Umumnya terdapat tiga bentuk kaedah penilaian yang boleh dilaksanakan di sekolah. Ketiga-tiganya ialah kaedah penulisan, kaedah visual dan kaedah lisan.
Kaedah penulisan
Kajian kes
Penjelasan  |    Kebaikan  |    Kelemahan  |   
Kajian kes melibatkan   pemilihan dan pembentangan bahan yang memberikan deskripsi tentang manusia,   keadaan, proses dan peristiwa yang dapat mewakili contoh ilustratif dalam   lingkungan bidang atau tajuk yang dipelajari.  |    Keupayaan untuk   menilai aplikasi prinsip-prinsip situasi kehidupan sebenar.  |    Mengambil masa yang   agak panjang untuk disediakan dan disemak / diberikan markah.  |   
Diari Reflektif
Penjelasan  |    Kebaikan  |    Kelemahan  |   
Dinamakan juga sebagai   jurnal. Diari reflektif ditulis oleh murid melangkau satu jangka masa   tertentu untuk merekodkan dan membuat refleksi ke atas pengalaman   pembelajaran kendiri.Melalui penulisan ini, murid akan dapat peluang  untuk    menjelaskan tentang perasaan, pemikiran dan kepercayaan mengenai isi   kandungan dan proses pembelajaran serta diri mereka sendiri sebagai murid   menggunakan struktur penulisan tidak formal.  |               Menggalakkan   penilaian kendiri dan refleksi.             Keterlibatan   dan tanggungjawab murid lebih tinggi ke atas pembelajaran mereka.             Diari   reflektif menyediakan peluang celik akal ke atas perasaan, pemikiran dan   kepercayaan murid.  |               Mungkin   melibatkan masa yang agak lama untuk menyemak.            Subjektiviti   mungkin mempengaruhi pemarkahan yang adil.            Boleh   jadi agak sukar untuk menentukan penilaian kriteria.             Murid   mungkin menyusun atau merangka jalan untuk mendapatkan markah yang lebih. Mungkin boleh menimbulkan isu   peribadi dan sulit.  |   
Projek Penyelidikan
Penjelasan  |    Kebaikan  |    Kelemahan  |   
Projek penyelidikan   merupakan satu satu bentuk tugasan lanjutan melibatkan aktiviti berasaskan   inkuiri. Projek yang diberikan mungkin besar atau kecil dan dilakukan secara   individu atau kumpulan.  |               Membolehkan   murid terlibat secara mendalam dan lebih bertanggungjawab ke atas   pembelajaran mereka.             Menggalakkan   inisiatif, tidak  bergantung serta   menyelesaikan masalah.            Dapat   menilai julat kemahiran yang lebih luas dan dapat menunjukkan kebolehan murid   untuk menguruskan masa dan kemahiran.            Membenarkan   murid meneroka topik dengan lebih mendalam.  |               Mungkin   melibatkan banyak masa untuk proses pemarkahan.             Agak   sukar untuk membuat perbandingan antara murid kerana projek penyelidikan   mungkin tidak sama atau serupa.            Mungkin   sukar ntuk menetukan kriteria penilaian.  |   
Esei
Penjelasan  |    Kebaikan  |    Kelemahan  |   
Sebuah penghasilan   penulisan yang mengemukakan isu atau menimbulkan persoalan. Ia perlu   melibatkan data yang sesuai atau maklumat yang dapat memberikan gambaran   mengenai isu dalam turutan yang logik serta dibuat analisis dan komen secara   kritikal ke atas isu yang dikemukakan.  |               Esei   membolehkan murid menunjukkan ekspresi dan individualiti mereka.             Mengukur   kefahaman, sintesis dan penilaian.            Membantu   murid menghasilkan penulisan dan kemahiran literasi maklumat.            Kriteria   pemarkahan dapat membantu pemberian gred dengan lebih cepat.  |               Proses   pemarkahan mengambil masa yang agak lama.            Mungkin   tidak dapat menggambarkan julat isi kandungan yang sangat luas.            Subjektiviti   mungkin akan mempengaruhi pemarkahan.            Berkemungkinan   tinggi untuk berlaku plagiat.            Mungkin   boleh memenatkan murid yang menghadapi masalah pembelajaran dan untuk itu,   penyesuaian perlu dibuat.  |   
