Cuba beritahu
saya apakah kemahiran belajar yang diperlukan oleh murid untuk membolehkannya
menguasai pelajaran? Memang banyak dan yang pertama ialah membaca. Apabila
bercakap tentang membaca dan belajar, Allah swt telah lama mengajar kita supaya
memulakannya dengan membaca (iqra’). Guru membaca dan murid juga membaca. Malah
ramai orang yang suka membaca baik bahan bacaan itu merupakan bahan bacaan
hiburan yang ringan atau bahan bacaan yang berat dan sukar difahami serta memerlukan
kepada proses berfikir oleh sipembaca. Ada yang membaca dan tidak faham-faham
tentang apa yang dibacanya. Ada pula orang lain yang membaca sekali dan terus
boleh memahami dan mengingati apa yang dibaca. Ada yang membaca dengan pantas
dan ada yang menconteng-conteng kertas apabila membaca. Ada yang boleh membaca
dalam kenderaan yang sedang bergerak dan dalam keadaan bising. Ada yang
memerlukan kesenyapan ketika membaca. Ada orang yang membaca sambil mendengar
lagu.
Bagaimana
saudara/i pada ketika ini? Apa yang sedang dilakukan? Sudah tentu membaca!
Bermakna saudara/i sudah pun memiliki salah satu daripada kemahiran belajar.
Betul-betul mahir atau kemahiran tahap asas? Ramai pakar pendidikan telah
mengemukakan pelbagai teknik membaca yang dikaitkan dengan tujuan membaca.
Sebagai guru kita perlu menggalakkan murid kita dan diri sendiri agar ‘membaca
untuk belajar’. Maknanya, belajarlah melalui pembacaan. Guru perlu mengajar
murid menggunakan kemahiran membaca yang ada pada mereka dengan melibatkan
fungsi minda dan jadikan membaca sebagai hiburan bermakna untuk minda. Tak! Tak
cukup! Guru juga harus menggunakan kemahiran membaca dalam proses pengajaran
dan pembelajaran dalam bilik darjah.
Cuba bayangkan
seorang murid anda memaklumkan bahawa bahan bacaan yang anda berikan adalah
terlalu sukar. Guru perlu menentukan apakah bentuk kesukaran yang dihadapi oleh
murid: Adakah sukar untuk membaca perkataan bombastik yang digunakan (atau
perkataan pinjaman daripada bahasa lain seperti Bahasa Arab) atau sukar untuk
memahami isu / topik yang dibincangkan atau sukar untuk mengenalpasti isi-isi
penting? Keupayaan membaca bukan sekadar boleh membaca perkataan baru dan sukar
tetapi membaca juga dikaitkan dengan kefahaman dan mengingat. Mungkin murid
anda tidak boleh mencari makna atau membuat inferens bahan yang dibaca (tidak
dapat dikaitkan dengan pengetahuan sedia ada atau dunia mereka yang sebenar)
dan dengan perkataan lain ‘failed to read between the lines’.
Sekali lagi, guru
perlu dapat mengenalpasti sama ada murid berkenaan tidak dapat memahami atau
tidak dapat mengingat apa yang dibaca. Maknanya bacaan tersebut hanya bagai
sebutan burung kakak tua yang tidak faham apa yang dikatakannya.
Kita kembali
kepada bahan bacaan yang dikatakan sukar oleh murid. Kalau bahan berkenaan
mengandungi beberapa perkataan pinjaman (katakan daripada Bahasa Arab seperti tartil,
wudhu’, tawaddhu’, qiam, khutbah, sa’i, iman, ehsan, khusyu’ dan sebagainya),
sebaiknya guru turut menyediakan makna perkataan atau makna kosa kata dan frasa yang dimuatkan
dalam bahan bacaan. Isi penting dalam buku-buku rujukan biasanya diboldkan atau highlighted dengan menggunakan garisan
atau warna. Ada yang
menggunakan 1. nombor atau • bullet. Sertakan soalan melibatkan berfikir pada
aras tinggi pada bahan bacaan berkenaan. Mungkin ada yang berkata, ‘Spoon feeding ni! Untuk budak kecik
bolehlah’. Tunggu dulu! Buku teks yang berat juga menggunakan kaedah begini
untuk memudahkan pemahaman isi kandungan.
