Berfikirlah di
luar kotak merupakan satu mod pemikiran
yang berani mencabar kebijaksanaan konvensional iaitu berani mempersoalkan
strategi, kaedah dan teknik pengajaran dan pembelajaran yang telah lama menjadi
pegangan guru seperti bentuk asalnya tanpa pengaruh inovasi dan transformasi.
Berfikir di luar kotak masih merupakan suatu kualiti di luar kebiasaan tetapi
sekiranya diaplikasikan ia boleh membawa
kepada lonjakan kemajuan. Meskipun strategi, kaedah dan teknik yang diamalkan
masih merupakan yang paling sesuai, kritikan “di luar kotak” masih boleh
meningkatkan kesahan innovated and transformational ideas. Sebagai perbandingan,
berfikir dalam kotak lebih berbentuk mengikut atau menuruti apa yang orang lain
lakukan kerana ia dilihat sebagai itulah satu-satunya cara yang ada. Tanpa
inovasi sifat pengajaran tidak akan berubah dan tidak bertambah baikkan.
Evolusi
pengajaran sebenarnya berasaskan kepada penambahbaikan secara berterusan. Hari
ini seharusnya lebih baik daripada semalam dan esok dirancangkan lebih baik
daripada hari ini. Tidak semua orang boleh menjadi pencipta tetapi sesetengah
potensi diri boleh dimaksimumkan. Bagaimana caranya berfikir di luar kotak?
Cabar amalan pengajaran yang menjadi kebiasaan melalui refleksi kritikal dan
penyoalan bersifat provokasi. Bukan semua amalan kebiasaan itu salah, cuma guru
perlu mencari cara lain melakukan sesuatu. Talaqi musyafahah merupakan satu
kaedah pengajaran tetapi ia boleh diintegrasikan dengan pelbagai teknik seperti
lagu, tunjuk cara, tikrar, baghdadi dan sebagainya.
Kaedah
sumbangsaran dilakukan tanpa menolak apa juga idea dan cadangan yang
dikemukakan meskipun idea tesebut kedengaran pelik atau janggal. Setelah
difikirkan semula dan diperbincangkan, terdapat kemungkinan idea yang pelik
tersebut boleh diterima. Suatu ketika dahulu, ayam goreng hanya dimakan bersama
nasi untuk makan tengahari atau malam. Hari ini, ayam goreng (jenama KFC, McD,
Mary Brown dan sebagainya) dimakan bila-bila masa sahaja dari awal pagi hingga
lewat malam (malah 24 jam).
No comments:
Post a Comment