Laporan bertulis
Penjelasan  |    Kebaikan  |    Kelemahan  |   
Laporan merupakan cara   biasa untuk menulis tentang maklumat atau cadangan / rumusan tentang sesuatu   tujuan. Laporan ditulis berdasarkan maklumat yang dikumpul dan dianalisis   menggunakan kaedah serta format penulisan tertentu seperti APA atau MLA.  |               Penulisan   laporan merupakan kemahiran yang diperlukan dalam kebnyakan kerjaya.            Boleh   menilai kemahiran generik seperti maklumat dan literasi komputer.            Membolehkan   penulisan dalam bidang dan topik  yang   luas.  |               Mungkin   akan menggalakkan murid  memanipulasi   data untuk menunjukkan laporan kelihatan baik (walaupun sebenarnya tidak   baik).            Pemarkahan   yang diagihkan mungkin tidak menggambarkan masa dan tenaga yang diperlukan   untuk menyiapkan laporan.  |   
Sorotan program, buku, laman sesawang
Penjelasan  |    Kebaikan  |    Kelemahan  |   
Sorotan merupakan satu   bentuk penulisan yang dibuat untuk menganalisis serta mebuat komen tentang   kekuatan dan kelemahan sesebuah buku, laman sesawang atau program. Hasil   akhirnya boleh dalam bentuk hasil akademik yang formal atau dalam bentuk   makalah serta atikel majalah atau akhbar.  |               Satu   cara yang baik untuk membolehkan murid berinteraksi secara mendalam dengan   maklumat yang mereka perolehi dan secara kritikal tentang apa yang mereka   baca.             Ia   membuat murid memberikan tumpuan pemikiran    dan mengelakkan diri daripada membaca secara pasif.  |    Kemahiran dan teknik   membuat penulisan sorotan mungkin tidak biasa dilakukan oleh murid. Ini boleh   menjejaskan perolehan markah yang lebih baik.  |   
Interpretasi bibliografi
Penjelasan  |    Kebaikan  |    Kelemahan  |   
Murid dikehendaki   membaca beberapa artikel atau buku berkenaan topik yang ditetapkan.   Seterusnya membuat interpretasi dan menjelaskan setiap rujukan dengan   melibatkan sedikit penilaian bahan yang dibaca.  |               Membuatkan   murid menentukan isi-isi penting di dalam bahan yang mereka rumuskan.            Lebih   cepat untuk diberikan markah berbanding esei.  |               Tinggi   kemungkinan untuk berlaku plagiat.            Murid   tidak membaca keseluruhan artikel atau buku tetapi merumuskan berdasarkan   abstrak atau pengenalan sahaja.  |   
Sorotan Literature
Penjelasan  |    Kebaikan  |    Kelemahan  |   
Sorotan literatur melibatkan tinjauan bahan dalam bidang yang dikaji dan   secara kritikal meganalisis maklumat yang telah dikumpulkan. Seterusnya   disintesiskan dalam bentuk rumusan yang dipersembahkan dalam gaya yang   tersusun.  |               Membentuk kemahiran menyelidik.            Membuatkan murid mengakses bahan untuk mengenalpasti   pandangan yang bertentangan.            Menyediakan peluang kepada murid dengan asas yang baik   untuk membuat penyelidikan dalam bidang yang sama pada masa hadapan.  |               Murid berkecenderungan untuk semata-mata menghasilkan   deskripsi senarai maklumat yang dikumpulkan.            Terdapat ruang untuk plagiat.  |   
Portfolio
|     Penjelasan  |        Kebaikan  |        Kelemahan  |   