Kekadang sengaja di asingkan isi
penting dalam kotak di tepi tulisan. Tak pernah jumpa? Sesetengah
buku akademik yang agak berat isi kandungannya, pada awal setiap bab telah distrukturkan objektif bab tersebut. Ada juga buku yang disertakan dengan sinopsis bab dalam bentuk peta dan pengurusan grafik. Tidak kurang pula buku-buku (terutamanya dari Amerika) yang menyediakan rumusan bab di akhir setiap bab. Apakah faedahnya? Tak perlu saya senaraikan di sini.
buku akademik yang agak berat isi kandungannya, pada awal setiap bab telah distrukturkan objektif bab tersebut. Ada juga buku yang disertakan dengan sinopsis bab dalam bentuk peta dan pengurusan grafik. Tidak kurang pula buku-buku (terutamanya dari Amerika) yang menyediakan rumusan bab di akhir setiap bab. Apakah faedahnya? Tak perlu saya senaraikan di sini.
Itu bahan
bercetak. Sama juga halnya sekiranya guru memancarkan bahan melalui layar besar
atau menulis isi utama di papan tulis. Gunakan warna, nombor dan kata kunci
untuk discriminate fakta atau isi utama. Gunakan peta konsep, peta minda, peta
pemikiran untuk menstruktur isi. Aplikasikan teknik starbursting. Apa tu? Sediakan
sumber rujukan kalau tidak disediakan makna atau penjelasan (Sumbernya, he
he... untuk tahu teknik starbursting, kena baca buku kami Pedagogi Pendidikan
Islam yang akan terbit tidak lama lagi... tahun ini).
Next.... Allah
tidak sekadar suruh iqra’ tetapi beserta bismirabbikal ladzi khalaq. Mulakan
dengan Bismillah..... Huruf ba berbaris kasrah bermaksud ‘dengan’ yang
menjelaskan bahawa tanpa ‘dengan’Nya atau namaNya, tak mungkin terlaksana. Selepas ba berbaris kasrah
menunjukkan ada elemen penting di situ. Boleh tulis dengan telinga? Dengan
mata? Kena dengan pen atau pensel. Pen atau pensel merupakan elemen penting
yang tidak dapat tidak, mesti ada untuk menulis. 'Allama bi al qalam. Menaip guna mesin taip atau
keyboard. Begitulah dengan membaca yang disarankan oleh Allah. Elemen
pentingnya ialah Allah sendiri...la hawla wala quwwata illa billah. Dari perspektif Islam, membaca
tidak akan sempurna kalau tidak dikaitkan dengan Allah. Oleh itu setiap kali
meminta murid membaca bahan, minta juga mereka membaca basmallah terlebih
dahulu.
Tak dapat maksud teknik
starbursting? O buku kami belum diterbitkan lagi dan saudara/i belum sempat
membacanya pada tarikh bahan ini dimuatnaik ke blog. Guna teknik 5WH. Lukiskan
satu bintang dengan enam bucu (lima pun boleh) dan pada setiap bucu letakkan
satu W. Kalau bintang yang diukis hanya ada 5 bucu, letakkan H di sisi atau di tengah bintang.
Takut ada orang sensitif dengan mengatakan 6 bucu tu melambangkan Israel lah
pulak. Kalau tak nak guna bintang, boleh gak guna hexagon. Lukis bintang tu
besar-besar di papan tulis. Semasa membaca, gunakan bintang tersebut untuk
mencatatkan fakta berkaitan. Fahamkan apa 5WH tu? Atau latih murid gunakannya
dalam buku tulis.
Atau boleh saja
kalau nak aplikasi teknik lain semasa menulis. Kenapa perlu menulis atau
mencatat? Laaaa kan diminta supaya ‘allama bilqalam. Kalaulah ayat-ayat AlQuran
tidak dicatatkan pada pelepah tamar dan kulit kayu, agaknya dapat tak kita
membacanya pada hari ini? Tu pentingnya mencatat. Mencatat merupakan satu lagi
kemahiran belajar. Masa saya belajar dulu, guru cuma meminta menyalin apa yang
dia tulis di papan tulis. Itu menyalin dan bukan mencatat. Ajarkan murid menulis
yang sifatnya mencatat dan bukan sifatnya menyalin. Menyalin pun tidaklah salah
tapi.... banyak sangat dan tidak mengikut fahaman murid. Tak smart.
Ops! Sebenarnya saya
cuma nak sentuh satu kemahiran belajar saja iaitu membaca. Kemahiran lain...
kemudianlah.