Kaedah Soaljawab
Kaedah soaljawab dapat merangsang murid untuk berfikir ke tahap pemikiran tinggi (Higher Order Thinking) melibatkan tahap analisis, sintesis dan penilaian menurut domain kognitif Taksonomi Bloom. Ia dapat dilakukan sekiranya guru telah menguasai kemahiran penyoalan Sokratik. Murid akan cuba mengenalpasti maklumat yang belum diketahui atau menyusun maklumat sedia ada untuk menjawab soalan yang dikemukakan. Kaedah ini melibatkan intyeraksi dua hala guru - murid.
Ciri-ciri
- Melibatkan pemikiran aras tinggi
- Merangkumi enam aras domain kognitif Taksonomi Bloom serta tujuh (7) lingkaran soalan
- Menggalakkan daya fikir pada aras tinggi dan pembelajaran berfikrah
- Semua soalan hendaklah dirancang terlebih dahulu dan dipastikan sesuai dengan tahap kebolehan murid untuk berfikir
- Gunakan istilah yang boleh difahami oleh murid
- Kemukakan soalan untuk seluruh kelas sebelum menentukan murid yang akan menjawab
- Berikan masa untuk murid memikirkan jawapannya.
- Sebaran soalan perlu menyeluruh dan tidak ditumpukan hanya kepada beberapa murid tertentu untuk menjawabnya.
- Pastikan soalan yang dikemukakan adalah jelas, ringkas dan tepat.
No comments:
Post a Comment