RENUNGAN
"Kalau guru sendiri mengambil masa untuk memahami pelajaran baru, janganlah mengharapkan murid sederhana dan lemah dapat menguasai dan mengingati perkara yang baru dipelajari dalam tempoh 20 minit."
Thursday, 30 October 2014
Interpretasi Data
Sila klik pada gambar atau klik link di bawah
http://www.authorstream.com/Presentation/shamsinashamsudd-2299791-analisis-data-kualitatif/
Sunday, 28 September 2014
Kepentingan memahami model kajian tindakan
Para guru yang
baru mengikuti kursus kajian tindakan akan diperkenalkan dengan beberapa model
kajian tindakan. Model yang tidak akan ditinggalkan ialah Model Kemmis dan
McTaggart (1988), di samping Model Elliot (dalam Ebbut 1985) atau Whitehead dan McNiff
(1989). Persoalannya mengapa perlu memahami model? Tidak ada siapa pun yang
boleh mengatakan mana-mana satu model sebagai model yang terbaik. Setiap satu model mempunyai kekuatannya yang tersendiri. Pada masa yang sama kita juga tidak
boleh menafikan kepentingan sesuatu model meskipun perbincangan
banyak dilakukan dalam kalangan penyelidik terkenal untuk menekankan dan memberi fokus kepada perkara
lain yang dilihat lebih utama seperti perubahan dan penambahbaikan ilmu pengetahuan dan amalan bekerja. Keutamaan sesuatu perkara
itu (termasuk pemahaman dan aplikasi model reka bentuk Kajian Tindakan) bergantung kepada
situasi yang dihadapi dan tidak seharusnya dibuat satu generalisasi umum tentang sesuatu model oleh mana-mana pihak. Istilah kepakaran individu sering dirujuk
kepada penguasaan satu atau beberapa aspek tertentu sahaja dan BUKANnya menguasai semua aspek penyelidikan. Untuk mereka
yang baru berjinak-jinak dengan penyelidikan tindakan, memahami sesuatu model
adalah perlu untuk mengelakkan diri agar tidak terpesong daripada model dan reka bentuk kajian
tindakan (iaitu bukan reka bentuk penyelidikan konvensional). Kecenderungan untuk terdapat pertentangan
pandangan different school of thought
adalah suatu rahmat tetapi untuk menafikan sama sekali mana-mana school of thought adalah suatu kesilapan dan boleh membekukan minda (selagi tidak bercanggah dengan hukum syarak) termasuklah isu kajian tindakan.
Model reka bentuk
berfungsi sebagai garis panduan. Ia merupakan domain aplikasi yang menerangkan
tentang kaedah yang digunakan. Ciri lingkaran yang hanya terdapat pada model-model
reka bentuk kajian tindakan merupakan proses continuous learning and professional development yang perlu
difahami oleh guru sebagai seorang profesional walaupun ramai penyelidik baru
tidak akan melanjutkan penyelidikannya (mungkin melakukan hanya sekadar untuk
tujuan jangka pendek seperti memenuhi syarat kelulusan kursus dan sebagainya). Begitu
juga ciri refleksi dalam kajian tindakan mempunyai matlamat untuk guru berfikir
secara krtiktikal tentang aspek-aspek spesifik amalan dan peranan profesionalnya
dalam dunia pendidikan (Sagor, 2005).
Tidak pula
menjadi kesalahan sekiranya ada guru yang cuba mengaplikasikan satu model reka
bentuk ciptaannya sendiri tetapi perlu terlebih dahulu memahami konsep model dan
reka bentuk agar kualiti kajian dapat diterima. Apakah kualiti dalam kajian
tindakan? Furlong dan Oancea (2005) mencadangkan:
a)
Tahap
rigor dan trustworthiness yang tinggi
b)
Potensi
nilai yang memberi impak kepada amalan
c)
Potensi
membina kebijaksanaan praktikal dalam kerangka etika (perkembangan peribadi dan sosial)
d)
Dimensi
kos efektif
Reeves (2008)
turut membincangkan rubrik kualiti sesuatu kajian yang meliputi perkara berikut:
a)
Kualiti
soalan yang dibina menggambarkan bahawa kajian yang dilakukan itu sangat penting
b)
Penjelasan
tentang peserta kajian (faktor demografi dan pendidikan yang mempengaruhi dapatan kajian)
c)
Data perubahan
pada peserta (pencapaian dan sebagainya)
d)
Pemerhatian
berterusan tentang perubahan amalan profesional
Reeves (2008) juga menjelaskan tentang pemerhatian yang tidak diberikan perhatian (missing) iaitu berkaitan bagaimana intervensi atau perubahan amalan dipersembahkan dalam penulisan.
Model reka bentuk
kajian tindakan oleh Adamson (2008) merupakan model agak terkini yang telah
dihasilkan setelah melihat semua model yang ada. Sekali lagi harus saya
tegaskan bahawa ia bukanlah satu-satunya model yang boleh digunakan. Pemilihan
model bergantung kepada mengapa dan bagaimana penyelidik menggunakannya.
