guru atau guru yang ingin meningkatkan pengetahuan dan profesionalisme, kini berada dalam pasaran. Buku-buku tersebut merupakan buku-buku terbitan Freemind Horizon.


Buku pertama merupakan buku Panduan Melaksanakan Kajian Tindakan di Sekolah. Tidak seperti buku Pengantar Kajian Tindakan yang lebih bersifat teoretikal berdasarkan proforma kursus, buku ini menjelaskan secara terperinci bagaimana melaksanakan kajian tindakan yang disertakan dengan contoh penulisan refleksi, analisis data, tajuk, persoalan kajian, skop kajian dan sebagainya. Meskipun telah membaca buku Pengantar Kajian Tindakan atau mana-mana buku Kajian Tindakan yang ditulis berdasarkan proforma, masih ramai para pelatih guru dan guru dalam latihan yang tidak begitu jelas kerana buku-buku tersebut tidak memberikan contoh secara terperinci. Kepada para pelatih guru dan guru dalam latihan, buku ini akan lebih bermakna dan sangat berguna kepada pelatih semester 8 dan guru-guru yang mengikuti program pensiswazahan, khususnya untuk menyediakan kertas cadangan dan laporan akhir kajian.




Ketiga-tiga contoh di atas merupakan sebahagian kecil panduan yang terdapat di dalam buku berkenaan.

Pemberitahuan:
Ralat ms 8 baris ke 8, perkataan sejauh mana di gantikan dengan perkataan bagaimana. Harap maaf atas kesilapan teknikal ini.
Ms 85, baris 17, ....pada halaman 91 perlu diganti dengan 86. Maaf bagi pihak editor syarikat penerbitan Freemind Hoeizons.

Buku kedua merupakan buku Bimbingan dan Kaunseling. 
.....Bukan mudah untuk seseorang guru memberi bantuan kepada murid-muridnya tanpa dirinya mempunyai pengetahuan dan kemahiran bimbingan seperti mendengar, melayan, merancang dan mempengaruhi, lebih-lebih lagi untuk berperanan selaku kaunselor klinikal di sekolah. Namun begitu, tanggungjawab seorang guru kita membolehkan kita lari daripada membantu dan membimbing murid khususnya mereka yang menghadapi masalah yang telah lama terpendam dan tidak pernah dapat dikendalikan. Dengan terhasilnya buku ini adalah diharapkan  dapat membolehkan bakal guru atau guru-guru yang ingin meninkatkan ilmu bimbingan dan kaunseling untuk meneroka, memahami, mengaplikasi dan menilai tentang peranan mereka selaku agen pembentukan kemanusiaan dan pembinaan insan.

Khususnya bagi guru Pendidikan Islam, tugas sebagai pendidik dan da'i, tidak dapat tidak memang perlu menguasai bidang ini. Meskipun terminologi bimbingan dan kaunseling merpakan terminologi yang agak baru (berbanding amalan mendidik dan membimbing pada zaman kegemilangan Islam) ia tidak seharusnya dijadikan alasan untuk tidak ingin mengetahui, memahami atau mengamalkan bimbingan dan kaunseling.