Followers

RENUNGAN

"Kalau guru sendiri mengambil masa untuk memahami pelajaran baru, janganlah mengharapkan murid sederhana dan lemah dapat menguasai dan mengingati perkara yang baru dipelajari dalam tempoh 20 minit."

Friday 16 March 2012

Kaedah mengajar Al Quran


1.  Kaedah Talaqqi Musyafahah
a.       Guru membaca dan bacaan itu dijadikan contoh untuk diikuti oleh murid secara individu secara berdepan dengan guru
b.      Murid mendengar dan memerhati gerakan mulut dan bibir, kemudian membaca seperti yang mereka dengar dan lihat
c.       Pembetulan dibuat menyentuh tentang hukum tajwid serta sebutan huruf mengikut makhraj
2.      
    Kaedah Tasmik
a.       Murid membaca Al Quran di hadapan guru yang mendengar
b.      Kesalahan diperbetulkan
c.       Guru mengemukakan soalan berkaitan hukum tajwid dan maksud tanda bacaan yang terdapat dalam ayat yang dibaca.
3.   
        Kaedah Tadarus
a.       Kaedah kumpulan kecil (antar 4 hingga 5 orang)
b.      Seorang ahli akan membaca sedangkan ahli lain (yang lebih mahir) akan mendengar, menyemak serta memperbetulkan bacaan.
c.       Seterusnya ahli kedua pula membaca dan akan disemak oleh ahli lain (Setiap ahli akan membaca secara bergilir-gilir dan ahli lain mendengar, menyemak dan memperbetulkan bacaan)
4.      
    Kaedah Tikrar (kaedah latih tubi)
a.       Guru memperdengarkan bacaan ayat alQuran satu persatu
b.      Murid mengikut bacaan guru (juga satu persatu) secara kelas
c.       Murid membaca secara bersama mengikut kumpulan kecil. Kumpulan yang tidak membaca akan mendengar.
d.      Kumpulan lain pula diminta membaca dan didengari leh kumpulan yang tidak membaca.
e.      Seorang murid diminta membaca dan murid lain mendengar
5.      
    Kaedah Imla’i
a.       Guru meminta murid menyalin beberapa kali ayat yang ingin dihafaz
b.      Semasa menyalin, murid dikehendaki membaca dan mengingat / menghafaz secara individu
6.      
    Kaedah Baghdadiah
a.       Huruf-huruf hijaiyah diperkenalkan secara analisis dan berperingkat secara berulangkali: eja dan sebut
b.      Bunyi-bunyi huruf tunggal diajarkan mengikut tanda baris (atas, bawah, hadapan)
c.       Murid diajar mengeja dan menyebut kalimah mengikut tanda (atas, bawah, hadapan, tanwin, sukun.....)
d.      Bacaan ayat-ayat juga diperkenalkan secara berperingkat menggunakan kaedah mengeja dan membunyikan.
e.      Murid akan membaca di hadapan guru mengikut peringkat-peringkat yang diperkenalkan
f.        Guru memperbetulkan bacaan murid sambil mengajar hukum-hukum tajwid (daripada yang mudah kepada yang kompleks)
7.       Kaedah Iqra’
8.       Kaedah Qiraati
9.       Kaedah Hattawiah
Untuk tiga kaedah terakhir (Iqra’, Qiraati dan Hattawiah) pengajaran dilakukan berpandukan buku-buku berkenaan.

7 comments:

  1. salam, masha Allah perkongsian yang bermanafaat..mohon digunakan dan share ya..

    ReplyDelete
  2. Kaedah baran pulak macam mana ye, saya naik muak dengan guru mengaji sy iaitu bapa sendiri. Sy sudah bertahun x mengaji. Dulu kecik2 bapa punya panas baran nya tahap iblis, walaupun tengah ajar mengaji. Sekarang sy jadi fobia. Dia banyak kali nasihat tapi sy endahkan sbb sudah fobia!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam buat saudara Yongster Joey

      Baran bukan merupakan satu kaedah mengajar tetapi emosi yang berpunca daripada superego dalam diri individu yang tidak terkawal dan tidak diseimbangkan dengan tahap pencapaian pelajar. Siapa pun juga, bapa saudara tetap merupakan bapa yang perlu dihormati a disayangi. Persoalannya ialah rasa phobia untuk mengajaji. Mengaji atau membaca al Quran merupakan ibadat yang bukan mesti dilakukan di hadapan orang lain tetapi dalam konteks belajar, seorang guru diperlukan untuk membimbing bacaan dan tadabbur pengajaran al Quran. Saudara boleh saja melakukannya dengan rakan sebaya atau orang lain (bukan mesti ahli keluarga) yang berkebolehan dan saudara percayai. Semoga rahmat Allah selalu bersama saudara. Aamiin.

      Delete
  3. boleh puan nyatakan dari mana kaedah-kaedah kita boleh dapatkan dlm bentuk buku

    ReplyDelete
  4. Terdapat beberapa buahbuku di pasaran.Antaranya ialah buku saya Pedagogi Pendidikan Islam terbitan Pelangi.

    ReplyDelete
  5. Alhamdulillah..sangat brmnfaat..syukran

    ReplyDelete