Kajian Tindakan: Apa yang diperhatikan?
Salah satu tool
mengumpulkan data dalam KT yang paling disukai oleh para penyelidik ialah
pemerhatian. Lazimnya penyelidik novis (baru) akan memilih pemerhatian kerana
ia senang dilakukan. Mudahnya menggunakan tool ini sehingga catatan pemerhatian
(dalam bentuk nota lapangan) dan catatan dalam jurnal refleksi (refleksi
superficial dan tidak kritikal) sehingga penyelidik novis lupa tentang apa yang
lebih utama dan relevan untuk diperhatikan. Hal ini terjadi kerana penyelidik
baru tidak terlebih dahulu menstruktur apa yang perlu dilihat dan diperhatikan.
Saya katakan superficial kerana apabila penyelidik baru mencatatkan perkara
yang diperhatikan, penyelidik lupa untuk mencatatkan perincian tingkahlaku yang
diperhatikan. Contohnya, pemerhati (penyelidik) hanya akan menulis “Kelima-lima
peserta telah dapat membaca bahan dalam tulisan jawi yang diberikan”. Dalam kes
ini penyelidik novis telah tidak merakamkan bagaimana peserta telah boleh
membaca. Persoalannya, adakah kesemua peserta telah dapat membaca dengan lancar?
Masih merangkak? Dengan mengeja? Satu persatu? Atau hanya perkataan yang melibatkan dua suku
kata tetapi perkataan lebih daripada dua suku kata, masih belum lancar?
Soalan seterusnya
yang mungkin timbul ialah mengapa peserta telah boleh membaca? Adakah kerana
bahan petikan jawi itu ditulis menggunakan character yang bersaiz besar?
Menggunakan khat yang jelas? Atau petikan itu ditulis di papan tulis (atau
carta hasil guru) dalam bentuk tulisan tangan yang mudah dibaca? Atau terdapat teknik pengunaan warna berlainan untuk suku kata?... kesemua ini
memberi pengaruh kepada keupayaan membaca peserta. Penyelidik perlu mendapatkan data dan bukti yang jelas yang dapat menyokong pemerhatiannya serta dibuat interpretasi yang lebih bermakna. Bukti dalam bentuk gambar
pegun diperlukan (dan lazimnya penyelidik novis tidak mempunyai bukti begini).
Satu perkara lagi
ialah kelalaian penyelidik novis untuk mencatatkan bahasa bukan lisan tetapi
masih boleh diperhatikan. Contohnya, mimik muka, gerak badan, kadar pergerakan
(cergas atau bermalas-malas dan lambat). Kesemua tingkahlaku ini akan memberi makna
yang berlainan dan perlu dibuat interpretasi yang tepat.
Untuk langkah
selamat, dinasihatkan agar penyelidik novis menggunakan pemerhatian berstruktur
agar perkara-perkara perlu dan relevan tidak akan ditinggalkan.
Saturday, 20 September 2014
Contoh menulis fokus KT dan soalan kajian
Contoh menulis fokus kajian melibatkan skop, kerelevanan, kebolehtadbiran, kepentingan, kebolehgunaan, kawalan dan kolaborasi.
Fokus penyelidikan
|
Komen
|
.....Sebenarnya ketika mengaplikasikan teknik
pembelajaran koperatif tidak semudah yang disangkakan. Banyak masalah yang
timbul melibatkan pengurusan kelas, pengajaran dan pembelajaran. Meskipun
begitu, saya hanya akan menumpukan aspek pembelajaran murid khususnya tentang
aplikasi kaedah pembelajaran koperatif, apakah pertimbangan yang perlu dibuat dan bagaimana cara terbaik melaksanakannya untuk mengajar bidang akidah (1). Andainya cara
mengaplikasi kaedah ini tidak dibuat penambahbaikan, besar kemungkinan murid
tidak dapat bekerjasama dan berkolaboratif untuk mengoptimumkan pembelajaran
mereka. Kajian ini merupakan kajian yang sangat relevan kepada saya kerana dapatannya akan dapat meningkatkan ilmu dan kemahiran pedagogikal diri sendiri, sekali gus berfungsi sebagai peluang membangunkan profesionalisme(2). Disebabkan kajian hanya dilakukan dalam seting bilik darjah tanpa menggunakan makmal serta peralatan makmal dan hanya melibatkan rutin pengajaran dan pembelajaran, maka ia dapat diuruskan seperti pengajaran biasa tanpa mengganggu proses pembelajaran murid lain yang bukan merupakan peserta kajian(3). Bantuan dan bimbingan pensyarah penyelia serta rakan sejawatan yang turut sama berkursus diperoleh melalui kolaborasi dan perbincangan khususnya semasa menganalisis dan menginterpretasi data dan maklumat yang terkumpul untuk membolehkan kajian ini dilaksanakan dengan lebih lancar(4). Pandangan ahli jawatankuasa penilai turut diambil kira dengan tujuan pemantauan intervensi atau tindakan yang akan saya ambil untuk menambahbaik
aplikasi kaedah pembelajaran koperatif yang diintegrasikan dengan kaedah
penerangan yang telah pun saya kuasai(5). Meskipun saya tidak akan
memaksakan ke atas murid tetapi sekiranya diurus dengan baik, mereka pasti
dapat mengikutinya(6).
|
(1)Fokus
(2) Kemungkinan kesan (kerelevanan penyelidikan)
(3) Boleh diurus
(4) Kolaborasi
(5) Keserasian
(6)Nilai etika |
Fokus Penyelidikan
|
Komen
|
Bagi saya, penyelidikan
ini amat penting untuk membolehkan saya memahami dengan lebih mendalam
tentang pengetahuan dan kemahiran mengaplikasi kaedah kumpulan pembelajaran
koperatif dalam kelas(1).
