Untuk pengajaran Pendidikan Agama Islam
Circle the Sage
1. Guru membuat undian dalam kelas untuk mengetahui siapa di antara murid yang mempunyai pengetahuan mengenai tajuk yang ingin dikongsikan. Contohnya, guru bertanya siapakah di antara murid yang mengetahui tentang peristiwa di Gua Hira’
2. Murid-murid yang mengetahui tentang peristiwa tersebut (the sages: sibijaksana) akan bangun dan berdiri di hadapan kelas. Guru akan meminta murid lain (yang tidak mengetahui tentang peristiwa di Gua Hira’) mendapatkan maklumat daripada sage (sibijaksana). Tidak dibenarkan dua orang murid dari kumpulan yang sama menemui sage yang sama.
3. Sage akan menjelaskan kepada rakan sekelas tentang apa yang mereka ketahui. Rakan sekelas pula akan bertanya dan membuat catatan ringkas.
4. Kesemua murid kembali ke kumulan masing-masing. Secara bergilir, mereka akan berkongsi tentang apa yang telah mereka perolehi / pelajari. Disebabkan setiap murid telah berjumpa dengan sage yang berlainan, mereka akan membuat perbandingan maklumat yang diperolehi.
5. Andainya terdapat percanggahan fakta, ia dikemukakan dan perbincangan kelas (dengan bimbingan guru) akan dilakukan untuk mendapatkan kata sepakat.
Cooperative Play
1. Guru menyediakan bahan untuk aktiviti pembelajaran. Bahan-bahan tersebut boleh diletakkan di tengah setiap kumpulan (atau digilirkan dari satu meja ke satu meja yang lain)
2. Guru menjelaskan langkah-langkah keselamatan ketika menggunakan bahan tetapi tidak memberitahu bagaimana menggunakannya. Contohnya, bahan-bahan yang boleh digunakan dan tidak boleh digunakan untuk beristinjak.
3. Guru bertanya: “Apakah ciri-ciri yang boleh anda jelaskan daripada bahan-bahan tersebut?”
4. Murid akan mendapatkan ciri-ciri tersebut (dikatakan sebagai satu bentuk permainan)
Give One, Get One
1. Murid melipat kertas kosong menjadi dua secara memanjang. Murid diminta membuat garisan memanjang untuk membahagi kertas kepada dua bahagian. Pada sebelah kiri, bahagian atas kertas, murid akan menuliskan “Beri Satu” dan tuliskan pada sebelah kanan “Dapat Satu”.
2. Guru mengemukakan soalan atau topik yang mengandungi banyak jawapan (Contohnya; Rukun, wajib dan syarat sah solat) dan berikan had masa (Contohnya, 5 minit).
3. Murid akan menyenaraikan, secara individu, sebanyak mungkin jawapan ke adalam ruang “Beri Satu”
4. Guru meminta murid mendapatkan pasangan.
5. Setelah memberi salam kepada rakan, Rakan A akan memberi satu jawapan kepada Rakan B. Sekiranya Rakan B telah mempunyai jawapan tersebut, ia akan menandakan dengan garisan. Sekiranya jawapan yang diberikan itu merupakan jawapan baru, maka Rakan B perlu mencatatkannya dalam ruang “Dapat Satu”
6. Rakan B pula memberikan jawapan dan Rakan A akan menggariskan atau menulis jawapan baru.
7. Masing-masing mengucapkan terima kasih, dengucapkan salam dan dapatkan pasangan yang baru.
8. Teruskan aktiviti sehingga guru meminta untuk berhenti.
Mix-Freeze-Pair
1. Murid-murid diminta untuk bergerak (berjalan) bebas dalam kelas tanpa bercakap dengan iringan musik (selawat atau rentak nasyid).
2. Setelah 6 saat, guru berhentikan selawat / musik dan berkata “Berhenti bergerak!” (Freeze). Murid akan berhenti bergerak.
3. Guru akan mengumumkan “Berpasangan!” dan murid akan berpasangan dengan rakan paling hampir dengannya dan berpegang tangan (pastikan sama jantina)
4. Guru mengemukakan topik atau soalan untuk diperbincangkan (Contohnya, pahala). Masa berbincang diberikan. Contohnya, 3 minit.
5. Setiap pasangan akan membincangkan tentang topik atau jawapan kepada soalan. Setelah tamat tempoh perbincangan atau setelah tamat berbincang, murid akan mengadap guru.
6. Guru akan memberi arahan “Bergerak!”. Ulangi aktiviti dengan soalan yang baru (Contohnya, dosa, ganjaran syurga, balasan neraka dan sebagainya)
Mix Pair Share
1. Murid bergerak secara senyap dalam bilik darjah.
2. Guru meminta merka berpasangan dan murid akan berpasangan dengan rakan paling hampir (pastikan tidak timbuol isu perbezaan jantina). Murid mengucapkan salam dan bersalaman (jika perlu).
3. Guru berikan soalan atau topik perbincangan (contoh: Adab dengan Orang Tua) dan pasangan akan membincangkannya.
One Stray
1. Setelah menyelesaikan tugasan dalam kumpulan, guru akan meminta seorang ahli bagi setiap kumpulan untuk berdiri
2. Guru mengarahkan murid yang berdiri untuk bertukar tempat ke dalam kumpulan lain. Murid yang bertukar tempat akan membandingkan jawapan dengan ahli-ahli kumpulan barunya.
3. Setelah mendapatkan maklumat baru, murid berkenaan perlu kembali ke kumpulan asal dan membincangkan jawapan yang diperolehi daripada kumpulan lain.
4. Sekiranya terdapat percanggahan, pasukan diminta membincangkan semula isu dan mengubah jawapan yang perlu atau mengekalkan jawapan asal.
Nota: Pastikan guru membuat rumusan atau meminta murid membuat rumusan pelajaran (dengan bimbingan guru) sebagai penutup kognitif sebelum kelas ditamatkan dan lakukan penutup sosial dengan memberikan motivasi.
Lihat juga:
http://shamsina-gurupendidikanislam.blogspot.com/2012/03/beberapa-teknik-pembelajaran-koperatif_16.html
Lihat juga:
http://shamsina-gurupendidikanislam.blogspot.com/2012/03/beberapa-teknik-pembelajaran-koperatif_16.html
No comments:
Post a Comment