Sekiranya ada dalam kalangan murid yang merasa bosan
(biasanya tidak dinyatakan secara lisan tetapi mereka melakukan aktiviti yang
menggambarkan mereka tidak memberi perhatian kepada pelajaran dalam kelas) semasa
guru (ustaz / ustazah) sedang mengajar, apakah tindakan yang paling baik boleh
dilakukan? Hal seperti ini tidak atau jarang sekali berlaku dalam kelas murid
cerdik [perlu diingat bahawa ada sesetengah murid cerdik yang akan merasa bosan
sekiranya mereka telah mengetahui perkara yang diajar oleh guru – lihat faktor kebosanan
murid pintar, cerdas dan berbakat dalam Akhiar dan Shamsina (2012) Pengurusan
Bilik Darjah dan Tingkahlaku halaman 278 -279]. Namun begitu, dalam kalangan
murid bawah average, perkara begini adalah lumrah.
Persoalannya, mengapa mereka merasa bosan? Siapakah sebenarnya membuatkan mereka bosan? Apakah faktor kebosanan murid bawah average? Faktor kebosanan untuk murid below average adalah tidak sama dengan faktor kebosanan murid pintar, cerdas dan berbakat. Oleh itu, langkah mengatasinya juga berbeza.
Faktor kebosanan murid below average
1.
Duduk sahaja. Faktor ini terbahagi kepada dua:
guru duduk sahaja dan murid duduk sahaja. Tiada pergerakan. Tiada aktiviti yang
melibatkan pergerakan dan interaksi. Kuliah sehala. Murid mendengar dan
mencatat nota secara pasif. Tiada berlaku pemantauan proses pembelajaran. Tiada
withitness pada pihak guru.
2.
Guru bercakap banyak. Aplikasi kaedah kuliah
yang tidak diintegrasikan dengan teknik lain. Tidak kreatif dan inovatif.
3.
Menyukarkan yang mudah. Penggunaan kosa kata di
luar PSA murid. Menyediakan aktiviti terlalu sukar dan terlalu mencabar yang
tidak selaras dengan keupayaan murid. Kononnya aktiviti under-challenged tidak
memotivasikan (guru perlu dapat mengenal pasti kumpulan murid yang memerlukan
aktiviti mencabar minda dan kemahiran dan mereka bukan daripada kalangan murid
below average).
4.
Membebel pasal salah laku murid dan tidak mengambil
langkah mengatasi (tidak bertindak apa-apa mengenainya selain membebel).
5.
Mengarah tanpa memerhati. Ingat cerita P. Ramli?
Cikgu suka main bola. Hari-hari cikgu main bola.
6.
Kadar proses yang lembab. Berlaku pengulangan
walau pun tidak perlu.
7.
Gagal membuat pengubahsuaian. Kadangkala berlaku
gangguan semasa mengajar. Selepas gangguan (antara 5 hingga 10 minit), guru
masih mematuhi langkah-langkah dalam perancangan tanpa mengubahsuaikan dengan
baki waktu yang tinggal.
Langkah mengatasinya.
Lihat semula faktor kebosanan di atas. Elakkan daripada melakukannya dan sebaliknya lakukan perkara yang bertentangan dengan faktor tersebut.
Maaf sebab bahan sengaja tidak dibuat huraian panjang lebar. THINK! ACT! REFLECT!
No comments:
Post a Comment