Slavin (1991) telah menganalisis sebanyak 67 penyelidikan yang dibuat
ke atas pembelajaran koperatif dan mendapati 61% kelas pembelajaran koperatif
telah mencapai skor ujian yang lebih tinggi berbanding pencapaian kelas
tradisional. Menurut Slavin lagi, selain peningkatan pencapaian, murid juga
akan dapat meningkatkan kemahiran sosial termasuk berkongsi matlamat yang
sama, kemahiran kepemimpinan, komunikasi, pengurusan konflik dan membuat
keputusan. Dapatan kajian ini diharap dapat menjelaskan bagaimana pembelajaran koperatif dapat membantu murid meningkatkan pemahaman isi pelajaran secara yanglebih bermakna kepada mereka(2). Di peringkat sekolah dan komuniti pula ..........
Disebabkan semua
murid akan terlibat dengan proses pembelajaran koperatif, walau pun tumpuan
saya hanya kepada 8 orang murid yang telah dikenalpasti, maka pelaksanaan
tindakan tidak akan mengganggu perjalanan kelas(3).Proses pengajaran dan pembelajaran akan berjalan seperti biasa cuma guru akan menggunakan kaedah kumpulan pembelajaran koperatif..... Tambahan
pula aplikasi kaedah ini bukan dilaksanakan hanya untuk satu waktu pengajaran
tetapi untuk beberapa waktu dalam tempoh sebulan(4).....
|
(1) Kepentingan penyelidikan
(2) Kepentingan penyelidikan
(3) dan (4) Kawalan
|
Contoh menulis soalan kajian
Penyelidikan ini dilakukan dengan tujuan untuk mencari jawapan dan
penjelasan kepada soalan-soalan berikut:
1. Adakah penjelasan tentang struktur pembelajaran koperatif
akan dapat meningkatkan penglibatan murid secara aktif dalam proses
pembelajaran?
2. Bagaimanakan kaedah pembelajaran koperatif dapat
meningkatkan motivasi untuk belajar?
3. Sekiranya guru mengaplikasikan kaedah pembelajaran
koperatif dalam kelas, adakah pencapaian murid akan meningkat?
4. Bagaimanakah gabungan kaedah penerangan dan pembelajaran
koperatif membolehkan murid lebih fokus terhadap pembelajaran dalam kelas?
5. Adakah kerjasama murid akan meningkat melalui aplikasi
kaedah pembelajaran koperatif?
Tuesday, 2 September 2014
Kajian Tindakan:Refleksi Pengajaran dan Pembelajaran Lalu
Pada bahagian ini, dimuatkan
latar belakang penyelidikan dalam bentuk pengalaman dan amalan bekerja mengikut
konteks: situasi pengajaran, pembelajaran atau pengurusan. Sorotan literatur
yang menyokong mana-mana pernyataan penyelidik juga dimasukkan ke dalam
bahagian pendahuluan ini bersama penjelasan kepada nilai pendidikan yang
menjadi pegangan. Nilai pendidikan seharusnya merupakan nilai yang dapat
menyokong kepada tindakan yang akan dilakukan.
Fakta yang menjelaskan bahawa penyelidikan tindakan ialah
mengenai penyelidikan tentang amalan diri sendiri (McLean, 1995) menjadikan refleksi sebagai bahagian yang penting dalam penyelidikan tindakan. Refleksi merupakan
proses meneroka tindakan sendiri secara kritikal tentang apa yang dilakukan,
mengapa dilakukan demikian dan apakah kesan daripada perlakuan (amalan)
berkenaan. Untuk membolehkan guru menjadi lebih efektif, ia perlu menjadi
peserta yang aktif dalam bilik darjah selain daripada menjadi pemerhati yang
aktif dan sistematik ke atas proses pembelajaran. Maklumat yang diperolehi
perlu di buat analisis serta interpretasi untuk digunakan sebagai asas ke ada
perancangan dan tindakan yang akan dijalankan (Parson dan Brown, 2002). Apabila
refleksi kritikal dilakukan dengan penuh hati-hati dari pelbagai perspektif, ia
akan dapat membantu penyelidik menyusun strategi untuk membuat penambahbaikan
amalan.
Soalan-soalan berikut akan dapat membantu penyelidik
melakukan refleksi untuk dimuatkan dalam bahagian pendahuluan kertas cadangan.
