Berkomunikasi
Berkomunikasi dalam
konteks kemahiran belajar merupakan satu proses memindahkan atau menyampaikan
buah pemikiran atau mesej daripada satu minda ke minda yang lain, dan sebagai
balasannya, akan menerima pandangan atau pemikiran yang lain. Berkomunikasi
membolehkan minda diselaraskan melalui proses berfikir bersama. Berikut adalah
keupayaan asas yang diperlukan dalam berkomunikasi:
- Menganalisis situasi bermaksud berfikir mengenai sesuatu perkara, tujuan, pengirim, penerima, media dan konteks sesuatu mesej. Contohnya, murid diminta untuk berfikir tentang tujuan berpuasa dalam bulan Ramadhan.
- Memilih media melibatkan penentuan cara yang paling baik untuk menyampaikan mesej, sama ada secara bersemuka atau menggunakan pelaporan. Contohnya, murid diminta menggunakan bahasa yang sopan ketika berbincang dalam kumpulan pembelajaran koperatif.
- Menilai mesej bermakna menentukan sama ada mesej adalah betul, benar, lengkap, boleh dipercayai, sah, autoritatif serta kemas kini. Contohnya, murid diminta menilai kenyataan tentang iklan merokok.
- Mendengar secara aktif memerlukan perhatian teliti, mencatat nota, bertanyakan soalan, atau terlibat dengan idea yang disampaikan. Contohnya murid diminta mencatat nota pelajaran menggunakan ayat sendiri......
- Membaca merujuk kepada aktiviti penyahkodan tulisan atau imej dengan tujuan untuk memahami apa yang telah atau cuba disampaikan. Meminta murid membaca terjemahan ayat atau tafsiran ayat
- Bercakap atau bertutur melibatkan penggunaan perkataan secara lisan, intonasi suara, bahasa badan, mimik muka, gestures serta bahan bantu untuk menyampaikan mesej atau idea. Contohnya, meminta murid menyampaikan idea / pandangan mereka tentang balasan dosa dan neraka serta pahala dan syurga.
- Mengambil giliran bermakna bertukar-tukar semasa memberi atau menerima idea, bertimbal balik antara mereka yang terlibat dalam proses komunikasi.
- Menggunakan teknologi memerlukan pemahaman tentang keupayaan serta limitasi teknologi komunikasi seperti penggunaan telefon bimbit, e-mail atau mesej segera.
- Menulis melibatkan proses pengekodan mesej dalam bentuk tulisan menggunakan perkataan, ayat serta dengan orang lain pada jarak yang jauh, melibatkan masa yang berlainan atau kedua-duanya.
Berkolaborasi
Berkolaborasi
bermaksud melakukan kerja bersama orang lain untuk mencapai matlamat yang sama.
Dalam era himpunan sumber maklumat melalui media sosial, kolaborasi menjadi
sangat penting. Malah sebaiknya, guru-guru Pendidikan Islam sendiri disarankan
untuk berkolaborasi sesama orang lain dalam profesion yang sama demi
meningkatkan profesionalisme keguruan diri sendiri.
- Menyusun sumber dan tanggungjawab untuk memastikan semua ahli kumpulan dapat bekerja secara optima. Meminta murid berbincang dalam kumpulan kecil untuk menasingkan antara perkara wajib dan perkara sunat dalam solat.
- Sumbangsaran idea dalam kumpulan melibatkan saranan serta catatan idea secara berterusan tanpa kritikan.
- Membuat keputusan melalui aktiviti mengasingkan (sorting) pelbagai pilihan yang diberikan kepada kumpulan dan membuat satu pilihan untuk terus maju. Murid diminta untuk membuat pertimbangan pelbagai cara dan memilih cara terbaik untuk ……
- Mendelegasikan bermaksud memberikan tugasan kepada ahli kumpulan dan mengharapkan mereka melaksanakan peranan mereka aga tugas dapat diselesaikan.
- Menilai sesuatu produk dan proses. Ahli kumpulan memberikan gambaran yang jelas tentang apa yang baik dan apakah penambah baikan yang boleh dilakukan.
- Menetapkan matlamat memerlukan ahli kumpulan mengnyatakan dengan jelas objektif yang boleh dicapai.
- Membimbing satu kumpulan bermakna mewujudkan satu persekitaran di mana semua.ahli kumpulan boleh menyumbang berdasarkan kepada keupayaan masing-masing.
- Mengurus masa memadankan satu senarai tugas dengan jadual dan mengesan kemajuan ke arah matlamat
- Menyelesaikan konflik berlaku melalui penggunaan salah satu strategi berikut: menegaskan, bekerjasama, berkompromi, bersaing atau menangguhkan.
- Membina pasukan bermaksud memberi kerjasama sepanjang masa untuk mencapai matlamat yang sama
No comments:
Post a Comment