Followers

RENUNGAN

"Kalau guru sendiri mengambil masa untuk memahami pelajaran baru, janganlah mengharapkan murid sederhana dan lemah dapat menguasai dan mengingati perkara yang baru dipelajari dalam tempoh 20 minit."

Saturday 20 September 2014

Contoh menulis fokus KT dan soalan kajian




Contoh menulis fokus kajian melibatkan skop, kerelevanan, kebolehtadbiran, kepentingan, kebolehgunaan, kawalan dan kolaborasi.


Fokus penyelidikan
Komen
.....Sebenarnya ketika mengaplikasikan teknik pembelajaran koperatif tidak semudah yang disangkakan. Banyak masalah yang timbul melibatkan pengurusan kelas, pengajaran dan pembelajaran. Meskipun begitu, saya hanya akan menumpukan aspek pembelajaran murid khususnya tentang aplikasi kaedah pembelajaran koperatif, apakah pertimbangan yang perlu dibuat dan bagaimana cara terbaik melaksanakannya untuk mengajar bidang akidah  (1). Andainya cara mengaplikasi kaedah ini tidak dibuat penambahbaikan, besar kemungkinan murid tidak dapat bekerjasama dan berkolaboratif untuk mengoptimumkan pembelajaran mereka. Kajian ini merupakan kajian yang sangat relevan kepada saya kerana dapatannya akan dapat meningkatkan ilmu dan kemahiran pedagogikal diri sendiri, sekali gus berfungsi sebagai peluang membangunkan profesionalisme(2). Disebabkan  kajian hanya dilakukan dalam seting bilik darjah tanpa menggunakan makmal serta peralatan makmal dan hanya melibatkan rutin pengajaran dan pembelajaran, maka ia dapat diuruskan seperti pengajaran biasa tanpa mengganggu proses pembelajaran murid lain yang bukan merupakan peserta kajian(3). Bantuan dan bimbingan pensyarah penyelia serta rakan sejawatan yang turut sama berkursus diperoleh melalui kolaborasi dan perbincangan khususnya semasa menganalisis dan menginterpretasi data dan maklumat yang terkumpul untuk membolehkan kajian ini dilaksanakan dengan lebih lancar(4). Pandangan ahli jawatankuasa penilai turut diambil kira dengan tujuan pemantauan intervensi atau tindakan yang akan saya ambil untuk menambahbaik aplikasi kaedah pembelajaran koperatif yang diintegrasikan dengan kaedah penerangan yang telah pun saya kuasai(5). Meskipun saya tidak akan memaksakan ke atas murid tetapi sekiranya diurus dengan baik, mereka pasti dapat mengikutinya(6).








(1)Fokus






(2) Kemungkinan kesan (kerelevanan penyelidikan)



(3) Boleh diurus


(4) Kolaborasi




(5) Keserasian

 (6)Nilai etika






















Fokus Penyelidikan
Komen
Bagi saya, penyelidikan ini amat penting untuk membolehkan saya memahami dengan lebih mendalam tentang pengetahuan dan kemahiran mengaplikasi kaedah kumpulan pembelajaran koperatif dalam kelas(1).  Slavin (1991) telah menganalisis sebanyak 67 penyelidikan yang dibuat ke atas pembelajaran koperatif dan mendapati 61% kelas pembelajaran koperatif telah mencapai skor ujian yang lebih tinggi berbanding pencapaian kelas tradisional. Menurut Slavin lagi, selain peningkatan pencapaian, murid juga akan dapat meningkatkan kemahiran sosial termasuk berkongsi matlamat yang sama, kemahiran kepemimpinan, komunikasi, pengurusan konflik dan membuat keputusan. Dapatan kajian ini diharap dapat menjelaskan bagaimana pembelajaran koperatif dapat membantu murid meningkatkan pemahaman isi pelajaran secara yanglebih bermakna kepada mereka(2). Di peringkat sekolah dan komuniti pula ..........

Disebabkan semua murid akan terlibat dengan proses pembelajaran koperatif, walau pun tumpuan saya hanya kepada 8 orang murid yang telah dikenalpasti, maka pelaksanaan tindakan tidak akan mengganggu perjalanan kelas(3).Proses pengajaran dan pembelajaran akan berjalan seperti biasa cuma guru akan menggunakan kaedah kumpulan pembelajaran koperatif..... Tambahan pula aplikasi kaedah ini bukan dilaksanakan hanya untuk satu waktu pengajaran tetapi untuk beberapa waktu dalam tempoh sebulan(4).....



(1) Kepentingan penyelidikan








(2) Kepentingan penyelidikan





(3) dan (4) Kawalan















































Contoh menulis soalan kajian 

Penyelidikan ini dilakukan dengan tujuan untuk mencari jawapan dan penjelasan kepada soalan-soalan berikut:

1.       Adakah penjelasan tentang struktur pembelajaran koperatif akan dapat meningkatkan penglibatan murid secara aktif dalam proses pembelajaran?
2.       Bagaimanakan kaedah pembelajaran koperatif dapat meningkatkan motivasi untuk belajar?

3.       Sekiranya guru mengaplikasikan kaedah pembelajaran koperatif dalam kelas, adakah pencapaian murid akan meningkat?
4.       Bagaimanakah gabungan kaedah penerangan dan pembelajaran koperatif membolehkan murid lebih fokus terhadap pembelajaran dalam kelas?
5.       Adakah kerjasama murid akan meningkat melalui aplikasi kaedah pembelajaran koperatif? 

No comments:

Post a Comment