·
Apa yang anda
lakukan apabila terdapat isu atau perkara mengelirukan yang menarik perhatian
anda?
·
Mengapa anda melakukannya? Jawapan anda mengenainya merupakan refleksi
dalam tindakan menurut Schön (1983)
·
Adakah ia berkesan? Jawapan anda mengenainya merupakan
refleksi atas tindakan (Schön, 1983)
·
Bagaimana murid menunjukkan respons mereka?
·
Bagaimana boleh anda lakukan dengan lebih baik lagi?
Jawapan anda ke atas soalan ini merupakan refleksi untuk tindakan (Killion dan
Todnem, 1991; O’Donnell, Reeve dan Smith, 2011 ).
Meskipun tiada siapa pun yang menetapkan ketiga-tiga bentuk refleksi
(dalam, atas dan untuk tindakan) mesti ada dalam refleksi pengajaran dan
pembelajaran untuk penyelidikan tindakan, namun ketiga-tiganya mempunyai fungsi
tertentu untuk membolehkan guru mencapai tahap pemikiran metakognitif.
Schein (1999)
telah mengemukakan satu strategi membuat refleksi dalam bentuk penulisan jurnal
yang dinamakan sebagai model ORJI melibatkan observation (pemerhatian), reaction
(reaksi), judgement (pertimbangan)
dan intervention (intervensi).
1) Pemerhatian: Perhati dan menjelaskan
apa yang terjadi.
2) Reaksi: Meneroka reaksi emosi terhadap apa yang telah diperhatikan.
3) Pertimbangan: Menganalisis, memproses dan membuat pertimbangan berdasarkan pemerhatian dan perasaan dengan tujuan mengenalpasti apakah perkara yang didasarkan kepada perasaan dan apakah perkara yang didasarkan kepada analisis peristiwa yang terjadi.
4) Intervensi: Merancang pendekatan seterusnya untuk kitaran kedua.
2) Reaksi: Meneroka reaksi emosi terhadap apa yang telah diperhatikan.
3) Pertimbangan: Menganalisis, memproses dan membuat pertimbangan berdasarkan pemerhatian dan perasaan dengan tujuan mengenalpasti apakah perkara yang didasarkan kepada perasaan dan apakah perkara yang didasarkan kepada analisis peristiwa yang terjadi.
4) Intervensi: Merancang pendekatan seterusnya untuk kitaran kedua.
Pengkaji juga boleh memulakan refleksi
pengajaran dan pembelajaran lalu dengan memilih satu situasi di mana amalan
atau tingkahlakunya telah menghasil sesuatu yang tidak dijangkakan. Contohnya,
aplikasi kaedah pembelajaran koperatif yang tidak dapat dilaksanakan oleh murid
dengan berkesan atau penjelasan berulang kali yang dilakukan tidak dapat
difahami oleh murid. Seterusnya dengan menggunakan model ORJI, pengkaji akan
menjawab soalan-soalan berikut:
- Bolehkah saya menjelaskan
apa yang telah saya perhatikan?
- Bagaimanakah saya
memberikan tindak balas? Apakah perasaan yang timbul?
- Apakah pertimbangan saya
terhadap perkara (kegagalan murid melaksanakan pembelajaran koperatif)
yang terjadi? Apakah pemikiran yang tercetus berpunca daripada peristiwa
tersebut?
- Apakah yang telah saya
lakukan mengenainya? Bagaimana saya lakukan intervensi? (berdiam diri atau
tidak melakukan apa-apa, juga merupakan satu bentuk intervensi)
a)
Tahap-tahap
refleksi
Pemikiran dan kemahiran reflektif tidak lahir secara
semula jadi bersama semua guru yang terlibat dalam profesion keguruan. Ia juga
bukan sesuatu yang boleh dicapai pada tahap yang sama oleh semua orang
(Baratz-Snowden, 1995). Dengan hanya menulis secara naratif tentang refleksi anda,
tanpa maklumbalas daripada rakan atau pembimbing, tidak memungkinkan anda
menjadi lebih reflektif daripada orang lain. Untuk menjadikan diri anda seorang
guru yang reflektif, anda perlu memahami peringkat-peringkat refleksi:
teknikal, kontekstual dan kritikal.
Tahap teknikal merujuk kepada refleksi yang hanya
berkaitan dengan memperhalusi strategi pengajaran. Pengamal refleksi tahap
kontekstual pula akan menumpukan kepada perhubungan antara situasi bermasalah
atau mengelirukan dengan tindakan yang diambil. Pada tahap refleksi kritikal,
pengamal akan menunjukkan penelitian yang lebih mendalam serta komitmen
terhadap keadilan sosial (contohnya, merealisasikan nilai pendidikan yang
menjadi pegangan seperti nilai menghargai ilmu, nilai peluang sama rata, nilai
tanggungjawab sosial, nilai kerjasama, integriti dan sebagainya).
Lazimnya, pendidik yang efektif
akan melakukan empat perkara:
·
Mereka berfikir secara berhati-hati mengenai apa yang berlaku dalam bilik darjah (proses pengajaran dan pembelajaran)
·
Mereka mengenalpasti pilihan-pilihan yang ada.