|     Portfolio merupakan   himpunan bukti-bukti pencapaian murid, termasuk hasil kerja utama mereka,   komen maklum balas daripada guru dan analisis refleksi oleh murid sendiri.  |                   Portfolio   dapat menyediakan bukti-bukti menggambarkan kemahiran dan atribut yang luas.            Menggalakkan   penilaian kendiri serta refleksi.            Membenarkan   lebih banyak murid untuk terlibat dan bertanggungjawab ke atas pembelajaran   mereka sendiri.             Kesahan   mungkin tinggi sekiranya struktur penilaiannya berpadanan dengan hasil   pembelajaran.            Dapat   menyediakan celik akal dalam pembelajaran murid.  |                   Mengambil   banyak masa untuk menilai portfolio dan agak sukar untuk diberikan markah   secara objektif.            Agak   sukar untuk menentukan kriteria pemarkahan.            Agak   sukar untuk membuat perbandingan antara kerja murid kerana portfolio   sebenarnya berbeza antara satu dengan lain.            Kriteria   penilaian perlu diatur untuk mendapatkan kebolehpercayaan yang tinggi.  |   
Kaedah Lisan
Pembentangan individu
Penjelasan  |    Kebaikan  |    Kelemahan  |   
Pembentangan individu dibuat secara lisan di hadapan bilik darjah tentang   topik yang telah disediakan serta melibatkan penggunaan bahan bantu   pembentangan seperti persembahan slaid PowerPoint, transparensi, edaran atau   audiovisual.  |               Pembentangan boleh digunakan untuk menguji kefahaman,   pengetahuan, kapasiti untuk menstruktur maklumat dan kemahiran komunikasi   lisan.             Boleh menilai keupayaan murid untuk memberi respons   kepada soalan-soalan dan mengurus perbincangan.            Pemarkahan berdasarkan kriteria mudah yang cepat dan   mempunyai potensi kebolehpercayaan.             Sesetengah murid bergantung kepada peluang untuk   dinilai secara lisan.  |               Dalam sebuah kelas yang besar, pusingan  pembentangan akan mengambil masa yang agak   lama untuk diselesaikan.            Bukti pembentangan agak longgar jika terdapat kes   tuntutan untuk disemak semula.            Sesetengah murid mendapati pembentangan kepada   sekumpulan orang lain agak menyulitkan walaupun pengetahuan dan kemahiran   mereka agak tinggi.  |   
Pembentangan kumpulan
Penjelasan  |    Kebaikan  |    Kelemahan  |   
Satu bentuk pembentangan dalam kelas yang disediakan oleh sekumpulan   murid. Tidak semestinya semua ahli kumpulan perlu membuat pembentangan tetapi   sumbangan mereka semasa fasa perancangan dan persediaan pembentangan adalah perlu.  |               Menggambarkan keadaan dunia sebenar.            Menyediakan satu pengukuran ke atas projek dan   pengurusan masa, kemahiran kerja berpasukan serta kepimpinan.  |               Sukar untuk dinilai tetapi agak cepat untuk diberikan   markah kerana jumlah yang perlu disemak adalah sedikit.            Sukar untuk mengukur sumbangan individu kepada kumpulan   dan pengagihan markah agak seimbang.            Persembahan kumpulan yang lemah boleh menggalakkan   pembelajaran yang bersifat pura-pura (superficial).  |   
Penglibatan kelas
Penjelasan  |    Kebaikan  |    Kelemahan  |   
Penilaian ini   diadasarkan kepada bagaimana peserta melibatkan diri serta menyumbang dalam   perbincangan aktiviti serta kelas.  |               Menggalakkan   kemahiran berfikir kritikal dan pembelajaran aktif.            Membentuk   kemahiran mendengar yang aktif serta kemahiran pengucapan.             Menggalakkan   murid untuk mengatur tabiat belajar mereka dengan melibatkan diri secara   aktif dalam perbincangan kelas.  |               Interpretasi   tingkahlaku murid agak sukar dilakukan dan bersifat subjektif.            Penyertaan   bergantung kepada personaliti murid sehingga boleh merugikan mereka yang   pemalu atau interovert.            Masalah   dalam menyimpan rekod penilaian.            Sukar   menjustifikasi markah sekiranya mendapat cabaran.  |   