·
Mereka mengambil kira nilai-nilai profesional (etika dan pendidikan) dan
tahap keselesaan untuk merealisasikan nilai tersebut.
·
Mereka membuat pilihan secara sedar tentang bagaimana melakukan tindakan
untuk penambahbaikan.
Sila lihat http://shamsina-gurupendidikanislam.blogspot.com/search?updated-min=2013-01-01T00:00:00-08:00&updated-max=2014-01-01T00:00:00-08:00&max-results=12 untuk melihat perbandingan antara refleksi yang kritikal dengan yang tidak kritikal tambahan 6 April 2015.
Refleksi
pengajaran dan pembelajaran
|
Komen
|
Masuk tahun ini, telah 14
tahun saya mengajar di sekolah. Saban tahun, apabila sambutan Hari Guru
diadakan, saya akan teringat puisi karangan Uthman Awang berjudul “Guru o Guru” yang dikarang pada tahun 1979.
Ungkapan “Sejarahnya dimulakan oleh
seorang guru biasa” cukup mendalam di jiwa saya. Sebenarnya saya tidak
ingin menjadi guru biasa. Saya ingin mencari suatu keluarbiasaan pada diri
saya sendiri untuk menjadi seorang guru profesional.
Peribahasa Inggeris “Different strokes for diferent folks”
mengingatkan saya tentang latar belakang murid yang berbagai tetapi masih
boleh diajar(1) melalui pengintegrasian pendekatan, strategi,
kaedah dan teknik pengajaran. Meskipun menyedari hakikat ini, laluan yang
saya hadapi bukanlah mudah. Dunia berubah dan perubahan merupakan suatu kemestian. Begitu juga
dengan dunia pendidikan. Kemahiran yang diperlukan oleh murid dalam abad 21
ini tidak sama dengan kemahiran yang saya perlukan 20 tahun silam. Untuk
menguasai kemahiran abad ke 21 iaitu dengan melewati kemahiran asas atau beyond basic skills (Obama, 2009),
murid perlu aktif (Silberman, 1996) untuk membina ilmu dan kemahiran yang
diperlukan (Vygotsky,1918-1924; Bruner, 1966 dan Ausubel 1963). Murid perlu
dididik untuk menggunakan kemahiran berfikir aras tinggi (Bloom, 1956;
Krathwohl, 2001) serta reflektif (Gibbs, 1988)(2).
Sepanjang tempoh enam bulan
yang lalu, saya mengajar mata pelajaran ....... kepada murid kelas ......
Untuk menggalakkan murid agar aktif dan kolaboratif dalam kelas, saya telah
mengaplikasikan kaedah kumpulan kecil pembelajaran koperatif. Saya telah
memilih beberapa struktur pembelajaran koperatif seperti jigsaw, one stray,
........ (Kagan, 1994; Kagan dan Kagan, 1998) .....Sebenarnya ketika
mengaplikasikan teknik tersebut tidak semudah yang disangkakan(3).
Banyak masalah yang timbul seperti ....... Setiap kali masalah ..... timbul,
saya akan menstrukturkan semula teknik yang berkaitan(4)....
Kadangkala saya perlu menstrukturkan semula lebih daripada dua kali.... Saya
tertanya-tanya mengapa jadi begitu. Adakah penstrukturan saya ..... atau
murid masih belum bersedia dengan kaedah pembelajaran koperatif khususnya
apabila saya memperkenalkan struktur yang baru?(5).....
Saya mula bertindak lebih aktif
dengan bertanyakan kepada murid-murid(6) saya tentang kaedah yang
saya gunakan dan perasaan mereka...... Jadual 1.1 di bawah menunjukkan
respons murid terhadap soalan temubual awal yang dijalankan(7).......
Saya juga pernah mendapatkan
pandangan daripada ........ Nampaknya saya perlu memberikan lebih masa untuk
murid-murid(8) saya menguasai satu struktur sebelum menggunakan struktur
yang lain. Bukan itu sahaja, saya juga
perlu menyemak bagaimana saya melakukan penstrukturan aktiviti ..... saya
perlukan seorang rakan untuk melakukan pemerhatian(9)...... dalam
tiga waktu yang berlainan......
|
(1)Nilai pendidikan
(2)Sorotan literatur
(3)Refleksi
(4)Refleksi dalam tindakan
(5)Refleksi atas tindakan
(6)Pengumpulan data awal
(7)Keputusan
analisis data awal
(8)Refleksi untuk tindakan
(9)Keserasian
|
Saturday, 19 July 2014
Maklum balas guru
Semasa saya
bersekolah dahulu, seperti pelajar lain, ada mata pelajaran yang saya kuasai
dan ada pula mata pelajaran yang kurang dikuasai. Bila saya kata ada mata
pelajaran yang saya kuasai, ia tidak bermaksud saya telah menguasai kesemua topik.
Begitu juga dengan mata pelajaran yang kurang dikuasai tidak bermakna tidak ada
topik dalam mata pelajaran itu yang dapat saya kuasai sepenuhnya. Istilah sepenuhnya
juga masih agak kabur kerana apabila saya kuasai sesuatu mata pelajaran, dah le
bukan semua topik, malah saya tidak pula mendapat 100% markah. Hanya sekadar
antara 87 hingga 95 markah (skor). Bila saya kata saya kurang kuasai, ia bukan
gagal tetapi sekadar memperoleh markah antara 55 hingga 70.
Perkara yang
menarik ialah, apabila saya skor A (iaitu antara 80 hingga 100), maka saya
mendapat maklum balas “tahniah”. Itu saja. Apabila skor saya sekitar 50an,
maklum balas yang saya terima ialah “tingkatkan usaha anda”, “usaha lebih gigih
lagi”, “berikan perhatian kepada mata pelajaran ini” dan respons lain yang hampir
sama maknanya. Apabila saya gagal (mendapat skor bawah 50) respons yang serupa
juga diberikan oleh guru.
Respons dan
maklum balas guru begitu selalu membuatkan saya berfikir: Adakah saya tidak
beri perhatian? Adakah saya tidak berusaha untuk meningkatkan pencapaian saya?
Adakah saya tidak cukup gigih? Waktu saya belajar dahulu, tidak wujud istilah
kaunselor sekolah yang mungkin akan melakukan sesuatu untuk meningkatkan
pencapaian murid/pelajar. Apa yang berlaku ialah cuba memahami pelajaran dalam kelas dan diikuti dengan membuat latihan yang diberikan (secara sendiri atau dengan rakan). Lebih 40 tahun telah berlalu. Pada masa kini, semua
sekolah ada kaunselor. Malah semua guru seharusnya telah menguasai psikologi
pendidikan (ye ke?) terkini yang mementingkan aspek refleksi pembelajaran dan kepentingan
maklum balas pembelajaran (melalui LADAP dan kursus-kursus peningkatan). Namun begitu,
kelihatannya masih banyak maklum balas dibuat hanya seperti tempurung pencedukair (batok) yang dilepaskan di tangga. "Masih banyak" bererti tidak semua tetapi
sifatnya majoriti. Biasa juga tidak ada maklum balas langsung yang diberikan
kepada latihan atau ujian bulanan atau ada maklum balas yang menggambarkan Sang
Guru merasa marah dan melepaskan geramnya dalam bentuk tulisan.
Maklum balas guru
seperti di atas tidak akan membantu guru mahu pun murid. Maklum balas itu juga
tidak akan menjelaskan konsep expand seperti yang dikehendaki mengikut konteks.
Jawapan murid menunjukkan murid memahami maksud expand dalam Bahasa Inggeris
yang menunjukkan sama ada murid lebih menguasai Bahasa Inggeris atau guru Bahasa
Inggeris lebih berjaya dalam konteks menjelaskan makna istilah expand (walau
pun hanya dalam skop yang kecil sahaja). Dalam konteks Matematik (algebra) expand bermaksud mentiadakan bracket () dengan cara yang betul (bukan dipadam). Oh, saya bukan nak mengajar Matematik di sini. Sekadar nak menggambarkan perbezaan konteks.
Dalam contoh di
atas, adakah agaknya murid ini sengaja hendak menulis menggunakan character
cina? Atau adakah sebenarnya murid ini tidak menguasai Bahasa Melayu? Murid ini
pasti tahu bahawa dia tidak seharusnya menggunakan tiga bahasa (Melayu,
Inggeris dan Cina / Mandarin) tetapi sebagai murid yang lemah dalam BM, sejauh
manakah maklum balas guru dapat membantu memperbaiki kualiti BM murid
berkenaan. Paling malang, kesilapan lain juga tidak diberikan perhatian oleh
guru. Bagaimanakah sebaiknya maklum balas diberikan?
“Jumpa cikgu!”
Ini juga merupakan maklum balas yang lazim digunakan oleh guru. Agaknya, mahukah
murid berkenaan berjumpa dengan guru tersebut? Sama halnya apabila guru
bertanyakan “Adakah kamu faham?” Yang menjawab “ya” hanya mereka yang faham.
Yang tidak faham akan diam. Kalau jawab “tidak” maka leteran yang akan diterima
(kalau dulu la). Maklum balas “jumpa guru” juga agak mengelirukan.
Terdapat satu lagi maklum balas (komen) yang diberikan iaitu "Hantu itu gembira jugakah?" Komen ini tidak tepat kerana ayat "Dia sangat gembira" datang selepas ayat "Ibu saya memeluk saya". Juga selepas ayat "Hantu itu sudah tiada". Pastilah yang gembira itu ibu dan bukan hantu. Saya menganggap komen ini terjadi kerana kesilapan. Namun begitu, ia tetap meninggalkan impak kepada murid.
Terdapat satu lagi maklum balas (komen) yang diberikan iaitu "Hantu itu gembira jugakah?" Komen ini tidak tepat kerana ayat "Dia sangat gembira" datang selepas ayat "Ibu saya memeluk saya". Juga selepas ayat "Hantu itu sudah tiada". Pastilah yang gembira itu ibu dan bukan hantu. Saya menganggap komen ini terjadi kerana kesilapan. Namun begitu, ia tetap meninggalkan impak kepada murid.