Kaedah visual
Persembahan poster
Penjelasan  |    Kebaikan  |    Kelemahan  |   
Poster mupakan   persembahan visual tentang sesuatu topik atau hasil aktiviti pembelajaran.  |               Menyediakan   peluang untuk memaparkan kreativiti dan ketulenan. Boleh digunakan untuk pelbagai topik pelajaran. Pemarkahan menggunakan kriteria adalah cepat dan boleh dipercayai. Kapasiti untuk mempersembahkan hasil dalam bentuk yang ringkas dan menarik.  |               Berkemungkinan   menyebabkan penilai lebih menumpukan kepada persembahan dan bukan isi   kandungan atau pemahaman.            Subjektiviti   mungkin akan menjejaskan pemarkahan.            Pengubahsuaian   mungkin perlu dilakukan untuk murid yang menghadapai masalah penglihatan.  |   
Peta konsep
Penjelasan  |    Kebaikan  |    Kelemahan  |   
Peta konsep merupakan satu bentuk   persembahan grafik yang dihasilkan oleh murid untuk menunjukkan kefahaman   mereka mengenai sesuatu topik. Bentuk penggunaan peta konsep sebagai alat   penilaian mungkin berbeza dan murid dikehendaki: - Melakarkan peta yang asli  - Melengkapkan peta yang separuh siap - Lakarkan peta menggunakan bank / koleksi   perkataan konseptual. - Menganalisis peta yang telah siap untuk   mengesan perkaitan atau konsep yang tidak sesuai.  |               Menilai   pengetahuan konsep murid            Berkesan   untuk mengenalpasti ide murid yang sah dan tidak sah            Agak   berguna kepada murid Disleksia.  |               Murid   perlu memahami dan mahir dalam mereka bentuk peta konsep sebelum boleh   digunakan sebagai alat penilaian.            Murid   mungkin menghadapi masalah mengenalpasti serta membina konsep dan kerangka   kerja prapenetapan.  |   
Latihan amali
Penjelasan  |    Kebaikan  |    Kelemahan  |   
Penilaian latihan   amali merupakan penilaian satu aktiviti pembelajaran secara praktikal dan   bukan sekadar teori, spekulasi atau ideal. Latihan amali bagi sesetengah   perkara seperti amalan ibadah dalam Islam sebaiknya dilakukan ditempat yang   bersesuaian seperti  di masjid atau   surau sekolah. Latihan amali eksperimen pula boleh dilakukan di makmal.  |               Boleh   mengukur pengetahuan tentang prosedur atau langkah-langkah amalan, membuat   analisis dan interpretasi perlakuan secara objektif.            Menggalakkan   murid berfikir dan merekodkan prosedur amalan dan membuat refleksi.            Mengukuhkan   daya ingatan tentang sesuatu perlakuan.  |    Mengambil masa untuk menilai dan memberikan markah. Masalah kawalan kelas sekiranya murid dan guru tidak fokus kepada prosedur   perlakuan.  |   
Simulasi
Penjelasan  |    Kebaikan  |    Kelemahan  |   
Simulasi ini tidak   seperti simulasi penerbangan yang realistik. Melalui main peranan secara   berpasangan kepada pembinaan semula situasi perniagaan atas helaian   hamparan.  Bukanlah sangat situasi dan   keadaan di luar  bilik darjah yang  disimulasikan tetapi lebih kepada bagaimana   membuat keputusan, kemahiran dan amalan yang ditunjukkan dalam perlakuan   mereka.  |               Menggambarkan   keadaan serta konteks dunia sebenar.            Membenarkan   murid mengamalkan pengetahuan teoretikal tentang sesuatu perkara.  |    Mengambil masa yang   lama serta mahal untuk dibina atau diimplementasikan.  |   
No comments:
Post a Comment