Apa komen pembaca
dengan maklum balas guru ini? Maklum balas begini sangat mudah kerana tidak ditemui kesalahan pada kerja murid. Bagaimana dengan maklum balas guru dalam petikan karangan di bawah?
Apakah pula yang
boleh dipelajari daripada maklum balas ini? Pada saya, maklum balas guru dalam karangan di atas
adalah lebih bermakna kepada murid.
Apakah sebenarnya
maklum balas pembelajaran?
Sebagai guru,
adalah penting untuk menjadikan proses memberikan maklum balas yang positif,
atau sekurang-kurangnya maklum balas yang dapat memberikan pengalaman
belajar kepada murid, sebagai amalan.
Maklum balas pembelajaran bukan sekadar maklum balas. Ia merupakan
respons guru berkaitan performans murid. Maklum balas boleh diberikan sama ada
dalam bentuk tulisan, lisan atau gesture. Tujuan maklum balas dalam
pembelajaran ialah untuk meningkatkan performans murid.
Apabila maklum balas jelas
menunjukkan ciri negatif, kajian menunjukkan bahawa maklum balas tersebut
akan mematahkan semangat murid berkenaan (Hattie dan Timperly, 2007). Ada murid
yang sengaja menggugurkan mata pelajaran dalam peperiksaan awam kerana tidak
menyukai guru atau maklum balas guru yang selalu mematahkan semangatnya.
Salah satu ciri guru yang baik
ialah guru tersebut dapat memberikan maklum balas pembelajaran secara positif.
Maknanya, maklum balas tersebut jelas dan membolehkan murid mengenal pasti
kesalahan yang perlu dibuat pembetulan.
Pada peringkat awal tulisan ini
saya ada menyentuh tentang maklum balas yang pernah saya terima masa bersekolah
dahulu. “Tingkatkan usaha anda”, “Usaha lebih gigih lagi” dan seumpamanya masih
bersifat positif tetapi tidak bersifat pembelajaran. Sesetengah murid / pelajar
tidak pun sedar tentang kekuatan gaya pembelajaran dirinya. Ada pula murid yang
tidak menguasai cara belajar selain membaca dan membuat latihan. Nota mereka
pun sama sahaja dengan nota dalam buku teks. Saya teringat maklum balas lisan yang pernah saya terima masa sekolah dulu (Don't do your own way! Follow my way! ..... walaupun cara saya itu benar dan betul (saya belajar cara itu daripada pakar Matematik UTM yang pada masa tu dikenali sebagai Technical College, dalam kelas tuisyen). Ekoran.daripada peristiwa itu, saya telah dihalau keluar daripada kelas Matematik untuk 8 bulan. Ego seorang guru! Dan.... saya tetap dapat A dalam peperiksaan awam.
Meskipun secara umumnya kita boleh katakan bahawa itu merupakan peranan kaunselor sekolah (utk mengajarkan cara belajar yang berkesan ), tetapi menuding jari ke arah orang lain (mekanisma bela diri) merupakan satu tindakan tidak professional. Guru mata pelajaranlah yang lebih mengetahui aspek kelemahan murid dalam mata pelajaran yang diajar. Seperti saya katakan awal tadi bahawa apabila saya menguasai satu mata pelajaran, ia tidak bererti saya menguasai semua topik dalam mata pelajaran tersebut.
Konsep menyemak untuk mencari kesalahan sangat berbeza dengan menyemak untuk membetulkan yang salah.
Meskipun secara umumnya kita boleh katakan bahawa itu merupakan peranan kaunselor sekolah (utk mengajarkan cara belajar yang berkesan ), tetapi menuding jari ke arah orang lain (mekanisma bela diri) merupakan satu tindakan tidak professional. Guru mata pelajaranlah yang lebih mengetahui aspek kelemahan murid dalam mata pelajaran yang diajar. Seperti saya katakan awal tadi bahawa apabila saya menguasai satu mata pelajaran, ia tidak bererti saya menguasai semua topik dalam mata pelajaran tersebut.
Konsep menyemak untuk mencari kesalahan sangat berbeza dengan menyemak untuk membetulkan yang salah.
Mengapa maklum balas tidak berkesan?
Duncan (2007) menjelaskan bahawa kebanyakan pelajar tidak langsung membaca maklum balas yang diberikan (ditulis) oleh guru. Masalahnya, kebanyakan guru dan pelajar melihat maklum balas sebagai terasing daripada proses pengajara dan pembelajaran, dan maklum balas juga dilihat sebagai kepunyaan guru (Taras, 2003).
Proses maklum balas akan hanya berkesan apabila watak-watak utama (guru dan pelajar) terlibat secara aktif dalam proses tersebut. Guru perlu memikirkan strategi yang membolehkan pelajar dapat melihat faedah-faedah daripada maklum balas yang diberikan. Satu cara yang boleh digunakan ialah berikan beberapa maklum balas relevan mengikut peringkat tugasan/projek atau isi kandungan (seperti karangan) dan bukannya satu maklum balas yang ditulis pada akhir sesuatu tugasan dan tidak seharusnya berfungsi sebagai rumusan semata-mata. Pelajar pula perlu digalakkan memiliki jurnal refleksi pembelajaran yang dapat menjelaskan bagaimana mereka gunakan maklum balas yang diberi untuk menambah baik penguasaan pembelajaran.
Strategi lain yang boleh digunakan ialah, markah tambahan diberikan sekiranya pelajar dapat, dengan berpandukan maklum balas yang diberi, menjelaskan pemahaman baru mereka.
Menurut Duncan (2007), sesetengah pelajar tidak memperdulikan maklum balas daripada gurukerana bagi mereka maklum balas yang diberikan itu tidak dapat mereka terima serta tidak masuk akal (pembaca dapat melihat contoh yang dipaparkan di atas). Kebanyakan guru guru memfokuskan maklum balas sebagai satu pembetulan dan bukannya maklum balas pengajaran (Hattie dan Timperly, 2007).
Spliller (2009) menjelaskan bahawa apabila perbincangan dalam kelas dibuat menyentuh tugasan dan maklum balas dengan lebih jelas, maka pelajar akan menjadi lebih aktif dalam proses mengaplikasi maklum balas sehingga mereka ternanti-nanti maklum balas yang bermakna kepada mereka.
Ciri-ciri maklum balas pembelajaran yani baik
Duncan (2007) menjelaskan bahawa kebanyakan pelajar tidak langsung membaca maklum balas yang diberikan (ditulis) oleh guru. Masalahnya, kebanyakan guru dan pelajar melihat maklum balas sebagai terasing daripada proses pengajara dan pembelajaran, dan maklum balas juga dilihat sebagai kepunyaan guru (Taras, 2003).
Proses maklum balas akan hanya berkesan apabila watak-watak utama (guru dan pelajar) terlibat secara aktif dalam proses tersebut. Guru perlu memikirkan strategi yang membolehkan pelajar dapat melihat faedah-faedah daripada maklum balas yang diberikan. Satu cara yang boleh digunakan ialah berikan beberapa maklum balas relevan mengikut peringkat tugasan/projek atau isi kandungan (seperti karangan) dan bukannya satu maklum balas yang ditulis pada akhir sesuatu tugasan dan tidak seharusnya berfungsi sebagai rumusan semata-mata. Pelajar pula perlu digalakkan memiliki jurnal refleksi pembelajaran yang dapat menjelaskan bagaimana mereka gunakan maklum balas yang diberi untuk menambah baik penguasaan pembelajaran.
Strategi lain yang boleh digunakan ialah, markah tambahan diberikan sekiranya pelajar dapat, dengan berpandukan maklum balas yang diberi, menjelaskan pemahaman baru mereka.
Menurut Duncan (2007), sesetengah pelajar tidak memperdulikan maklum balas daripada gurukerana bagi mereka maklum balas yang diberikan itu tidak dapat mereka terima serta tidak masuk akal (pembaca dapat melihat contoh yang dipaparkan di atas). Kebanyakan guru guru memfokuskan maklum balas sebagai satu pembetulan dan bukannya maklum balas pengajaran (Hattie dan Timperly, 2007).
Spliller (2009) menjelaskan bahawa apabila perbincangan dalam kelas dibuat menyentuh tugasan dan maklum balas dengan lebih jelas, maka pelajar akan menjadi lebih aktif dalam proses mengaplikasi maklum balas sehingga mereka ternanti-nanti maklum balas yang bermakna kepada mereka.
Ciri-ciri maklum balas pembelajaran yani baik
Maklum balas perlu bersifat
mendidik (pembelajaran) iaitu menjelaskan apa yang betul dan apa yang tidak
betul )salah)
Sensitif dengan keperluan individu
Tanyakan 3 soalan : Apakah yang
boleh murid lakukan (secara tepat seperti kuasai kemahiran mengingat dengan
cuba menggunakan kaedah neumonik)? Apa yang tidak boleh murid lakukan (seperti
mengulang-ulang kesalahan ejaan yang sama)? Bagaimana boleh murid melakukan
dengan lebih baik (seperti melihat contoh buku skrap …….. bin Abdullah).
Maklum balas seharusnya
menunjukkan kemahiran atau pengetahuan tertentu. Mungkin penggunaan rubrik
dapat membantu untuk tugasan projek atau penulisan.
Berikan maklum balas yang akan menuju kepada kejayaan.
Berikan contoh atau model.
Minta maklum balas daripada
murid tentang pengajaran guru (untuk murid/pelajar remaja)
Fazakkir! innama anta muzakkir. Memberi peringatan bukan sekadar menyatakan apa yang salah tetapi memperingatkan juga perkara yang betul. Maklum balas "very funny" dalam contoh di atas lebih bersifat melabel atau menghukum. Guru Pendidikan Islam perlu memahami maksud "lasta alaihim bi musoitir".
Wallahu aklam.
Sila lihat juga:
Subscribe to:
Posts (Atom)